Stalkers


Yang kesah

26.5.13

Jalan Jalan Cari Jajan

Memang menduga kudrat pergi kenduri ke Sitiawan ini kali. Tertinggal buaian dan walker kepunyaan si kenit.

Jadi nya, kene lah gilir gilir kepit si kenit. Paling lama mengepit die, sape lagi kan..kalau bukan omaknya.



Ni di awal awal sesi kepit dalam keta, ceria lah kan muka omaknya...dah ujung ujung kepit, nan hadoo nak camwhoring dah. Letih!!

Mujur jugak kenit tak de buat perangai bukan bukan. Malam hari steady aje tido. Siang hari jer la meragam sikit bila mai time dia nak tido tu. Biasa tidurkan dia dalam buai, ni nak kene ajar tido style lain lah pulak..

Selepas kenduri, malam hari nya, kami telah mengepit 3 beradik ke Lumut/Pangkor Waterfront, 30 minit perjalanan dari Sitiawan, melalui Manjung.

Kakak kakak kenit dengan syahdunya menidurkan diri. Baekkkk punya anak. Orang nak bawak berjalan, depa siap tido plak. Sopie lagi lah tido mati..

Tak dapat lah berjalan jalan menikmati panorama malam di sekitar jeti Lumut itu. Jadinya kami bergilir gilir lah mengepit si kenit dan menunggu puteri snowpie yang tido dalam kete bila pergi beli barang.



Nah, kaum kerabat bilis menjual tubuh. Hehehe... Menjual tubuh untuk di buat sambal nasik lemak. Nyum nyum!



Promosi hebat untuk jajan hasil laut. Promosi lah sangat...

Dah sopping yang mana kecur liur tengok, kami balik lah memandangkan puteri snowpie tetap tak mo bangun. Sarah aje join ibu ayah membaham satay ikan kering dalam keta.


- Posted using my iPhone -

Kenduri Kendara


Al maklum musim cuti sekolah, start lah orang buat kenduri.

Ini pon ex boss aku buat kenduri jugak, tapi tak dapat lah pergi memandangkan anak buah aku pon kenduri pada hari yang sama, 25/5/13.

Petang jumaat bertolak ke Felcra Lekir, Sitiawan. Konvoi 3 keta, Ngah, Chik dan kami.

Puas ati lah makan kenduri. Sebab lembu depa punya sendiri. Sendiri bela, sendiri sembelih & sendiri masak. Tukang masak pulak adalah bafak mertua aku, imported dari kampung gitu...



Sebelah lelaki nye kenduri ni hanya buat acara makan beradab dan potong kek. No sanding sanding & no karok karok. Tak nampak kek tu kaler ape???



He he he.
Eh, pelik plak kek nye..yang kecik ampu yang bosau.

Pape pon, selamat pengantin baru.


- Posted using my iPhone

21.5.13

Kaftan Gitu Gitu Dah Siap

Aha!
Siap dah kaftan yang digebang suatu ketika dulu.




Voleh lah tahan. Ada lah ropa kaftan jugak tu. Pes time ni ahkak ipor aku menjahit kaftan ni.

Kain ni lembut jugak, cam nak serupa chiffon gitu tapi tak lah jarang sangat. Beli kat Nagoya Tesco Klang. Ni kain yang dah di ikat gulung gulung 1 meter, belen belen ujung kain kodi kodi tu kot.

Duk belek belek kain tu, berkenan yang corak polka dot ni. Kata trend geometri ..bulat tu geometri kah? Hadoo ku kesah kan???

Semeter kain ni 7 hengget, tapi sebab ada sikit kotor, dapat half price lagi.
Upah jahit, kata sedara mara kan..5 hengget aje untuk Auni.
Amboi, tak sampai seploh hengget dah siap.

Ameen, mudahan hujung tahun bertambah saving aku nanti. Eh, tetibe!




Berkibar kain Auni ditiup dek kipas..Seksi tuh kain belah ala cheongsam dari atas hingga ke bawah.




Ni kalau Dato Azizan Osman nengok, mahu tersenduu ni. Junior beliau lah ni kiranya. Ke Auni nye fenin, tetibe mak nye buang tebiat menukar kan pyjamas nye ke kaftan. Nak bergambo punye fasal!

Ada 1 lagi kaftan, kaler ijo..tak sempat nak snap gambo lagi. Lagi 2 pasang baju kurung. Ntah si kenit ni makin kembang plak, cam ngam ngam aje baju tu dengan badannya.

Dah siap kaftan ni, teringin pulak nak bebudak pakai peplum pulok. Hamboih! Tidak mengalah okay..nak jugak saing dengan anak dara ahkak PA kekdahnya!

Ada anak buah tu teror buat peplum. Tak try tanye lagi..kot kot dia nak bereksperimentasi ke buat peplum dress untuk mereka.

Haha hadoi..selagi tak raya cam ni lah!

Untuk anak anak tak pe..jangan omaknye ober sudah!

- Posted using BlogPress from my iPad

19.5.13

Malam Pertama

Dah berjaya tido di rumah itu...semalam je pon.

Petang sabtu bawak toto,bahan tenusu bebudak, kain baju sikit dan tv.


Bebudak layan megi masakan En Dol. Perasmian masak mengunakan dapur induction. Hehehe.

Ni aktiviti di pagi sabtu, pasang meja, penyidai kain dan langsir. En Dol dan bebudak ke sini. Aku? Aku uruskan rumah yang lama ni lah. Adil gitu.



Wah, anak dara nan sorang ni cam pelik dan takut takut bila masuk umah ni. Dah lama sikit, kemain laju dia lenjan walker nye itu. Paling suke, terjah area dapur.

Kami sampai sana dalam 6.30 petang cam tu. Pas solat maghrib, baru keluar dinner. Dinner kat luar lah sebab x de bahan nak masak masak. Fridge pon blom beli lagi.
Bebudak 2 orang tu tak de masalah nak tido. Yang bermasalah, si kenit lah. Ntah apa hal, kenit mengempeng aje. Maybe dia rasa pelik kot, tilam tak empuk, cuaca pon panas. Adeh! Tidonye tak lena, otomatik tido aku pon tak lena.

Sarah pulak, sungguh memvenci kan, siap terkencing atas toto pulak.



Di pagi hari yang terang benderang..kelihatan tibi hasil main kutu di situ. Terlupa angkat meja sekali. Jadi bertapak sulaiman lah tibi di atas lantai..

Pukul 10 kami bertolak ke Bukit Naga balik. Bersiap nak attend kenduri pulak kat Sungai Buloh.

Hiyahhh! (angkat tangan cam otromen sikit)

Hanya semangat yang waja bisa melawan keletihan. Kekononnya..

- Posted using my iPhone

14.5.13

The Finale

Akhirnya...siap suda kerja kerja pasang lampu dan kipas. Tergendala seketika kerana mandur dan pekerja masing masing sibuk bekerja..PRU lagi tu hari.

Aduh, lampu mak hayam gebus melodi pendant pon menyorok masuk stor balik gayanya.

Tak sesuai sebab kedapatan konkrit di kawasan itu. Susah nak tebuk katanya. Apo apa je lah.

Lalu, pasang jer lah seketul donlite beserta pakej 2 bulb. Cerah jugak tu, konpem goreng telo tak hangit!!


Ini area dining. Melentur gitu joran lampu di tepi nya.


Lampu ni on sale masa kat Hse of Lighting tu hari. Entah nak congok kan natang ni kat mana. Kat dining bleh, hall bleh. Kalau taruk kat meja makan tu, konpem hari hari bleh masak lauk ikan terubuk..hahaha, senang mencari tulang ikan kisah nye.

Saja terjah gugel nak mintak pencerahan duduk nya ia..





Yang wajib wajibul aje buek untuk rumah ni. Next...nak memasang langsir. Ready made aje.

Kemudian, boleh lah transfer barang barang terlebih dalam rumah ni ke rumah sana.



- Posted using my iPhone -

10.5.13

Mom & Baby Ekspo @ Midvalley

10-12 May.



Ada 2 hari lagi, esok & lusa.

Tak de lah shopping sakan. Kalau 2, singgit boleh lah nak borong. Beli yang memang keperluan macam harta benda toiletries bebudak. Beli banyak, susah pulak nak mengangkut bawak balik. Mujur ini hari balik dengan en dol.

Untuk Auni, try belikan sekut Milna rusk rasa pisang dan stokin. Nak belikan jugak headband tadi, rambang mata, tapi duit tu tak berapa rambang, jadi tak beli la. Beli pyjamas selai. Nak belikan gaun, last minute cancel, sebab nye mama Mayra bagi baju si Mayra untuk Auni. So, dah menjimatkan duit di situ.

Si Sarah mengamuk nak baju baru juga. Sebab nampak baju si Mayra itu. Adeh! nasib makan pujuk. Kata kat dia, nanti Ayah beli kan, kaler purple kat Giant. Layannn...sebut aje Giant, konpem okay.

Untuk sang ibu, sempena hari ibu seketul Coach lagi...

Banyak la Coach, seketul cooler bag saje ade.Kali ni tak beli yang macam sling bag tu. Ambik yang handy, boleh melibas libas orang dalam tren hendaknya... He he he he!


Habis dalam seratus hengget ++ aje termasuk membeli kan present tuk baby Iman yer, adik nye si Mayra itu.

Kalau yang terlepas, jangan riso...Julai nanti ada lagi. Nantikan...



Gambo shaking aje, sebab kesan gempa bumi dari perut si fotografer...He He He. Berapa richter tatau la.

- Posted using my iPhone -

7.5.13

Balik Mengundi

Syukran dah settle mengundi. Demam PRU pon dah kebah rasanya kan?

Bukti hokay daku mengundi. 3-4 lapis ni kene calit dakwat biru fefeeling kekal itu.



First time mengundi. Mengundi kat kampung halaman, Perak sebab address kat IC masih kat sana.

Sambil mengundi, sambil bercuti kat kampung jer la. Sabtu tengah hari sampai sana, Isnin petang lepas asar baru bertolak balik ke sini.

Dari PH labour day tu duk bizi cuci umah baru, bawak ke weekend travel balik kampung. Haduh, memang capek urat saraf badan ni.

Oh Jumaat, cepatlah muncul...

- Posted using my iPhone -

3.5.13

Cuti tapi Kerja

Walau 1 Mei cuti PH, tetap bekerja juge. Tapi kejekan rumah je pon.

Sebelah pagi, en dol ke pondok aktiviti TDK. Ada gotong royong. Menaik taraf pondok aktiviti. Aktif jugak taman aku ni. Hasil koleksen bayor bulan bulan, walau ada yang escape, sejak 5 tahun yang lalu, kami dapat beli kabin sebijik, khemah untuk kenduri kendara, kerusi dan peralatan pinggan mangkuk.

Ni yang ambik gambo ni, buat kerja ke tengok aje? Hehehe.








En Dol turun sana. Mak turun masjid, ada aktiviti ceramah. Aku? Tidak mengalah okay..sempat 5S di rumah. Sangat bersemangat..mujur si kenit tak meragam. Elok je main dengan kakak kakak dalam walker.

Tengah hari settle, lalu melayan Iron Man. Petang terlelap..tapi memang sangat bersemangat! Pukul 6.30 petang, turun jugak ke umah baru.

Nak jugak mengemaskan umah sane. Walhal kerja kerja pasang lampu baru buat separuh. Usaha mop bilik bilik yang dah siap pasang lampu dan kipas.

Ini pemandangan dari luar..sekitar jam 7 petang. Hahaha..langsir lom pasang.




Semangat katakan, telekung pon siap bawak. So, dapat lah solat Maghrib kat sini.
Ingat nak tido sini weekend ni, sekali...lupa! Weekend nak balik kampung lah, gi mengundi..

Kerja pasang downlite kat hall patut settle semalam, tapi en dol pulak kene pergi site attend meeting. Hari ni pon tak free..so, pospon till next week lah.
Haduih, tak sabor dah nak menghias rumah sana. Kekononnya larr..

Ni kat bilik tidur. Kipas cap kaki tiga brand cap ayam. Milux? Pernah dengar? Baru 80++ harganya.



Berjaya jugak mengaplikasikan lampu ayam kat dalam toilet. Lampu dari rumah sekarang.. kekonon untuk dining kat rumah ni. Tapi tak praktikal plak. So, kasi bungkus, masuk kotak, tolak ke stor aje jawabnye..

Ada lagi 2 ketul lampu ayam. Lampu ayam Melodi pendant Ikea. Yang putih tu, tapi dah tukar kelabu..sebab lama duk dalam muzium katakan. Yang itu bakal beraksi di bahagian dapur kami. Belum pasang lagi.




Gambo malap. Kalau nak cerah, sila on kan suis lampu..Ekeke.


- Posted using BlogPress from my iPad

1.5.13

Cekelat Edisi Terhad

Baru je kami meng titlekan mat salih kede kepada si CEO kami, hasben nye si Ning Baijura itu. Bila outstation, x pernah beli jajan tuk kami. At least beli kan lah cekelat Daim kat epot tu, jadilah buat kudapan sambil melangut depan pc kan..

Tapi, selasa tadi, kene tarik balik pertuduhan ye tuan puan. Beliau telah menghadiahkan kami sekotak cekelat, sorang satu,imported from Benezuela gitu.

Kede dia turun tahap separuh la, sebabnye..untuk staff lelaki dia tak bagi. Suruh share dengan kami pulak...Senduu gitu kannn.

Macam coklat Kandos gitu. Hehehe, teringat zaman kicik kicik pulak. Tapi yang ni siap packing dalam kotak kayu lagi.

Rasanya dia belikan jajan ni sebab awal bulan baru ni kami tolong si Tan Sri, ayah tiri organize event makan makan memperkenalkan bakal bakal kroni pak tiri kami itu.

Ada lah 2 orang kak kiah tu siap tatang dulang bawak kopi untuk orang besau besau ni.

Lagi 2 orang Kak Kiah jadi model ambik gambo dari reporter.

Paling bikin ketar lutut, menjadi waitress serve makan depa depa ni lah. Adik Pak Jib ade, ex lawyer ade...Pehh! Nasib semua nya berjalan lancar masa tu..

Cekelat .. cekelat..gambo dah tak leh load plak..apa eror ni? full dah ke?

Ingat nak share dengan BoboiBoy sebab dia tak dapat, tapi hujung hujung bulan ni, muka dia cam mintak penampor laju laju kan, jadi bawak balik bagi bebudak kat umah aje. Save duit beli jajan.

Hahaha. Kede gitu di hujung bulan..

- Posted using my iPhone -