Stalkers


Yang kesah

30.9.13

Menurunkan 4 Kilo

Kata en dol..seminggu je turun 4 kilo terus!

Konpiden tahap KLCC tu!

Tapi cita cita musnah serupa WTC kena bom!

Menu berbuka tadi ada ikan keli bakar cicah air asam dengan sup ayam lagi.

Niat mau berbuka dengan roti gandum penuh cicah susu coklat terbang melayang layang. Rezeki jangan di tolak katakan!

Gagah perkasa laki aku posa hari ni. Aku lah beri cadangan suruh die posa. Dapat isnin dan khamis pon jadi lah. Tapi aku tak leh join posa la. Lampu merah pulak minggu ni.

Hopefully penurunan lemak dan daging kat part pinggang dapat la mengurangi kesepitan urat di situ.

Selain posa, aku pon dah start memasak menu yang sihat. Permulaanya dengan memasak cara yang sihat. Kukus, stim, rebus dan panggang.

Macam hari ahad lepas..


Ni la serba sedikit rencah nak prepare kembung stim, brinjal goreng, ulam celur cicah cencaluk. Lama tak makan cencaluk..sampai merah muka aku naik jerawat penangan cencaluk.

Kebetulan ni hari adik aku yang cuti tu pi panggang ayam dan ikan. Memang sesuwai sangat lah..

Tapi tu lah,alat penimbang kat umah aku ni dah rosak. Ntah gajah mana lah naik sampai rosak. Adik aku lah tu. Nak beli baru, lom beli beli lagi.

Jadi lom tau berapa kilo dah turun. Kalau ada turun, sekalung tahniah untuk en laki.

Diri sendiri bila nk kurus??

- Posted using my iPhone -

29.9.13

Rawat dan Rehat

Petang Sabtu lepas, kami satu family beriadah. Sebab dah janji dengan Sopie. Last week diorang dah datang sini. Gian lagi Sopie nak datang sini.

Since dah datang sini, aku fikirkan lah satu senaman sesuai untuk en dol tu.

"Cer brisk walking satu tasik bang!" Aku bunyi cenggitu..

Nampak dua beranak macam nak brisk walking tapi sekerat jalan aje dah patah balik. Kona baik ,eksaited pergi ke bonet belakang kereta. Ape lah depa nak buat tu?


Yeayy!! Kami ada layang layang.

Gigih main layang layang kat tepi tasik Kota Kemuning. Tapi bebudak ni tengok je tak pandai control dan pegang benang lagi.

Dah 5-6 tahun tak datang beriadah kat sini. Awal awal kahwin, blom ada anak, selalu datang sini berjogging. Stop datang sini sebab ada construction cantikkan tasik ni. Nah, sekarang memang cantik la.



Memang sesuai main layang layang..Angin bertiup tak reti bahasa! Terapi minda kata en dol..let your mind free.



Tepi tasik..saujana mata memandang.


Ada air pancut. Jangan kata paip
pecah pulak.


Panorama petang.


- Posted using my iPhone -

27.9.13

Slip Disc Minggu 3

Ingat AF ke nak minggu bagai?!

Btw, dah masuk minggu ketiga, baru lah tahu kena slip disc. Sebelum , masa mula mula kena,duk sebut lah tergeliat. Gagah pi urut.

Dah discaj petang rabu tadi. Hari ni en dol dah kerja macam biasa. Ni lah antara penyakit yang pesakit kena aktif bergerak. Tapi tak lah aktif sangat sampai leh lompat lompat kijang ke.

Benda dah jadi 3 minggu pon. Awal awal jadi pon masih duk aktif laki aku tu. Sempat lah menanam pokok dan memotong rumput kat laman umah.

As per doctor advice, pi la buat operation, buang disc yg kena kat urat tu. Masalah tu lah, chances 50-50. Elok sakit 1, maybe sakit 2 lepas ni, sakit slip disc 1, sakit kesan operate 1. Kot pakej penginapan di hotel, okay la jugak. Since kompeni boleh bayorkan, idok menjadi hal nak serah diri operate, tapi tu la..sanggup nak di operate ke??

Tawakal dulu dengan praktik senaman fisio, streching dan aktiviti ringan untuk kuatkan semula tulang belakang.

Kalau empunya badan setuju, kakak ipar nak bawak pergi urut batin pulak kat Jalan Kebun tu. Usaha dulu, tengok macam
mana.

Aku bagi jugak senaman terapi untuk en dol beserta peralatan sekali. Nah, ambik Auni, pegangkan tangan, dia nak berlatih berjalan..Ahahaha.

Ni pon aku suruh en dol diet sikit..Overweight 4.4 kilo bang!



En Dol cakap dia pernah jatuh terlentang kicik kicik dahulu. Entah ini ke kesannya kan.

Mata ini pon mau sleeep disc jugak. So sleepy ..


- Posted using my iPhone -

25.9.13

Adoi..slipped disc

Makan tak lalu, tidor tak lena ibaratnya.

Tak tahan dah nak berteka teki teka tekup agaknya, so en dol bawak lah diri ke KPJ Shah Alam tu semalam. Request nak buat MRI scan.

Based on MRI scan, confirmed lah kena slipped disc L4/L5. L tu stand for Lumbar lah..part kat tulang belakang itu.

Mencari jugak cam ne lah boleh kena. Salah postur angkat barang kot. Sebab masa puasa tu gigih angkat barang transfer ke rumah sana tu. Sakan lah potong rumput lah, tanam pokok lah, wat kolam jadian lah.

Kena warded semalam, dah nak suruh kompeni bayorkan. Pergi tu gamble aje, aku pon tak terpikir mau packing baju untuk dia ke.Tak terlintas kat otak aku lah pon. Pergi sehelai sepinggang jer. Aku pon gi opis, rutin cam besa. Lagi lah semalam ada in house training. Training lah sangattt.

Ingat esok pagi baru tau result MRI tu. Upenye malam tadi, kul 8 gitu dah tahu. Half way doctor explain, sebut pasal surgery, en dol dah pitam. 5 min sebelum tu, duk wasap kat fon la. Suruh dia call hp sebab Sopi nak cakap , pon dia tak call, upenya kawan duk pitam. Toing! toing!

Ingat tak serius urat pungkoknye itu kesakitan, plan aku mau masuk opis lah hambat bos bayor gaji pagi ni. Mujur semalam dah buat apa apa yang patut. So, kena call Kak Ton lah ni gaya nya.

Pagi ni nak menebeng la kejap kat spital. Nemankan en dol jumpa doctor lagi sekali. Harap tak pitam dah lah.

At first aku pujuk jugak dia go for surgery, tapi surgery macam mana tak tau lah pulak kan, dah yang mendengor tu pitam. Ini baru kata pitammmm.

Tapi Mak Ana yang fefeeling ke memang kena slipped disc ni pon suruh jangan go for surgery first. Take 2nd opinion atau ikhtiar cara lain.

Boleh pakai jugak idea Mak Ana. Tunggu dulu la..may be leh buat terapi dulu ke, homeopati ke atau gi swimming aje. Lagipon en dol aku pon tak sudi nak di operate.

Aku rasa en dol tido lena jugak ini malam since aku kata tak yah buat surgery lagi. Abis, dah macam nak demam aku nengok gayanya. Muka seriau aje imagine diri nak di operate. Summore nak operate tu kat area tulang belakang. Rasa risky jugak tu.




Ni kena kasi kurus lagi. Konsider gebus jugak ni. Gebus pon boleh menyebabkan slipped disc. OOoo patut Mak Ana fefeeling diet aje.




Nak kurus cam ne....mungkin menambah gebus lagi..

Menu lunch semalam. Petang semalam sempat lah aku belasah dinner dia. Hahaha. Cuba terlantar baru lepas bersalin kan, konpem haram nak terliur.

- Posted using my iPhone -

23.9.13

Makan Busat

Akhirnya..


Berjaya juga ke kedai Pak Cik Tony. Siap bawak bodyguard from Beijing lagi.

Jejaka yang sorang nie nak follow jugak. Bawak jer la. Dia pon nak bersosial dengan cik kiah.



Ambik set lunch fillet medallion. Dalam menu tulis cenggitu lah. Kata recommended menu by chef. Mula ingat nak order Mojo Chicken ke BBQ chicken ke, dah alang alang kan..order lah jugak sepupu sepapat steak nye.

2 ketul daging tetel di kepal kepal(hahaha, mengamuk kang Pak Tony) di gril hingga well done, di saji bersama sup kentang, baked potato w rice, steamed brokoli, sekut keping dan ice lemon tea.

Set ni rega boleh tahan- RM 49.90. Mimpi lah mau diskaun lagi..tambah gomen tax dan serbis caj lagi ada. Mendekat rm80 jugak lah sekepala. Tu belum order bapak rib tu..tu jer dah rm80++.



Makin bertingkek la kedepanan perut aku ni.

In Sha Allah, next round, soon, volehlah menerjah kedai Pak Cik Jumaat atau lepaking di tempat febret ayahanda - Delicous Mama Mia. Aku tambah tambah je Mama Mia tu.

Janji ada masyukkk...

Bila lah mau masyukkk lagi nih?!!

- Posted using my iPhone -

22.9.13

Penyakit Makan

Aku suke weekend, dalam kepala..pikir nak makan ape?? Kronik sikit bila nak bendera merah.

Petang jumaat pas abis kerja dah semangat makan meronta ronta. Kerat sikit kupon pija ni.


Niat nye aku yang nak belanja..pakai duit belen belen Esos tu, tapi x cukup cash plak. Memandangkan aku sedang menjalankan Plan B, semestinye en dol lah yang kena bayar.

Plan B apa? Nanti lah aku citer bile Plan B dah berhasil.

Weekdays, aku try tak ambik nasik masa lunch hour. Belasah lah mi ke,kuewteow atau bihun. Tapi, time malam aku makan macam biasa. Nasik pon tibai. Bukan nak suruh kurus pon, bagi menten jer la, jangan berat naik banyak.

Ni hari lagi spesel. Ada carbonara, serawa durian dan pulut.


Perghhh..dah manis manis aku makan ni, teringin pulak nak isi perut dengan nasi putih lauk telur goreng dan kicap! Tak dapat nasik, nak telur goreng pon jadi lah..

Adehh, perut aku tak lama lagi mau bertingkek tingkek yer.

- Posted using my iPhone -

19.9.13

Udang Kawan Kawan

Terkejut aku, masuk kete nampak bungkusan beso. Bagus lah laki aku..beli ape lah tu. En dol bawak balik udang. Maklum la kompeni dia hari tu de tanam buah, kot lah ada bela udang sekali ke..bagi pree kat staff kan.

Di explain udang tu beli dari kawan dia. Sekilo RM45. Huih!! Udang kertas katanya. Tolong bisnes kengkawan katanya..Sambil tayang muka kesian mengexplain.

Macam nak lobi lagi je kata..tolong lah bini beli ser plak!! Hihihi.

Hari pertama, semangat lah, sampai je umah, terus pergi dapur. Semangat kan nak masak udang yang kata sampai rm45 itu. Aku pon tak tau nak masak apa, lastly jadi macam masak sweet sour pon hado. Dah malam, x yah memilih sangat!

Aku lah belasah banyak-banyak. En Dol kata dia kenyang dah menibai buffet kat Rest Bunian kat Bangi. Jauh berjalan tu sampai terbeli udang yer.


Roh memasak kalau dah merasuk, memang dia hebat lah. Sampai ambik gambo hasil masakan. Kejap je masak ni, 20 minit aje. Kalah Jamie Oliver masak masak 30 minit. Tapi lauk aku sejenis jer la. Tak saing Jamie lah aku.


Sampai ke gambo telur goreng dia snap sekali. Malam malam punya makan. Sopie kira hi taste la, pandai makan udang. Sarah tak pandai makan. Tekak dia ikan, ayam dan telor.

Hari ke 2, aku buat goreng jer. Semangat bergambo ada lagi ni..


Bayangkan bekas kuih raya tu, dia tu yang posing bengkok elok tu paling besor. Duk selak selak udang tu, jumpak la yang besar saiznye. Kalau semua beso cam ni, berbaloi lah rm45.

Aku goreng ratah jer semalam. En Dol pon tak makan. Dah kenyang sebab bedal kambing semalam dengan officemate. Banyak trip makan makan ek..itu otot otot meletup tu.

Ada sikit belen lagi udang tu. Pasta spirals belen masak masak tu pon ada lagi. Plan nak pi K4, cari lala ke..buat seafood carbonara plak. Tak tau lah sempat tak nak cekup lala nye. Lalalalala tak masak je kot jadi nye..

Hari ni mandat beso nak gi bank. Bertekad dan Mulia kita yer!! Gambate!!!


- Posted using my iPhone -

18.9.13

Sopie 6 Tahun

Hari ni anakanda yang sulung selamat di lahirkan.

18 Sept 2007 nan lalu.

Patut due bersalinkan dia pada 14 Sept, tapi delay 4 hari. Tanggal 18 Sept, ramadhan ke 4 masa tu, di subuh hari orang tengah ngantuk tu,aku berhempas pulas melahirkan dia.

Sorfina Alya. Nama pilihan en Dol. Nasib lah, selagi gegurl yang kuar, aku bagi penghormatan lah kepada en dol pilih nama pertama. Dia kalau boleh nak letak nama anak pendek dan simple macam nama dia.

Mana aci, penat aku teran! Jadi aku sibuk letak nama kedua. Punya nak nampak nama tu sebut ala ala berirama..jadi lah
Sorfina Alya..Top oo Alya time tu..tu Alya citer indon bawang putih bawang merah masa tu tengah hangat duk tayang.

Sorfina Alya bermaksud ketinggian yang tinggi. Macam redundant kan maksud nya. Itu gamaknya tuan badan selalu sakit..pembawaan nama yang agak berat kot. Pernah dengo kawan aku cakap cenggitu..

18 Sept 2013.

Pagi tadi bangun dia buat drama malas nak mandi tu. Itu sambil pujuk mandi aku promise nak belikan kek harijadi..Tapi tu arr, kecik kecik de nafsu tidoq warisan ayahanda, buat dekkk je sampai lah aku sebut kang aku belikan roti canai tuk breakfast. Baru lah bangun..

Tu lah..banyak benda makan, roti canai jugak dia punya febret. Kecik kecik makan tak per lah..Sikit hari lagi asik makan canai aje, mau kolesterol naik! Memang pregnant dia duk pi Mapley aje. TT kelisa club laki aku punya kes lah ni.

Kul 7 pagi aku gegas gegas pi cari roti canai kat depan taman aku ni. Tak de plak orang jual, belasah jer la beli nasik lemak. Febret besday girl jugak..aku beli ngam ngam 4, ingat boleh share dengan dia..waa, habis dia bedal sorang2.

Aku bizi satu hari ni. Banyak benda pending. Mana nak gi bank, nak settlekan kerja si Ayahanda lagi. Dah lah hari ni Mak Ana ada kat opis, feeling sepoil satu badan. Lagi lagi awai pagi dah de kisah tamil beliau.

Mat Royan pon sorang! Nak release payment, release lah awai skit..ni dah nak sejengkal 2 matahari naik baru nak suruh bayor. Saja bikin aku kucar kacir menyetel kerja.

Lepas lunch tadi lah baru terpikir belikan kek ke cupcakes untuk Sopie. Tapi tu lah, bergelut nak kejor tren lagi..




Puhhhhh!! Bersungguh adik pon nak tiup sekali. Yang besday girl sampai berdiri ha! Part tiup lilin ni lah paling best bagi depa.

Kek comel aje. Beli kat Wonderful Aeon JJ Aku bajet mesti kek ni kureng lah tastenye. Icing manis dengung! Kek keras! Tawakal jer la beli..just pikir ada benda bebudak nak tiup jer la nanti.

Tapi, sebenornye kek tu ok sangat
masa dah potong nak makan tadi. Kek dan icing tak manis sangat. Kek chiffon lembut siap layer dengan cream lagi.




Free style pose yang nakal. Ni lah pengaruh rakan sebaya.




Yang ni tak sharp gambo nye. Ni versi Oggy ke Mr Bean tak tau lah..Sarah lah over!!

Malam ni semua behave lah. Bebudak 2 orang ni tak bergaduh lah sebab ada aktiviti lain sikit kan. Kalau tak, memanjang malam2 ada drama air mata.

- Posted using my iPhone -

16.9.13

Untuk 3 Hari

Alahai, esok dah kerja yer?

Macam rasa esok hari isnin, tapi percayalah minggu ni akan bergerak pantas sebab hari ni cuti.

3 hari punya aktiviti ni. Tak plan lah pergi cuti. En Dol punya kecederaan kat pinggang masib blom recover sepenuhnye. Jadi, semua diam diam duk umah jer la.

Tak dapat gi holiday lama2, pergi kejap pon jadi lah. So, aku pergi la urut badan sejam kat lorong sebelah. Badan pon mau kasi serbis okay.

Holiday sejam ..tak de gangguan dari sesiapa kecuali akak urut. pot pet pot pet mulutnye sendawa angin. Kasi urut balik badan yang urat pon dah tegang belaka. Paling dahsyat..aku pon cuak. Akak tu pijak belakang aku sambil tarik tangan aku ke belakang. Prakkk!! bunyi nye. Bunyi macam korang letupkan jari jari tu.

Tengok lah, kalau bulan depan lapang lagi, nak try sauna pulak. Sauna & tangas caj RM20, urut satu badan RM40. Ok lah kan. Yang ni urut orang melayu. Muda jugak akak ni.Dia pon mengurut untuk orang lepas bersalin jugak.

Pas balik di urut, join majlis doa selamat neber depan ni nak gi Makkah. Hehehe aku join makan aje. Lama jugak aku makan, dari pukul 2.30 sampai kul 4. Hahahaha.

Pastu gerak ke Jln Kebun pulak, de doa selamat dan house warming. Kejap je lepak sana. Fuhh ..lewat2 petang terasa badan ni macam sengal sengal. Baru betul sengal.

Ahad.

Duk umah aje layan kesengalan badan dan si kenit. Ingat nak ukur kedai, tapi sebab aku dah cam ular sawa menibai kambing, jadi aku termissed lah 1 trip.




Ular sawa layan brunch sambil baca paper. Ular sawa zaman moden katakan.

Hari ni, sebab Monday Blues kan, so duk jer lah kat rumah layan free channel kat astro. Aku pulak melebih layan Oggy dari bebudak.

Petang sikit bertolak ke Jalan Kebun. Bebudak request. Adalah tu program nye.



Nah , Projek pondok pondok bawah meja rupanya. Pas tu mandi kobau depan umah. Dah Si Sopie nye macam teruk plak selsemanya. Ni tadi pon dah start panas2 badan.

Riso jugak berjangkit kat adik adik tu. Si kenit baru nak sihat..jangan lah terdemam lagi.



- Posted using my iPhone

13.9.13

Lambatnya...

Ala lambat pulak aku rasa minggu ni berlalu..Hari ni baru Jumaat yer?

Hari ni tak tau sapa je ada kat office. Dengor dengor Mat Salleh gi overseas hari ni. Kak Ton pon cuti outstation..Mat Royan pon cuti.

Hari ni Jumaat. Boleh rehat lama jer la. Last week dah survey MJ, okay la. Tengok2 petang nye Tok Abah offer beli shares pulak.

Malas dah pikir nak korek kat mana mana. Lebur je hasil hasil jual esos. Nasib lah ada hasil..melepas lah Prado Prada aku.
Kena tunggu lepas 2-3 bulan lah yer mengpropa lagi akan Prada nye. Prasan jer la lebih sekarang..

- Posted using my iPhone

Location:Jalan Bukit Naga,Klang,Malaysia

12.9.13

Pesanan En Buffet

Ternampak kat IG si SM Nasa. Kelas gitu follow IG beliau. Meh sharing dengan hampa semua sekali laa..


Klik untuk tumbesaran.

Most point kat atas berkait rapat lah dengan apa yang aku nak taking action minggu depan barangkali.

Tu lah pakcik Buffet, tetiba terjebak dengan pelaburan saham.

Dah settle esos, nak siap sedia duit pulak nak beli right issue. Sebab ni risky kan. Kalau ikut pesan Pakcik Buffet, jangan over over sangat kan?Puitis pulak kata kata dia..tapi paham kan?

- Posted using my iPhone -

11.9.13

Birthday Kak Ros

Selamat Hari Lahir Kak Ros yang ke tutttt...


Layan yer blueberry cheesecake dari Secret Recipe. Sedap dari kek Lavendar masa Mak Ana order tu hari. Yang penting, selamat duit Mat Kris dan Mak Ana kami kerjakan.



Kak Ros malu malu gitu. Tu Pak Aji pesal lah posing gitu yer??


Hahaha..banyak betoi gambo Pak Aji aku snap. Time ni mengketadarah mooncake pulak. Katanya musim festival mooncake kan?


Granny, Awek Kelantan dan Mak Ana pandang apa yer??


Kalau Kak Kiah arrange ada la keripop ke ubi ketuk ke..Lately kami buat bodoh ngap ajer la makan. Sebab ada volunteer organizer katakan. Tapi rasa bengang lah, organize pon macam tak ikhlas aje..ala kadar gitu.



- Posted using my iPhone -

9.9.13

Nak Dapat Kaki

Sampai 2 kali demam masa puasa dan raya tu, rupanya nak dapat kaki si kenit aku ni.

Sambil training berjalan tu, jatuh jatuh jugak la. Praktis make perfect yer?


Dari baring, dah boleh duduk sendiri, kalau dapat paut sopa ke benda lagi tinggi, dah boleh berdiri.

Memang itu normal progress umo die. Ada sesetengah budak umo 10 bulan pon dah jalan.

Ni belum lagi aku belikan kasut pre walker bunyi bunyian tu. Ha, alamat pas ni tak mo duduk lah, asik nak jalan aje..

- Posted using my iPhone -

Location:Jalan Sungai Long 32/144,Klang,Malaysia

7.9.13

Lega...

Lega ..Mak Ana aku dah pi cuti jumaat tadi. Ada prayer untuk papa dia yang dah passed away tu.

Lega sesangat lah. Bosan lah kalau dia join kami kami ni- kulikutif yang berjaya ni.

Berkeliaran lah kami waktu lunch tu. Lunch katakan 2 jam..

Pi makan kat dalam Aeon Big. Try masakan panas.



Aku order claypot blackpepper chicken. Kasi panas sikit ruang perut.



Kak Ton dan kuew teow goreng nye. Rencah ayam dan udang pon banyak. Sedap katanya. Kalah la kedai Singapore kami tu.




Pilihan Mak Mayra. Claypot yee mee mushroom. Yummeh!!

Naik hantu juge, dekat pukul 3 baru sampai opis. Dah sesat kat Metrojaya tadi nye. Jalan jalan sambil buat wish list katakan..

Ahahaha, baru nak kuarkan wish list. Dah di suruh invest lagi. Rugi juga kalau mempersiakan peluang. Tapi ade peluang kah memberanakkan RM?? Jangan aku pulak nanti yang beranak..

- Posted using my iPhone

Raya Raya Opih 2013

5 September 2013,

Pendek kata tak bekerja la kami satu hari tu. Abes, pagi menghidang, petang mengemas..

Dah banyak aku load gambo kat fb, ig dan wechat. Kat sini kasi tempek gambo group foto jer la.



Wah, cun dah hensem nye kami..Eh jejaka berbaju biru pinjam baju melayu en dol aku. Layan....

Antara corat coret masa majlis ni.

Last year buat kat 2nd floor, this year kat opih kami. Itu kami jadi bidan terjun mengdeco bagi naik suasana raya itu.

Superb sangat , senyum lebor para panel yang mendeco. Benda biasa biasa tak sangka jadi luar biasa.


Menarik di sebalik kisah photo booth ini. Di sertakan sekali dengan props yang nakal juga. Model plissss..



Kakak2 tiri sangat teruja dengan hasil kreativiti ini, lalu meminjam untuk buat hiasan open house raya mereka.

Murni ! Murni! Kang kami backharge ngko, sure ko selimmmm sebulan nak membayor. Hahahaha.

Bajet makan tahun ni lebih. Last year depa kolek rm250 kat kompeni. This year kolek sampai 1K. Tahu lah kami dah kaya..sanggup papa menindas kami. Huk Huk!!

Menu tahun ni ada nasi briyani ayam masak merah, rendang daging, lemang, nasi impit, satay ayam daging, laksa utara, kek dan kuih muih raya. Yang istimewa nya is ada 2 ketul pavlova dari Alexis.


Well, dari makanan sampai ke suasana lebih meriah pada tahun ini.

Alhamdulillah..muka semua ada senyum kan? Well, bersyukur masih ada yang manis walau kami bertahan di sini..

Apa pun, alhamdulillah kenyang..

- Posted using my iPhone -

4.9.13

Tunggu..5 Sept

Dalam tren tadi kemain rasa mengantuk. Mana tak ngantuk, duk sebelah Mak Ana katakan..layan jer la drama tamil beliau. Ahaks!

Ni mata segr jugak, layan dulu kasi settle ini barang.

Kita kasi bulat, bulat, bulat, bulat ...


Serupa batang buruk je rupanya.

Bila bergabung, baru dia nampak comei..



Seeeee...

Nampak cam ape?

Nantikan 5 September ini.

Propa bebenor yer!

Baru klimaks kan???!!


- Posted using my iPhone -

2.9.13

Oh September!!


Mulalah melihat semua perbelanjaan yang ada dan serta merta "cut-off" atau kurangkan kos perkara yang tidak perlu atau membazir.

Misi kita ada 3 iaitu :-

1. Kurangkan kos
2. Banyakkan tunai/lebihan simpanan
3. Cari jalan tambah pendapatan

-petikan kata-kata Datuk Azizan Osman.

Info sharing. Copy paste dari rakan fb. 

Baru nak sambar Coach ka Chanel barang seketul. Ekekeke..fefeeling gitu. Makanya campak jer la duit hasil jual ser masuk lam tabung balik. 

Ni rentetan kesah si ron 95 dan diesel yang naik harga nya.