Stalkers


Yang kesah

29.4.17

Pindah..Sekali Lagi

Eh eh eh aku post pasal gugur ritu bukan sebab aku ngandom tau, sebab terjumpe info menarik , itu yang kopipes.

Tapi tak menafikan lah perut ini ada  mengandungi lelemak sihat.  Kikikikiki.

Nih tengah busy pulak berkemas sebab tempat kerja nih nak pindah lagi..

Minyak masak Seri Murni pon ditapis 2 kali sahaja okay..

Hahaha yang ni nak pindah buat kali ketiga. Mantap sangat!

Suka ati lah kan, tak pindah maka tak cinta. Gituuuuu.

Lots of Love,
Comittee Pindah

22.4.17

F8

Jauh aku berjalan kelmarin sampai ke Cuba, New York dan Russia. Tapi idok boleh drive juge. 

Kakakaka.

Lama laki bini tak dating tengok wayang. Yang last rasanya masa redeem free ticket, tahun lepas. Time tu bertiga la ek sebab Aidan dah de dalam perut 3 bulan.


             

Awai awai menikah dulu, chillex jer tengok version donlod al harami kat bilik tengah umah sewa wak.

Laki tengok kete ,bini tengok Brian. Huhuhu.

12.4.17

Aidin

Ustaz Dusuki pesan , " jika kita mengandung, anak itu gugur, walaupun kandungan tu baru seminggu atau sebulan, bagi nama  pada anak itu. Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan, maka bagi mereka nama lelaki. Kerana dia akan ada di akhirat nanti. Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedih jika gugur, kerana anak itu sedang tunggu kita. Buat amalan kebaikan di dunia dan semoga kelak bertemu di dalam syurga.

Aku ni de la sikit experience gugur, which is aku rasa baru sekitar 4-5 minggu, 2 tahun lepas kot. Yes at that time upt result 2 kali positif. Tak de rezeki kan.

So aku nak bagi nama la jugak, Aidin. Kalau ade Aidin, tak de la kot Aidan kan. Jadi aku mensyukuri segala nikmat yang ada.

Namun, ada info begini pulak.

Sepakat IJMAK ulamak salaf mengatakan, janin yang tidak cukup 40 hari TIDAK DISYARIATKAN samada diberi nama, mensolatkan, atau mengaqiqahkan.

Jumhur ulamak salaf mengatakan anak2 yg mati di dalam kandungan samada kurang atau lebih dari 4 bulan tidak perlu dinamakan meskipun disolatkan.

29.3.17

Kuih Keria Keledek Oren

Rasa konpiden jer beli keledek putih tadi. Bila dah kupas, terserlah isi oren nye itu. Tapi tak per, boleh je guna.

Hari ni rasa nak buat kuih keria sebab semalam dah save resepi kat facebook. Memdangkan tak de stok gula melaka dan gula merah ..tak dapat la buat keria sira gula melaka. 

Proceed jer la buat keria biasa.

Untuk half kg keledek tadi, kupas, cuci dan rebus kan keledek tu dulu. Toskan, kemudian baru lenyek bila dah sejuk. 

Kaler oren yang mantap tu buat terliur pulak nak buat mee rebus. 

Aku tambah setengah cawan tepung gandum, 1sb tepung beras dan 1sb soda bikarbonat ke dalam lenyekan keledek tadi. 

Asal leh bentuk rupa keria, okay dah la tepung setengah cawan jer.

Dapat lah 25 ketul.

Rasanya macam mana? Nyesal lak tak buh je secawan tepung. Keria nye terlajak ubi. 

Tak pe ah, ubi tadi baru RM5.60. Mahal lagi tambang lrt ktm aku. Huhuhuhu.


Separuh dah habis ngap. 

Lagi separuh untuk hidangan berbuka puasa Mak aku petang ni. 

27.3.17

Pre Filing, E filing ..

Banyak banyak kerja kat opis, part submit E Form untuk company paling nyampah sekali.

Tahun ni paling nyampah nye amat sangat.

Kewajiban udoh antor secara on9. Borang tak dapat dapat ni ha. 

Menambah kemenyampahan itu, okay..tak beberapa hari lagi 31 Mac. 😄😄

Fine.....

Menatang ape lah pre filing ituuuuu..

Tok guru mana ?

Mana Tok guru?

18.3.17

Aidan 9 bulan

Dulu 9 bulan dalam perut, now dah 9 bulan di luar perut. 

Yang pasti, kat luar ke dalam, tak reti duk diam orang nye. Betul la die boboi boy. Beza sangat ngan gegirl yang kurang lasak.

Selim dah ni..lepas 2 minggu demam dan selsema. Pestima gak la demam lama camni. 

Esok bawak timbang dan amik vaksin 9 bulan.  

21.2.17

Go Green!

Tema warna tahun 2017 adalah Greenery seperti mana yang diumumkan oleh Pantone, syarikat pengurusan warna antarabangsa.

Wow..alam sekitar sangat warnanya kan. Refreshing dan calming gitu. 

Nak raya ni mengisah lah jugak nak tau kaler kaler best untuk tahun ni sebagai rujukan untuk baju raya, rumah, kereta raya dan sebagainya. Huhuhu. 

Kebetulan aku de setin cat kaler ijau soft soft ke mint kot , lom gune lagi. Kot lah kan hade masa lapang, leh la mengecat dinding nanti. Tu pon kalau lah  kerajinan dan ketekunan tu hade. 2 tahun dah rasanya cat tu terperuk gitu saja. Tah tah dah tukar kaler ijau lumut tak..Mak ko hijau tul kan kalau betul kaler nye tukar.

Baju raya? 
Kain ela nye dah beli tahun lepas masa rombongan cik kiah ke Kolumpo tu. Tak lah kaler ijo. Mix colour jer. Kisahnye, merepot kain ela kaler ijo mix pink corak pucci aku tu dalam lemari lagi. Tada kekuatan menghantar ke tailor/kedai lagi. Aku nak wat kain je, pon malas nak suruh orang jahit. Untuk bebudak, tah acaner selamat pergi ke tailor dah. 

Hero hero punye, nanti nak dekat raya baru mencari. Depa pakai la yang ready made sebab pesen nye gitu jer, tak cekak, telok la..urban sikit kurta la atau pon jubah sado. Kakakaka tengok la 2017 ni hape fesen nye plak. Aku suke tradisional je. Back to nature. Go green gitu. Jangan jadi Green Lantern sudah ek.

Tabung berwarna green untuk budget duit raya almost done. Lepas raya tahun lepas, aku continue jer menabung. So, chillax sikit lah menabung 2-3 keping je sebulan. 

Harapnya ekonomi rumahtangga dan ekonomi negara akan malar hijau pada tahun ini. Ameeeennn.

18.2.17

Sayonara Feb 2017



Sesekali nak fefeling ade ayat power cam Pattah. Hahaha jangan mara..

Mana da masak masak. Lately ni agak busy, lapang time pagi, belasah lah gathering time bekfes sajer. 
Last day ahkak sekretari kite. Pehni beliau kembali berkhidmat untuk boss mata nya biru kelabu gitu. 

Tinggal lah kami bersama Pak Cik Hot! Hot ke? Hot terukkk okay. (mata ke atas)

11.2.17

Kek Butter Sebelah Nyebelah

Resepi abe khairul hakimin muhamad aku follow. Patut nya nak buat kek butter choclate rice dalam nye, tapi upenye aku tak de choclate rice ..serbuk koko jer la ade. Jadi la kek belang yang siap cepat dan mudah.

Cuma nye terlajak buh serbuk koko, so adunan koko tu jadi pekat pulak. Itu yang dia ala ala tenggelam kat bawah. Maybe kena tambah air sikit kot.

10.2.17

Menziarah ke Trolak

Selesai urusan menziarah keluarga arwah mak ngah aku di Felda Trolak Timur pagi tadi.

Sebulan yang lepas, arwah ada admit 2 minggu di Hosp Slim River dan koma kerana jangkitan kuman dalam paru paru. 

Lepas discaj, keadaan arwah masih lemah, tak selera makan dan tak boleh berjalan. Arwah dijaga oleh kazen aku di Senawang. Nak jadi cerita, arwah mengadu sakit perut pagi semalam. Itu yang admit ke Hosp Seremban. Tau tau petang semalam, nadi nye dah lemah. CPR pon tak dapat bantu.
 
3 tahun lepas, suami arwah, pak ngah aku kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman jugak. Kami pay visit ke sini jugak. Pestime ever la masa tu laki aku drive jauh lepas berehat dari travel jauh jauh sebab sakit slip disc. 

Tragedi jugak rini. 

Alhamdulillah, umur kami sekeluarga masih panjang sebab tadi tayar belakang pancat kat hiway. Lepas Tapah kot tak silap. Tengah laju gak masa tu, dalam 120km. Nasib keta under control. Dah la panas lit lit masa tu, pukul 1 tengah hari lebih tak silap kejadian tu. Ngan Mat Dan meroyan lagi. 

Dalam kemeroyanan si Mat Dan tu , gigih jugak la singgah ke Bandar Tun Razak visit Mak Cik aku pulak. Sebab Mat Dan semakin tinggi volume meroyan, bergegas la kami ni mintak diri nak balik. Kalau tak, mau tu ke Kg Melayu Subang pulak destinasi seterusnya. Kikikiki. 

Minggu ni memang redho tak cukup tido dek melayan karenah Mat Dan berjaga tengah malam sebab dia tak lena tido. Cuti thaipusam kelmari dah mengerah tenaga mengemas umah JKKKKK tu. Panjang nye kkk. Tak tau pulak tetibe kena travel. 

Nasib lah sok off day... De chance la bermalas malas merehatkan badan macam sekarang ni. kakakaka. Mat Dan tido lena ni..keletihan yang amat lah tu.

9.2.17

Testimoni DIY Minyak Garlic

Jangan kan baby kecik meroyan sebab hidung nye sumbat dek selsema, orang tua kelaparan pon bisa meroyan jugak kalau tak makan di pagi hari. Huk huk huk.

Tip aku buat semalam menyapu minyak bawang putih tu agak berkesan jugak.

Tak tau la hingus tu mencair ke mengering, so kahak tu tak la stuck kat hidung atau tekak tu. Nampak gak la few times die batuk2 then macam menelan something, agak nye kahak tu la kot.

Semalam lepas aku apply minyak tu kat dada, batang hidung dan tapak kaki die, dapat la kami berjemaah lena dari jam 1 pagi sampai 4 lebih pagi tadi.

Malam sebelum tu, die punye meroyan, dalam buai tak leh lena, letak kat tilam pon ek ek tak nak jugak. Pukul 2 pagi baru nak lena, tu pon every hour die bangun merengek pulak. Dalam pada time tu aku konfiden ubat kahak dan demam tu akan buatkan die lena tidor. Upenye idok.

Memang mujur sangat, kat opis pon hantu tu tak de buat kacau. So, tak lah tensen gi kerja siang nye tu, walau tidor tu memang tak cukup.

Alhamdulillah, di permudahkan segala nya. Ni pon tak la full recover lagi. Tapi perangai tu semenggah lah dari beberapa hari yang lepas.

Ni tetibe si kakak kenit plak demam panas. Hat dah de mulut, pandai bercakap..bapak nye leh uruskan. Kakakaka. Yang berbahasa alien je omak dan opah nye kena handle.

7.2.17

Minyak bawang putih

Nah aku sharing petua buat minyak sapu gune bawang putih untuk keringkan hingus dan kahak bayi. 

Ni pestime akup mencoba petua ni. Hashtag siscuba la gitu yer. 

Selalu rely kat ubat doktor jer. Ubat kahak tu ade, tapi buat si Mat Dan moody jer. Cam lalok gitu, ujung ujung buat perangai la Mat Dan nye.

Kali ni nak mencuba gak petua alami pulak. Sian Mat Dan, nak minum susu payah, nak bernafas pon tak best. 

Idok pasti keberkesanan nye. Namun seantero rakyat di pesbuk sharing petua mudah ni. Aku ni terjebak nak try sebab malam semalam Mat Dan tak leh lena langsung. Tido ayam jer. 

Caranya..

Aku bakor beberapa ulas bawang putih
Cucuk kat gerfu. Bakor atas api gas dengan kulit kulit nye tu sekali. Agak agak keluar bau tu, hitam hitam lebih kurang, stop la bakar. 

Then buang kulit, benyek2 kan die lebih kurang. Kendian campor kan vco atau habbatus sauda. Minyak masak atau baby oil pon leh gune juge. Minyak belacak tu jangan lah.

Both minyak aku ada, so saja gatai la campor dedua minyak. Sapu la kat batang idung baby, dada, tapak kaki dan belakang dada.

Ikhtiar..



6.2.17

Yeop Kecik Demam

Ni lah pestime yeop kecik demam yang memang demam sepakej pulak dengan selsema. Nak masuk 8 bulan jugak dah umurnye.

Jangkit dari kazen kat kampung ritu kot. Atau jangkit dari Mek Sarah. Mek Sarah last week tak gi sekolah langsung. Selsema batuk dan demam.

Hari ketiga demam. Meroyan merap manjer semua ade. Marah hidung nye block. Siann kat kami semua..

27.1.17

Cuti cuti cny 2017

Syukur..cny tahun ni dapat raya lama. Tak lah lama mana, sampai raya hari wilayah jerk. Hua hua hua.

Selalu nye time cuti cny ni, duk umah jer. Tak berani keluar travel, nak balik kampung pon malas sebab tak sanggup hadap sesak kat hiway tu.

Tahun ni jer ter rajin. Hahaha. Balik kampung gak tapi nyinggah Ipoh dulu. Idok la berasa sangat kejeman itu.

Belasah la weh ..pink pon pink lah. Kalau betul betul sendiri nak renovate, letih badan juge. 
Untung lah aku dah skip mengemas. Mai ala basuh kaki jer lagi.
Pagi ahad dah tiba di kampung berkumpul dengan yang lain.

Malam semalam jem gile kat terowong tu. Singgah tido kat Ipoh, udah selamat tak yah tempuh jem. 

Ok lah sok sekolah dah buka. Aku leh relax lagi sebab KL cuti. 

22.1.17

2017

Sejak de insan acah acah cam die bos ni, keje tu jadi berlambak dari biasa. Rimas juge. Bagi kerja tu bagi jer la, ni de pakej mengomplen, membangga diri, membebel bagai.

Kakakaka sebulan jugak lah dah wat keje tuk si die. Hampeh! 

 
Gemuk dan bermata panda tu tepat dah untuk aku..Huhuhuhuhu.

Berpanda lah aku..natijah beranak ramai..sekarang pukul 5 pagi dah bangun siapkan depa nak gi sekolah. Si boboi boy wajib neman. Tak leh lena kalau tak duk bawah tiak mak. Itu yang kul 5 dia pon bangun menyibuk jugak. Gerak jauh sikit dah melalak.

Kat opis tu pon, baru fefeling nak senyap senyap..kang hade yang calling calling bagi kerja. Yang tadi tu anak, sayang.. yang ni bos giler..rasa menyampah, rasa nak libas libas jer!

Bertabahlah wahai hati..








7.1.17

Kuiz Orang Menikah

All married, engaged 💍 or dating couples - make this your status & answer honestly!

Who's older? ---Dia. Beza 4 tahun.

Same High school? ---Yes tapi lain tahun.Tak penah jumpe pon kat high school.

Most sensitive? -- Aku.

Worst temper? -- Aku.

More social? --- Dia. Sebab so sial ngan geng speda. Kakakaka. So sial okayy.

Most stubborn? ---- Dia. Dia. Anak bongsu stubborn lebih. Sib anak sulong banyak beralah. Kekonon gitu..

Wakes up first? --- Weekdays aku.
Weekend dia - tu pon sebab bangun gi running atau cycling.

Bigger Family?--- Him. 10 adik badik nye. Aku 3 jer.

Flowers? ---- Aku.

Cries more? ---- Aku.

Said I love you first? --- X ingat. Pa barang cakap cakap. Sms banyak la.

Better singer? --- Dia kot.

Better driver? --- Dia gak. Aku co-pilot jah.

Hogs the remote? --- Aku. Kayuh speda ngan running mana nak kepit remote kann.

Better cook? --- Aku. Dia jadi better cook time aku alah ngandom jah. Better la fefeling nye sebab tak yah masak.

Edit & post

1.1.17

Sepagi di Eifel Tower

Betui ke spelling Eifel Tower nih..belasah je lah..janji sampai dah. Wakakakaka. 

Tahu la time ekonomi kura kura nih, tak lah gi jauh jauh. Kat area Jalan Kebun gak ni. Leh la wat modal bergambor, selfie ke ape. 


Yang tengah kasut besor tu gigih gak jogging about 2km gak la. 

Boboiboy buat taik mata je duk umah ngan omak. Tunggu lah kan ahli paling kecik leh jalan jalan ..nanti suh apak bawak gi Parihh betui. Paris Buntar tu sokmo dah kite pegi.. Huk huk huk.