Stalkers


Yang kesah

30.12.12

Terpaksa, Di Paksa

Alahai, terpaksa bercuti esok kerana di paksa oleh ayah tiri.

Ayah tiri bagi compulsory leave pada hari terakhir tahun 2012. Dah elok Ayah kandung nak bagi half day. Ayah tiri telah mencaras dengan rakusnya! Aku nak melompat bintang ke nak hantuk kepala kat dinding dengan keputusan Ayah tiri ni??
May be ayah tiri nak make over rumah dia tu kot. Kang anak anak ada, tak fokus gitu.

Menimbun lagi kerja aku tak settle. Kebetulan pulak minggu ni cover reception sambil mintak opismate lain tulun cover jugak. Ada satu kali tinggal kejap, Ayah Mualaf sibuk menanya nanya. Ngesah benor kat depan tak de staff. Sunat lagi sekali baru tahu! Eh, bukan dah sunat keeee sebelum ni??

Dah lah bukak sekolah pon aku sibuk nak cuti jugak. Dah lari 120km planning aku...Ni menghilangkan mood bekerja ni.


Gambar tak berkenaan dengan citer. Sopie belajar ambik gambar guna hp.

- Posted using BlogPress from my iPad

28.12.12

Hasil dari ladang

Sensitip pulak nengok perkataan hasil..ate tetibe teringat kat Lembaga Hasil, EA Form. Arggh tensi!!

Aku tampal sini untuk pedoman di masa mendatang. Maklum lah makin tua, makin lupa. Kredit to FB kak Nurul Aini, my unimate.




Hari pertama kerja - pam 2 kali saje..10 pg & 2 ptg.1 session, 15-20 min dapat lah 4-5 oz. Hasil keseluruhan hari pertama 9 oz sahaja. Nih pon perah, tak guna pam. So far, teknik marmet lah ok. Pakai pam hon tu lembabbbb. Sakit pulak tu.

Hasil hari kedua, yakni hari ni - aku gandakan sesi mengepam. 9 pg, 11 pg, 2 ptg & 4 ptg. Dapat lah 12 oz. Sakannn gitu menghasilkan susu.

Terima kasih lah kat opismate yang tulun2 cover kat depan tu. Maklom la, minggu ni bersiaran dari depan opis. Baru fefeeling nak jadi anaconda kat bawah, tetibe Tok Abah Boboi Boy menerjah lepas lunch tu. Suruh buat kojer. Tok Abah sejak kurang staff ni, dengan haku haku di tibainya sekali suruh buat kerja. Libasss baru tahu! Kang Tok Abah hold gaji , baru nganga di hujung bulan kannnn.

Berbalik ke kisah hasil aku tu,tak de lah aku buat stok giler giler cam ibu ibu yang lain tu. Fridge aku pon cute aje. Mana nak letak hasil, nak letak benda masak lagi. Konklusi nye, hasil hari ini adalah untuk hari esok. Fresh gituuu. Hari nih susu ada perisa doriyan..sebab tadi belasah crepe durian. Harap kamu tak panas badan yer dik. Kang kene togok air cap kaki badak pulak.

Sekarang gi keje, bahu dah macam dacing umno. Sebelah hand bag, lagi sebelah coach bag @ DSLR bag..Wakaka..terlebih feeling pulak! Voleh tahan juge berat ice pack tu. Sengal gak la sesekali mengendong.

Wah, sejak rambut rendah ni, cam bolat ko dik! Pipi pon labuh sampai leher tak de. Membesar lah kamu bagai juara bukan sekadar rupa.


Pape pon, yeah Auni dah jadi baby EBM selama 2 bulan..to be continue hingga 6 bulan. In Sya Allah.

- Posted using BlogPress from my iPad

27.12.12

Hari pertama melapor diri

Hari pertama bertugas kembali setelah 2 bulan berhibernisasi.

Memang tak de hati nak gi kojer. Malam tadi iron 3 pasang baju - coklat, biru dan gold..end up nyer pagi nih sarung baju kurung merah yang gitu gitu tuuuu. Hado ko kisah kannn? Aku pon tak kisah!

Auni kat rumah behave aje, minum susu guna shringe. Bikin sedih di hati ibu. Nasib baik jugak dia tak nangis. Masih sokmo menidurkan diri kebanyakan masa.

Lagi 2 kakak nya di angkut ke Econsave berdekatan oleh Mr Mama. Pesan suruh beli telur aje, kemain jauh kamu-kamu berpeleseran yer??



Hari ni masuk kerja, big boss tak de. So, tak rushing nak siapkan gaji tu. Jadi berular-ular dan mengular-ularkan diri sahaja...tu yang besh tu kojer ni.

- Posted using BlogPress from my iPad

26.12.12

Survey

Petang tadi keluar, cari beg coach , eh cooler bag kat Disney Baby Land Seksyen 18 Ole Ole.

Masya Allah, ramai nye umat..ada karnival buku Karangkraf. Hah, aku tak mengesah lah buku buku nih. Nih nak cari Coach murah wat isi susu.

Dah jumpa beg coach nyer, nak balik rumah lah.

Otw balik , nampak Seng Heng kat KU. Pujuk en hubby singgah sana nak survey ice box idaman..idaman lah sangattttt!

En Hubby follow aje, walhal ada udang di sebalik mee..




Sebelah kedai Seng Heng jugak.
Haih..balun 2 sekali..tinted belakang untuk cik ina dan plat baru (depan). Both costly RM 45. Omputih gitu..



Ice box per cer?
Tunggu..kalau nak sangattt, sila gores dan menang kad sendirik!
Huhuhu!


- Posted using BlogPress from my iPad

25.12.12

Brunch krismas

Hok Aloh! Wifi buat hal lagi. Rase tuan wifi pon tak de sini, balik kampung...

Ingat hari ni nak bakor ayam turkey..mana nak gugel resepi kan dah tenet tak de nih.
Poyo gilos nak bakor ayam turkey. Lastly masak ayam masak merah. Merah itu Xmas..Tinggal nak menanak nasi tomato je lagi. Dah jadi menu BRUNCH nih.




New look Auni..x de rambut pacak. Ha ko..pandai jelir lidah, senyum kambin tapi minum pakai botol, ko susah yer dik!



Esok, in sha Allah start koje. En hubby turn to mr mama sampai next year. Jaga bebudak aje pon. Btw, bole bang antor sy sampai depan pintu opis? Muahaha..

X per la.. Rindu sangat nak berebut komuter. Sekarang dah boleh lari lari kejar train.

Puii!!

Lepas ni tambah satu beg lagi. Bukan coach bag yer..cooler bag plop.

Adios.

- Posted using my iPhone -

24.12.12

2 bulan

Legaa.. Dah balik ke rumah - home sweet home.

Kisah hari ini. Bawa Auni untuk injection 2 bulan. Patut hari ni gi kojer, buang masa gi kojer, dah la half day petang ni sebab sok PH.

Pandai pulak pose kembungkan pipi. Terus berat badan 5.2 kg.



Bebudak 2 orang ni sama berat 13 kg tapi tinggi tak sama. Umur berbeza dan akai pon berbeza.



Yang ni berat! Tak terkata beratnya...52 kg. Fefeeling muda 10 tahun pulakk ambik gambo cam ni. Pipi tanak kembung ok, nanti kakak senduk kutuk!



Apekah illusi ciptaan optik kamera beresolusi tinggi? Lihat lenganku yang slim dalam gambar ni. Bukti penggunaan dumbell. Muahaha!


- Posted using my iPhone -

21.12.12

JB 2

Malam pertama penuh gangguan. Si sarah nangis. Hidung sumbat sebab selsema. Pukul 2 kot die nangis sekuat hati. Malu dengan jiran jiran noks!

Dah sarah stop karok suara halilintar, dengar pulak sayup sayup muzik. Muzik cinta...cinta lah sangattt. Party muzik lar.

Puiii! Sengal punya nite club. Aku kat tingkat 8 pon leh dengor.@%^*>


Lepas sarap bawak bebudak jalan kat sekitar hotel. Ada nama tempat ni Galeria @ Kotaraya. Banyak kedai tengah reno. Baru bukak kot tempat ni. Bebudak 2 orang ni nak benda alah ni.

Itu pakai kat leher. Di buat modal main masak masak plakkk.


Dah tapau lunch. Sambung istirehat kat bilik. Auni buat rawatan rambut. Rawatan lah sangattt.


Rawatan buang kerak kat kepala dia. Sampai terlena tu. Kemain jauh aku datang, kat sini baru haku nak kelebek rambut anak aku. Muahaha..kat rumah tido lam buaian, tak celah tangan nak buat.

Penaja holiday pulak sekali trip ke zZzzzZz..baru balik kojer. Lepas melahap kepci tapau.



Yang di taja pulak...ibu suh posing. Huhu. Tema pose ~ adik beradik. Off cos larr kan.



Pose dengan atok plak. Tegak kepala ko dik dengan rambut lagi.



Aktibiti paling aku tak koser. Meneman bebudak mandi manda. Penakut la masing masing walhal mandi dalam bath tub aje.



Siap siap nak menapak mencari makan. Aku ala exercise angkat dumbell 5 kg kiri kanan. Kena mendukung Auni lah. Nasib dekat aje. Hari ni last keje, ramai yang check in sini. Parking x banyak.


Malam ni dinner simple Aku selera ajer. 1st time makan balik Nasi goreng USA dengan satay kat food court Kotaraya. En hubby pattaya dan Mak, nasi goreng sambal sutun. Tak sempat tapau supper. Dah Auni berry kat sana tadi. Nasib dekat hotel aje. Pas makan terus balik..dan zzZzzZz pulak.

Balik pon angkat dumbell. Milo panas 1!

- Posted using my iPhone -

JB 1

Sepanjang jalan bebudak membuat bising. Ni lah kepala nya. Gangsta betul buli kakaknya. Bagi warning suh diam, FAIL! Diam sesaat aje, pastu..



Muka junior menahan stress. 1st time naik keta lama lama. Suara kakak membingit kat kiri kanan telinga. Coba memejam mata.. Tapi tak lena ponnn. Bahananya, melekap kat ibu sepanjang jalan.



Ke UTM. X, x .. Mujur tak sempat pergi. Terus ke hotel. Same way , kebetulan.



Lepas re charge energy, terus sambung membuat onar..tunggang langgang bilik di buat mereka.



Kejam kannnn! Masa pas dinner. Nasi putih, sup kambin dan telur dadar. Dah lapar..semua licin. Senang tokei kedai cuci pinggan. Sup tulang ZZ JB.



Lepas menyendat perut, ronda ronda dengan keta melalui area Woodlands & duty free zone. Cuci mata sight seeing panorama malam. Nampak Sleeq, eh The Zon hotel jer. Nampak Singapore juge tapi kelip kelip lampu je pon.

Bebudak dah longlai. Hado yang separuh nyenyak. Tak jadi singgah pasar karat masa on the way balik hotel.



En Hubby baik hati order take away nasi ayam penyet. Cam jakun tak pernah makan. Jakun larr, 2 bulan pantang maa. Haku lah membedal separuh. Supper u. Konpem 'membela'. Bela lemak. Lepas letih roda roda Bandar JB dan menyusukan Auni.

Lepas tu...zzzzz ler. Panorama malam.


- Posted using my iPhone -

Gaya kontrobersi

Mana Remi ishak ni. Tukar kunci ke buat kunci?

Remi dulu bellman kan?


Gaya seorang ibu yang support BF. Bila masa, di mana jua.


- Posted using my iPhone -

20.12.12

Dari JB

Gagah ok aku menaip pakai tepon inchik laki aku.
Wifi sini ke bayo. Mencekik darah betoi hotel ni. Suwey punye hotel, sampai auni terberak. X check in lagik. Dekat 2 jam nunggu. Kata 5 star..ayamas forever bagus! Nih aku bersiaran dari Puteri Pasific JB.

Bak kata awek kelate, nyinggah ler JPO ek.
Aku lalu je tadi..en hubby dah warning awal awal. Barang situ mahal! Bajet cam haku nak menibai duit dia kat situ...

Hari ni free & easy aktibiti. Esok tok laki kojer. Kami tido jee la kott..

Posisi

Sebelum final AFF start..

En Hubby nak 1-3-2. Rajagopal pon surrender okay.
Sopie angguk angguk aje.

Aku mencelah. 3-3-0 larr!

Aku, en hubby dan kechik depan.
sopie, sarah dan atuk 2nd row.
Luggage, etc,etc last row.

Posisi dalam kete..



- Posted using BlogPress from my iPad

UTM Skudai?

Statik aje aku pagi ni..membuaikan mem kechik tido. Bebudak 2 orang dengan Apak mereka xcercise. Basuh cik ina..motip? Cik ina nak masuk kampong orang kan, harus lah eksyen berbadan bersihh! Kalau hujan tengah jalan nanti?

Lapo perut ni, dah berkriuk kriuk asli dinding perut nih. Semalam fefeeling retis hapdate FB ku...

Mengidam ~ daging masak kicap.

Retis lah sangatttttt..1 like, 1 komen. Whattder!

Macam mana pon, aku masak jugak daging masak kicap tu. Siap taruk kentang lagi.
2 pinggan aku belasah. Haha! Lepas tu cuci mulut pulak dengan muffin coklat gardenia. Kalah orang 'membela' ekk.

Nasib Auni kerap menyusu malam tadi. Belum sempat sendawa dah termuntah susu. Kecik kecik anak aku belajar anoreksia. Sampai ke tengah malam dia mengemping. So, habis dah la 2 pinggan nasi dengan daging masak kicap.

Itenary pagi ni, sebelum check in, en hubby kata nak bawak jenjalan ke U dia dulu..UTM Skudai.."die" okay bila mendengar cadangannye.

@;()::)@&

- Posted using BlogPress from my iPad

Nak pi jalan jalan

Amboih Auni, stay up dengan ibu pulak malam ni.
Pe hal ntah si Auni nih sibuk berjaga pulak, tak pepasal neman dia sambil menaip ni.
Ke eksaited nak gi jalan esok?

Plan nak gi opis siang tadi, berjimba dengan kengkawan tapi MasyaAllah bixi ya ampun..nunggu-in baju lembab untuk dijemur, kelmarin ujan lebat! Ice box nya udah malam semalam di kasi de frost..lupa-in mencuci nya. Maka-in pagi tadi terus bertukar jadi bibik...hambik kau, dailog pon supa bibik!

Baju Sopie dan Sarah dah masuk luggage. Wah luggage gitu..habih, buat perhiasan ke, time ni lah guna! Tinggal baju aku, en hubby dan Auni. Nih masuk lagi 1 luggage. Wakaka ..sampai 2 luggge. Cam jauh berjalan..Leceh pulak rasa bila ramai anak.

Sambing esok lah..mata ku dah senduuuu...


- Posted using BlogPress from my iPad

19.12.12

2012/2013

2012 bakal say good bye..2013 pulak tak menyabor nak say hello!

Alhamdulillah, syukur..tahun 2012 banyak perkara yang indah. Ada baby baru, beli rumah baru, sopie masuk tadika dan ada motor baru...




Propa je tulis ada moto baru. Since aku tolong bayar duit muka, HALAL kan lah wahai adikku,bila aku claim ni motor aku. Huhuhu.

Next year, the wish list ...wish me luck..

~ fridge baru yang energy saving. Maklumlah bakal stokis susu ibu ni. Ni sejak sibuk menyimpan ASI ni, kerap lah aku meracun pihak berkenaan suh beli cepat cepat. Kalau gi supermarket, saje je ber merry go round kat area fridge. Bagi hintttt. Muahaha.

Baru 1.. To be continue lah, entry lain..dah anakanda dah joget nak menyusu larr.


- Posted using BlogPress from my iPad

18.12.12

Untuk Auni..soon

Tergoda pulak menengok tagline nye..harap maksudnya itu kesampaian lah yer.




Sebelum ni dah try ajar puting orthodontic tu , tapi Auni tak nak. Jadi nak try tukar yang wide neck pulak. Yang kat dalam gambo..Tommee Tippiee. Ala tomei namee..Harga pon tomei..

Masa post kat fb pasal koleksi puting susu Auni, ada kawan suggest try botol susu Pigeon Peristaltic Plus. Hari tu kat Jusco ada nampak botol ni, maybe lepas cucuk Auni boleh singgah Jusco pergi beli. Voucher pon hade lagi nih.

Actually Auni ni bila die lapar tu, isap jugak susu tu. Siap mulut tu membebel lagi. Itu lah tiap tiap anak lain bahagiannya. Sopie sampai ke 4 bulan masih ada masalah tak nak menyusu pakai botol. Sarah amatlah mudah. Dengan puting ortho tu okay aje dia minum fm siang hari, malam hari menyusu dengan aku. Harap Auni okay bila aku tinggalkan gi kerja nanti.


- Posted using BlogPress from my iPad

Koleksi Auni

Auni kecik cilik dah ada koleksi tersendiri. Puting susu..



Silicone tu Japlo, tengah NUK dan minggir sekali Fiffy.

- Posted using BlogPress from my iPad

Minggu Terakhir

Minggu ni minggu terakhir aku cuti bersalin. Mungkin jugak minggu yang super bizi.

Esok pukul 2 ada check up Auni dengan Doctor gomen. Normal check up. Next day, rabu kena kemas beg dan rumah. Yang patut patut. Al maklum nak tinggalkan sang teruna nanti.

Khamis, away ke JB. 3h2m.Trip kerja en hubby cum holiday sefamilia. Aku risau sikit, takut Auni meragam. Yer la, travel jauh, bertukar tempat, mabuk naik keta ke..kembung ke. Harap semuanya tak stress kan aku.

Isnin berikutnya cuti lagi..appt cucuk Auni 2 bulan pulak. Jadinya lepas Krismas baru masuk kerja. Cuti yang berbaki carry forward next year lah. Untuk 1st day sekolah bukak pulak.




- Posted using BlogPress from my iPad

17.12.12

Khatam Quran, Marhabban dan Cukur Jambul TDK

Bizi sepanjang weekend ni sebab adik perempuan aku kat Ipoh ni turun sini.
Mak aku lah bizi..dah anak dara sorang ni request nak makan macam macam.

Since Presiden Opah Opah Club Taman Desa Kemuning dah ajak join, buat sekali lah cukur jambul.
Macam mana pon ini adat aje, bukan wajib pon. Sekadar memeriahkan marhabban petang Sabtu tu.
Menu petang tu potluck dan gotong royong penduduk TDK. Ada pulut durian, mi kari, kuew teow goreng dan  kuih muih. 

Muka dah ngantuk tapi pasrah
Last potong oleh en ayah lah..
siap import adik pompuan aku 


12.12.12

Hari ni banyak hal

Pagi ~ ambik borang pendaftaran tadika Sopie. Tahu. Depan 6 tahun.




Tengahari ~ siapkan goodies bag untuk majlis khatam quran dan marhabban.

Petang ~ cuci mata kat JJ Bukit Tinggi sambil redeem baucer.

Malam ~ Kenduri durian. Jadilah rasa seulas...

- Posted using BlogPress from my iPad

Wordless Wednesday





- Posted using BlogPress from my iPad

happy birthday Tuanku.

Semalam aku tak mengadap Sultan sebab Sultan sebok mengadap orang lain. Hari jadi tuanku, tuanku hadaplah sapa sapa.

Makanya, aku mengadap lah rakyat rakyat asing tahap international di Sri Muda. Tujuan asal ke sana, mencari rencah untuk santapan menu pot luck pada majlis khatam quran/marhabban kat taman pada sabtu ini.

Adapon, en hubby keluar bekerja. Dia bekerja di wilayah KL. Singgah sana sahaja di Selangor. Kampung halaman di negeri Perak. Tapi, masa birthday Sultan Perak, tetap kena pergi kerja. LOL!

Kami (aku, adik lelaki dan 2 dayang) berombongan bas sahaja. Menjimatkan wang tapi sesak nafasnya! Nasib badan..

Destinasi ~ Mydin. Why pay more? Buy at wholesale prices! Elele..siap promote pulak.

Saja terjah ke level 3 - area baju baji. Hampir nak di taji dek mek Sarah. Mek Sarah bermuka suci dalam buaian..sinar mata bagai gadis di bawah lindungan kaabah! Ececeh..




Mek Sarah mengamuk nak gaun ala princess! Harga? Mauttttt..RM49.90. Gaun kat Mydin aje, mahal kemain, kot branded leh ambik kira juge. Bila tak bagi tu start lah drama queen dia. Isk, geram!

Masukkan jugak la baju lam bakul. Pastu pusing pusing level lain pulak. Bila mek tak perasan, suruh adik aku letak balik baju tu. Mek tak ingat dah baju dia, teruja menengok buku mewarna. Bagi amnesia terus..bawa pergi jalan jalan kat tempat coklat. Teror Mak mek ni..Dah Mak dia drama king CUP! Hahaha..haruslah jadi begitu.Weekend ni nak g JJ. Tengok apa jenis drama pulak dia nak main kat sana.

Dah jumpa yang kami cari, balik lah rumah. Balik dengan cab, sebab dayang dayang dah letih. Drama queen dari dalam Mydin komplen dia letih. Memang kau sangat drama queen Sarah! Sampai umah, kakak tido lena..si drama queen yang letih lah sangat tu baik aje mewarna dan mengacau adinda yang bongsu beradu.

Hai lah..tak yah mengadap sultan dah. Ampun tuanku!

Wow, entry ni adalah pada 12/12/12.

- Posted using BlogPress from my iPad

11.12.12

Gaya Tidur Baby Anda

Yang last tu kelakar..gaya stalker..




Klik gambar untuk tumbesaran. Kredit to FB Elya Store.
- Posted using BlogPress from my iPad

10.12.12

Mengajar Baby Berbotol

Hari ni mengajar si kecik berbotol susu. Plan nya, sepanjang minggu ini, Isnin -Jumaat, siang hari mintak Mak bagi susu perahan aku pakai botol. Sabtu & ahad menyusu direct aje. Haha,datang balik Isnin, struggle balik menyusu pakai botol. :(

Walau resultnya mengeciwakan sedikit, tetapi aku cube lah thingking positif semampu mampu nya. Kang aku over stress, kurang pulak 'hasil dari ladang'.

Mengikut sejarahnya, anak aku ni special sikit. Dialah yang beraerobik dalam perut sampai terlupa jalan yang benar, tapi akhirnya balik ke pangkal jalan, baik ajer parking kepala ke bawah masa minggu 38 pregnancy dulu.

Dia jugaklah yang lama bertapa dalam perut sampai overdue..tapi end up nya keluar juga, normal tanpa apa apa masalah. So, baby .. please show another miracle, hokayyy?

Haha, sure tak de miracle. Anak aku tak baca blog larrr!

- Posted using BlogPress from my iPad

9.12.12

10 tahun

Alhamdulillah, murah rezeki lagi. Amin..
Rezeki anak anak kot..

~ Tomei gold pendant
~ Voucher Jusco RM 400

En Hubby dapat masa company annual dinner malam tadi. Gold pendant adalah bersempena "10 yrs long service award". Pendant tu "chantekkk lah sangattt" kalau nak dipakai sebab ada nama company dan perkataan 10 YLSA tu. Voucher pulak hadiah lucky draw.

Aku kerja kat opis ni 8 tahun. Ada harapan tak ni nak dapat 10 YLSA pulak?? Hohoho. Aku tak nak verangan lah benda yang tak pasti..

Yang pasti..kita njoy dengan voucher tu dulu. Sementelah gaji aku tak muncul lagi ni. Campur voucher Auni, total ada RM500. Harap year end sale akan menambahkan lagi ke'njoy'an nak bershopping.

Adios..

- Posted using BlogPress from my iPad

7.12.12

Balet Hari Jumaat

Sekali tengok macam uniform angkasawan pon ade. Voleh gitu??



Sedang molek kat badan die.
Hari ni dah 47 hari.


- Posted using BlogPress from my iPad

6.12.12

Verangan..

Suami : Boss you resign ke?

Isteri : Yup. I bakal HOD tau lepas ni..
HOD lah sangatttz kan!

5.12.12

Bawang Putih, Bawang Merah selebret Krismas

Hari ni hari ke 44 aku berpantang. Ada lagi 2 minggu sebelum naik kerja.
Dan hobi aku yang suka menonton tv dan tengah mekar setaman ni pasti kuncup bila dah naik kerja nanti. Heh!

Baru baru ni ada movie baru yang menarik aku dah tonton kat Astro 702.



Citer sempena krismas, genre romantik. Plot citer ala ala dalam novel gitu.

Kisah mengenai Wendy (gaun putih) jatuh cinta dengan hero, Adam yang juga merupakan boifren bosnya, Priscilla (gaun merah). Haish,ni citer bawang putih bawang merah sambut chrismas ke? Kuang kuang...


4.12.12

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah sampai ke pertengahan musimnya. Hujan panas silih berganti, bebudak 2 orang ni tetap riang ria di rumah.

Bebudak ni belum tahap nak request pergi ke tempat tempat pelik lagi. So, biar jer la dulu.

Ni antara aktiviti riang ria mereka.


2.12.12

Shopping list ..soon


1. Warmer
2. Milk storage bottle
3. Cooler bag & ice pack

Ada apa lagi aku tertinggal?
So far, ini dulu lah..

Gayanya aku bakal menyusukan Auni secara eksklusif.
1st time ever! Walhal anak dah 3.

Sopie eksklusif BF sampai 1.5 bulan dan lepas tu on & off dgn FM sampai 4 bulan. 4 bulan lepas tu full FM.

Sarah pon eksklusif sampai 1 bulan sahaja. Lepas tu on & off campur FM hingga umur dia 2 tahun++ jugak lah. BF dia malam sahaja sampai aku pregnantkan Auni 3 bulan.

Berbalik ke kisah si Auni, masa sesi mengajar, telah mendapati Auni layannnn berbotol dengan susu ibu sahaja. FM booolayan!

Papa Auni juga memberi sokongan penuh.
Jangan sokongan di mulut aje kan.
Sila sokong bersama wang ringgit anda.
Aha!

Ni aku kena berskype conference dengan Mama Mayra esok ni, nak survey mana nak dapat benda benda ni secara MURAH tapi berkualiti.
Hu hu hu.

Adios.

- Posted using BlogPress from my iPad

1.12.12

Baju Baru mYwoRLd 365

Aku memang suka tukar tukar template blog aku ni. Kepuasannya sama macam menukar susun atur dalam rumah. Waaaa...bajet dah tahap Eric ke ni?
Puiii. Sila muntah!



Template kali ni, harap bertahan sampai hujung tahun 2013, aku pilih kaler hijau dengan pokok pokok gitu. Aku memang suka gambar gambar pemandangan ni. Nampak natural gitu.

Ruam Sana Sini!

Alamak, insomnia sudaaa!

So, hapdate lah blog penuhi masa. Biar gerak laju lagi earning nuffnang aku tu. Tadi check, dh RM4.25. Itu yang lately, semangat aja aja aku nak post entry baru biar ntah apa apa.

Ada ku kesah??

Ini kisah pasal Auni dan 2 macam(jenis) ruam.

Korang kesah ke?? Hu Hu Hu. Kalau kesah, korang baca lah sampai habis bed time story aku ni.

30.11.12

Botol untuk baby..

Yuhu! Hari ni hari ke 40 aku pantang.
Jom kita yamchaa dengan se mug horlick panas.

Kira supper aku la tengah malam buta ni. 12.59 am. Ikutkan malas aku nak bancuh air malam malam ni. Dah perut aku tetiba berirama,aku gagah lah jugak bangun.
Nasib tak kaut nasi, letak sup ayam tadi..

Macam ni lah natijahnya sebab tadi dah burn 500 kalori kan.
Tak yah lompat bintang, angkat dumbell ke..susukan aje si kecik Auni tu.
Masya Allah, rasa macam tak makan nasi satu hari laparnya. Lagi lagi sekarang berat dia dah nak macam sama berat beras 5kg tu.




Kesian si kecik ni. Pagi tadi dera dia minum susu pakai botol. Mak tolong bagi dia susu. Dah susu, siap masukkan dalam buai Sarah. Tapi part buai tu, dia macam tak suka duk dalam tu. Tapi dah mengantuk sangat, dia lena jugak. Lena lena ayam.
Mesti Auni culture shock. Whathehall nipple ibu keras gila. Air susu pon laju macam bomba sembur rumah terbakor. Pastu, semacam aje di buai buai.

Petang nya baru aku susukan dia direct cam biasa. Itu pon, lambat-lambat nak mencari nipple aku. Merajuk ke atau terkezut sangat sampai blur plak minah ni.
Aku plan, dalam sehari ajar sekali la berbotol, biar dia bersuai kenal dulu kan. Ada 20 hari lagi nak naik kerja. Kalau cuti bersalin 3 bulan kan best! Cam sayang nak tinggalkan bebudak ni.

Eh, tensi lah pulak bila sebut pasal kerja. Dah berhibernat lama dalam rumah ni, memang lah bunga bunga malas tu segar mengembang, subur membesar.
Kalau dah kerja, jangan mimpi lah aku boleh bersengkang mata hapdate blog panjang panjang.

K bai.

- Posted using BlogPress from my iPad

28.11.12

Revolusi Menghias Rumah



Terjumpa gambar rumah aku duduk sekarang masa kemas gambo dalam pc.
Wakaka!
Cam kelakar menengok decor masa tahun 2008 tu.
Rumah ni aku masuk sekitar May 2008.
Memang rushing masuk rumah ni sebab tak nak bayar sewa rumah dah.
Rugi lor..
Rumah ni monthly Rm700++, rumah sewa RM450.
Harus lah cepat cepat masuk sini.

Selamba kain baju landing atas sofa.
Kalau orang datang bertandang mengejut..sendiri mau ingat lah.


27.11.12

Kalau Memang Harus Begitu

Macam tajuk sinetron gitu..
Aku citer pasal novel ni sebenarnya.




Haru betul, tinggal lebih kurang RM20 je kat Maybank.
Tak lepas nak order novel online..RM 32.
Senduuu..

Alternatifnya, aku baca lah novel ni secara online dari blog acik lana.
Alahai, sampai part klimaks..dah tak de dah.
Off cos lah kena beli kan?
Hampasss..
Taktik jual buku tu!

26.11.12

Cucuk Sebulan dan Shop on9

Pagi tadi bawak Auni botox untuk sebulan. Cewah, botox pulak walhal inject hepatitis B dos 2.

2 jam tu menunggu, mujur Auni bersabar ajer macam aku. Aku pon nak panas bontot jugak duduk aje. Naik lenguh gak la lengan memangku budak.

Tadi berat Auni dah 4.6 kg,kira naik 1 kg la dalam masa sebulan ni. tinggi 55 cm. Nurse kata normal aje BMI nye.

Aku pun kena timbang sekali tadi. Berat dah 54.4 kg. Turun dalam 10 kg lah. Darah nifas pon aku perasan dah stop masa masa 32 hari. Ni dah masuk 36 hari. Haha..4 hari lagi.


Dah sebulan ni, badan Auni cam dah keras. Leher pon leh tahan, asik mendongak, ke kiri, ke kanan. Susah nak bagi mandi sebab asyik nak test leher dia ajer.

Next 4/12, nak jumpe tuan doctor pulak sebab tadi misi ajer check, Renyah check dengan klinik gomen tapi sebab PREE , halalkan lah..Hahaha.

Sebab lepas ni Auni dah boleh nak keluar jenjalan, baru membelikan baju baru untuk dia. Rompers 5 in 1 dan crochet hat. Dah beli online ni, tawakal ajer la akan kualiti dan ropanya nanti.






- Posted using BlogPress from my iPad

22.11.12

Lunch

Mendengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.

Tak jugak lah, guruh memang dah bunyi sekarang ni...

Cuma panaskan air, curah dalam mug, isikan oat.




Lunch ku hari ini. Oat drink, oat crunch.

Bolehlahhh.


- Posted using BlogPress from my iPad

Skodenk Rumah

Baru jer Auni nye tido. Lepas cebok (pakai wipes jer pon) dan menyusukan die..
Hurm..end up nye, aku plak tak leh tido. Esok aku qada lah tido aku balik. Cam tak biase.

Dah tak de kerja ni, meh kite tilik gambo umah yg en hubby ambik sabtu lepas.
Excited lah die buat site visit dengan bebudak 3 orang, bebudak 2 orang tu biase la. Sorang lagi hulubalang dari Jalan Kebun, Danish.

Gambor ni snap khas untuk aku lah kononnya. Selalu duk menengok layout plan aje. Nak gi site visit, tak leh follow..
hulubalang Danish


20.11.12

Melting dengan L A G U

Melting dengan LAGU ke tuannya..?
Banyak larr melting melting..zaman tu udah berlalu yer.
Selalu dengar lagu LAGU ni kat corong radio. Tapi tak kenal siapa penyanyi. Sampai lah tengok semi final Muzik Muzik semalam.
Its him.. Bo Amir Iqram dari Bedroom Sanctuary.




Sorry Bo, cilok gambo dari fb ko.
Unik kat rambut lah dan suara dia. Apsal tengok dia cam iras Bruno Mars? Ke mata aku yang kero.
- Posted using BlogPress from my iPad

17.11.12

Pantang time - Hari 26

"Assalam, internet tidak dapat di akses kerana kerosakan switch semasa kilat tadi. Akn di baiki asap. Maaf atas kesulitan". 8.28 PM 13,Nov 12.

Adoi..mati kutu lah seminggu ni setelah terima mesej kat atas dari owner wifi tu. Kena tunggu en hubby balik kerja, baru leh bertenet tapi pakai beruk-band aje lah.
Paling gagah pon layan FB ajer la. Dah berapa hari dah tak bukak paper online ni. Blog blog gosip pon tak terjah.

Hari ni dah masuk hari ke 26. Tak de tenet, panjang aje satu hari ni..HuHuHu.


- Posted using BlogPress from my iPad

6.11.12

t o c h e - t o c h e

     


Toche toche untuk depa depa kat atas tu. Tu hadiah dari bebudak dept en hubby.

Pinau mata menengok pink ajeeee..paham paham jer la untul gegirl

Ape pon time kasih banyak banyak lah ye.


Ni lah makhluk yang tak menyabor nak sepahkan semua benda benda dalam tu.