Stalkers


Yang kesah

17.1.18

Tahun 2018

Tara....baru menjelma di hujung bulan January 2018.

Hahahaha busy uolss. Busy lah dari masa kerja kat opis lama dulu. 

Alhamdulillah, aku dah confirmed bekerja kat salah sebuah branch Tr@nswater based in Kemuning.

Kejap je dah 6 bulan. Seriously aku rasa lama. Hahaha tak tau kenapa..boring kot. 

Mana nak sama dengan tempat lama kan, tapi bertabah ajer lah. 

Rindu cik kiah..


Beberapa hari sebelum new year, gather dengan kak ton & mak mayra kat Mid Valley. 

Thanks to granny yang belanja makan..farewell kata nya. 

11.12.17

Cuti Sekejap ke Melaka

Lama tak gi buang duit, buang masa..kakaka

Setelah hampir setahun tak gi memana...ni lah trip pertama kali Aidan ke tempat asing.

Shah's Beach Resort, resort lama ni. Maybe sebab resort ni dah lama, so boleh nampak unsur lama tu terlalu menyerlah.

Gitu pun, ramai jer umat lain check in. Ke 1st time check in gak cam aku?

Aku pilih resort ni pon sebab harga dia dalam bajet la. Cuti sekolah pulak ni.. Triple bed std room, sesuai la tuk kami sekeluarga plus mak aku. Dalam range RM190 gitu. Tapi check in tu depa request depo RM150. Kemahin.

Hari pertama pusing pusing resort aje..tengok laut dan lepak kat garden. Tak gi mana pon malam tu..end up semua orang tido.

Alhamdulillah Aidan tak de la perangai pelik pelik, menangis ke. Dia sonok aje main main dan makan atas katil. Mana tak sonok kan, menyepah katil je kerjanye.

Pagi tadi jer gi ronda ronda kat gigi pantai..pantai neber sebelah. Kakakaka. Lagipon air nye bukan lah clear like a crystal..so tengok jer lah.

Eksaited Aidan dapat pijak pasir tu. Sebelum bekfes , bebudak lak terjun dalam pool. Petang semalam tanak gi sebab ramai orang, tapi pool nye serius kecik..

Tak tau nak gi mana dah sebab cuaca tengah panas terik..bebudak biasa la. Request nak gi Menara Taming Sari la, nak gi umah terbalik lah..hahaha lalu je situ, malas nak turun, dah la ramai orang.

Next time leh cari hotel kat bandar pulak, so boleh la buat aktiviti diorang nak.

Singgah makan jap kat Alor Gajah, hmmm..tak tenang nengok wasap kerja kat grup. Chait!!!