2 jam tu menunggu, mujur Auni bersabar ajer macam aku. Aku pon nak panas bontot jugak duduk aje. Naik lenguh gak la lengan memangku budak.
Tadi berat Auni dah 4.6 kg,kira naik 1 kg la dalam masa sebulan ni. tinggi 55 cm. Nurse kata normal aje BMI nye.
Aku pun kena timbang sekali tadi. Berat dah 54.4 kg. Turun dalam 10 kg lah. Darah nifas pon aku perasan dah stop masa masa 32 hari. Ni dah masuk 36 hari. Haha..4 hari lagi.
Dah sebulan ni, badan Auni cam dah keras. Leher pon leh tahan, asik mendongak, ke kiri, ke kanan. Susah nak bagi mandi sebab asyik nak test leher dia ajer.
Next 4/12, nak jumpe tuan doctor pulak sebab tadi misi ajer check, Renyah check dengan klinik gomen tapi sebab PREE , halalkan lah..Hahaha.
Sebab lepas ni Auni dah boleh nak keluar jenjalan, baru membelikan baju baru untuk dia. Rompers 5 in 1 dan crochet hat. Dah beli online ni, tawakal ajer la akan kualiti dan ropanya nanti.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan