Stalkers


Yang kesah

27.6.21

Stamps Lembaga Hasil Dalam Negeri

Permohonan penyeteman bagi surat cara sekuriti adalah diwajibkan dibuat melalui STAMPS mulai 1 Mac 2021 kecuali bagi surat cara subsidiari yang mana surat cara prinsipal telah disetemkan menggunakan kaedah Setem Tertera Frangki Digital. Walau bagaimanapun, bermula 1 Julai 2021 dokumen suratcara subsidiari berkaitan hanya boleh disetemkan menggunakan kaedah Setem Hasil.

Sekian, harap maklong 🀭🀭

Copy paste dari web stamps 

Haaa penyeteman sekuriti ni untuk kontrak kerja syarikat la. Kata nya dah effect sejak Mac 2021 baru-baru ni. 

Share sikit experience buat penyeteman sekuriti secara online ni. Penuh suka duka bersulam menci! Huhuhuhu. 

1. Kena register sebagai ejen dulu. Jangan risau..tak de caj pun masa daftar. Aku upload IC copy depan belakang & company form kat stamps tu. 

Aku ni.. terpaksa la aku register jadi agent LHDN untuk kompeni. Online tak online, Aku jugak hadap nya benornya. So, i is pasrah jugak la. 


2. Aku submit permohonan sebagai ejen secara online kat web stamps jugak. LHDN akan proses dalam tempoh 3 hari bekerja. Dapat ID & password, boleh la jengah masuk untuk urusan selanjutnya.

Aku submit permohonan sekuriti ni 28 May 2021. Time ni jugak la Aku sibuk coordinate budak opis nak balik sini dari Sarawak sana. Dengan MAS nye call tak berangkat seharian. Aku nak rebook flight ni. LHDN ni pun sama naik jugak tak reti angkat phone. Hangin 1 badan Aku hari tue. 

Manual dia tak membantu sangat la. Aku pun bukan la tahu sangat kan. Yang last part tu, prinsipal atau subsidiari tu lah Aku stuck. Tawakal aje la. Aku submit tu ikut Aku paham je lah. Hahaha halah paling teruk pun dia reject aje la. Re-submit je lah nanti. 

Dah la Aku tengah stress memikio nak setelkan hrdf claim 'yang bertuah' tu. Memang stress bertimpa-timpa rasanya. Dengan internet slowwwww, otak pun tepu. Nak Google ape ni kat tenet tak tau dah. Call pun tak berjawab. 

Kebetulan Aku tengah kuarantine covid kat rumah. So, bebudak tu tak duduk la dengan Aku. Kalau ada sekali, mau masing2 kene petir la. So, laki Aku je la kena marah² 🀭😁. Tak lah, time tu pms hahaha.

Berbalik kepada stamping tadi .. 7 Jun baru nampak ada perubahan kat status  "Dalam Proses LHDN". 

Tiap2 hari Aku log in je la situ. Maklong la ejen kan πŸ™„πŸ™„

14 Jun 2021- Permohonan di terima, dapat la surat notification berapa bayaran taksiran nya. Ada tempoh masa ya untuk buat bayaran. Jangan lewat buat bayaran. Cam aku, kena RM20 je. 

3. Buat bayaran. Since Aku boleh pay & claim , Aku bayar guna online banking. 1 salinan Asal RM10, 1 salinan Salinan RM10. 

4. Dekat part sijil, appear la link yang nak diprint tu.

Oleh sebab Aku pestime kan buat stamps ni, pastu malas study manual..so masa kat rumah, Aku terclick la kat sijil tu.. Tengok sijil cam format resit aje. Aku ingat kan resit. Fine la kan. 

Aku pun pastu close la sijil tu kan, plan nak re-print sijil kat opis la kononnya. 

Next day tu, Aku login masuk..status sijil dah tulis sudah cetak. Tak dibenarkan cetak lagi. Dan tak boleh save in pdf pun. 

Hahaha murung wehh. Mana button undo tah. Kalau Ada, memang Aku akan tekan!! Tekan dan tekan!!

Next day tu colleague Aku tanya gak progress stamping camno. Aku citer la masalah aku dengan stamps tu. Aku ada set appointment nak wat stamping kat kaunter 23 Jun kat LHDN Shah Alam tapi kawan Aku cakap sekuriti ni cuma boleh apply online je.

Plan nak re-apply balik kat web stamps..tapi tengok masa proses agak lama, end up Aku try luck je la email ke stamps tu - stamps@hasil.gov. my. Kalau korang ada issue nak print, email je sini. Laju jugak diorang feedback. 

Straight to the point je la Aku tulis lebih kurang gini 🀭🀭

"Puan, saya ade masalah tak leh print. Sebab masa saya tekan print..laptop saya tak connect dengan printer sebab saya sekarang BDR πŸ₯±πŸ₯± lagipun saya pestime ni buat stamping online πŸ€— Hantam je lah labu.

Dalam sejam lebih dah terima balasan dari PIC stamps tu. Lega .....Sebab dia reply akan bagi Aku print sekali lagi. 

Well, bukan lah masalah Aku settle sebegitu mudah ya! Hahahaha membencikan betul! 

Plis, plis... nak sangat ada bundo button dalam kehidupan harian Aku niπŸ₯ΊπŸ₯Ί

Tengah Aku kalut2 nak bersiap-siap untuk iso audit ..bila Aku click je link sijil tu, terus connect dengan printer boss Aku yang dah campak jadi tukun tu. Aku lupa tukar default printer Aku tu. Ya rabbi! Geramnya lahai. Aku try on printer tukun tu, Aku tak jumpa lak wire nak connect laptop Aku ke printer tu. 

Walau pasrah dan membenci diri ini, Aku tetap antar lagi 1 email kat pic stamps tu, mintak open kan Aku print lagi 1 sijil .. hahahaha. 

Lepas email, cepat2 Aku turun bawah join iso session tu. Lantak lah dia nak bagi kebenaran ke tak. Aku fikir petang2 karang lah. Haiiiih! 

Sayup-sayup petang tu, Aku berjaya print.. dan baru Aku sedar default printer Aku tu black & white, bukan colour! 😡😡😡

Riso Aku , kang Client kata TIPU lak! 

PIC stamps kata printing memang in B&W. Hahaha alhamdulillah settle jugak akhirnya. 

Harapnya officer stamps ni bertabah melayan karenah ejen-ejen tak bertauliah ni. Ekekekeke 

Kalau pergi kat web stamps tu, memang ada link untuk kita check sijil kita ori ke tidak! Wooh! 



Harapan Aku, in the future, tak de dah contract2 nak kena stamping. Kalau ada tu, yang RM20 sudah la..hahahaha penat rasanya. 

Tapi officer masih belum jawab persoalan Aku. Boleh apply kat kaunter tak  penyeteman sekuriti ni? 

Kaunter stamping bukak aje katanya tapi kena set appointment. Tak pasti untuk stamping company ni diorang terima ke tak dekat kaunter. 

Tiada ulasan: