Stalkers


Yang kesah

5.12.12

Bawang Putih, Bawang Merah selebret Krismas

Hari ni hari ke 44 aku berpantang. Ada lagi 2 minggu sebelum naik kerja.
Dan hobi aku yang suka menonton tv dan tengah mekar setaman ni pasti kuncup bila dah naik kerja nanti. Heh!

Baru baru ni ada movie baru yang menarik aku dah tonton kat Astro 702.



Citer sempena krismas, genre romantik. Plot citer ala ala dalam novel gitu.

Kisah mengenai Wendy (gaun putih) jatuh cinta dengan hero, Adam yang juga merupakan boifren bosnya, Priscilla (gaun merah). Haish,ni citer bawang putih bawang merah sambut chrismas ke? Kuang kuang...




Kisah macam mana gadis yang lonely, Wendy terperangkap di dalam lif rosak dengan sorang jejaka handsome, Adam. Dah terpeluk peluk tu, terKISS lah pulak. Kiss baek punya sampai lif tu ok. Ehem!

Wendy terus melarikan diri, Adam tak dapat kejar dia.

Hari berikutnya, Wendy bertembung dengan Adam di rumah bossnya, Priscilla. Rupanya Adam adalah bakal tunang Priscilla. Adam tak dapat mengecam Wendy. Wendy sedih juga. Lagilah Wendy sedih bila Priscilla mengaku design untuk decor xmas kat rumah Adam adalah idea dia.

Wendy di tugaskan Priscilla untuk menyetelkan hal hal decor untuk krismas dan parti amal di rumah Adam. Wendy pasrah. Tapi,sebab kerja kerja decor tu lah mengintimkan lagi hubungan Adam dan Wendy. So sweet mereka..dapat beli pokok krismas, hias pokok, naik kereta kuda, dinner dan tengok movie lama sama sama.

Priscilla akhirnya tahu perasaan Wendy kepada Adam, dan sebaliknya. Dia bermain taktik kotor dengan cuba memaksa Adam melamarnya. Adam pula terkeliru akan cinta sebenar selepas gara gara ciuman di dalam lif yang telah membuatkan hatinya berdebar debar.

Saksikan lah ending citer ini sendiri, yang pastinya korang boleh agak. Ala, tengoklah sampai habis..

Salah satu sebab aku layan citer ni pasal si hero ni lah..Brendan Fehr. Dia ni dulu so famous dalam siri tv Roswell , ala kisah kisah alien tu. Memang suke sangat Roswell dulu, sampai letak nama grup study Roswell jugak. Sure jaki coursemate aku dulu mendengornya..Hahaha!

Kalau sekarang kami ni jadi muda dan belajar balik. Letak grup study Twilight lah pulak kan..Fenomena semasa katakan. Huhuhu.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: