Stalkers


Yang kesah

1.12.12

Baju Baru mYwoRLd 365

Aku memang suka tukar tukar template blog aku ni. Kepuasannya sama macam menukar susun atur dalam rumah. Waaaa...bajet dah tahap Eric ke ni?
Puiii. Sila muntah!



Template kali ni, harap bertahan sampai hujung tahun 2013, aku pilih kaler hijau dengan pokok pokok gitu. Aku memang suka gambar gambar pemandangan ni. Nampak natural gitu.


Selain tu, aku UP kan tarikh tarikh penting dalam hidup aku, macam ulang tahun perkahwinan dan hari lahir bebudak. Ada kebaikannya jugak. Meh aku kongsikan kisah yang sangat senduu berkenaan tarikh kahwin aku ni.

Hari ke 4 Auni lahir, en hubby pergi JPN. Nak buat surat beranak dan mykid Auni. Dokumen tak complete, tertinggal Perakuan Nikah. Tapi, diorang proceed buat juga akhirnya. Tapi, en hubby still perlukan tarikh nikah kami jugak. Dia terlupa lah wei. Hampeh! Sangat lah hampeh, dia nak call aku, kebetulan hp aku dengan dia. Mak aku pulak off kan hp dia masa tu.

Nasib la kat blog dia, dia hade letak tarikh anniversary kitorang. So, bukak blog sendirilah menengok tarikh menikah. Tu lah kot last dia menengok blog dia, dah 3 bulan tak hapdate..nak bersara dah ke bang?

Gambar gambar - aku load yang terbaru la. Gambar anak anak dara aku. Promote anak anak , mana tahu ada yang berkenan. Ada orang nak berbesan dengan aku? Tunggu lagi 20 tahun yer. Kecuali gambar tuan tanah - gambar tu sama aje seperti sebelum ni. Aku rasa itu lah gambar aku yang paling CHUN lagi ayu.

Puiii.. Meh muntah darah!

Aku dah tambah lebih banyak link ke blog orang orang femes! Dengan harapan, nanti aku pon menjadi femes seperti mereka.

Puii ! Puii!

Mereka mereka itu adalah Fatin Liyana yang cun itu, Maria Elena dan Ben Ashaari. Untuk muhasabah diri, ingatlah kematian,makanya aku letak kan blog Kereta Mayat. Aku bukan saja saja letak nak show off ek, aku memang silent reader blog dia. Banyak benda baik boleh baca dari blog dia. Sila , sila ke sana.. Dapat pahala ni!

Untuk easy readinhdan sarkastik, aku letakkan blog Obefiend dan Akak Senduk. Blog Obe, a little bit serious..pinau mata membaca tulisan dengan fakta dan adia. Blog akak senduk, walhal lelaki - memang aku suke. Mulut dia lazer habis , kalah kak kiah.

Lagi satu, aku letak blog Dr Halina, isteri angkasawan tu. Since dia pon mak orang, aku pon mak orang..thats why aku suka juge baca blog dia. Story mori pasal anak anak especially.

Aku tak letak link kat sini. Tengok sendiri lah kat part BACA! BACA! Kat sebelah kanan korang. May be lepas ni boleh letak link ke blog masak masak. Tapi, sejak berpantang ni. Tak de lah aku terjah tenet mencari resepi. Takut tergoda kan, batal pulak rejim berpantang makan aku.

Sejak dua menjak ni aku suke meludah kat blog ni.
Puiii! <--- cara meludah kat blog.

Terkenan sape ntah.
Yer la, kadang kadang diri ni terperasan kan, tershow off lah. Aku tak niat cam tu pon sebenarnya. Yang terperasan tu sebab verangan the over, tershow off tu sebab happppppyyy overdose.
Lagi pun, aku hanya manusia biasa.



K, bai.
- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: