Stalkers


Yang kesah

30.6.13

Ketagihan

Ha..mau dekat 2 minggu tak update.

asal ada lapang je, pi balun games cekelat tu, dah ketagihan pulak. ni duk crush level 65, tak lepas lepas, bosan pulak aku nak mintak nyawa aje!

Sebenornye, tak de mood lah nak update blog last 2 weeks. Letih, fizikal dan mental. Macam macam benda jadi. Period lewat, bp mak aku naik, office punya hal lagi..fuhh, tapi syukran everythin back to normal gitu.

OME ko!!

- Posted using my iPhone -

10.6.13

Si Hitam

Al kisahnya , duk survey merata tempat.

Yang tinggi, yang rendah, yang boleh bawak travel, yang boleh sumbat lembu sekor, yang berkepak kepak..akhirnya ambik lah yang ini.

Ianya hitam, murah, jimat dan kontot! Hehehe.



Sepatutnya ia energy saving ke apa jadahnya tu..tapi sebab dia ketot, karang ada la 2 orang umat tu suka bukak pintu nya. Tak sampai maksud lah energy saving itu.

Yang kakak cerdik lah bagi alasan nak minum air..yang adik bagi alasan nak tengok air aje.

Maleh nak melayan!!

- Posted using my iPhone -

Kembara Ke Kamar Mahkamah

Kembara lah sangatttt!

Kembara dalam bangunan je pon. Turun naik lif, jalan ke kiri ke kanan, haaa penangan tak jumpa jumpa mahkamah yang betul. Dah yang bagi direction pon macam ...

Sekerat hari ni habiskan masa di Mahkamah Majistret Shah Alam.


Ini alamatnya. Mahkamah Tinggi ke, Mahkamah Sesyen ka atau Mahkamah Majistret, sini lah tempatnya, cuma lain bangunan jer la. Sayap kiri, sayap kanan atau bangunan belakang.



Mau tengok suasana dalam court tadi?



Gambar seawal pukul 9 pagi. Pendaftaran dengan P.O sebelum Puan Majistret sampai.

Prosiding bermula dengan saman trafik, kemudian di ikuti oleh saman Jabatan (KWSP). Rasa 20 kes di perdengarkan. Aku pulak kena no 2nd last. Chet!!

Lama menunggu, pukul 11.30 baru kes company yang bergabung dengan syarikat man of steel di panggil.

Ekceli..payment dan denda(caruman dan faedah) sudah pon di bayar. Jadi kehadiran aku sebagai wakil syarikat adalah untuk tujuan menarik balik saman yang di keluarkan.

Lega, settle satu masalah. Esok masuk office, lagi satu masalah lah..mau menjolok itu sarang si royan.

Ada berannn??

- Posted using my iPhone -

3.6.13

Sayonara Mimikak

Eh..Kak Mimi lah.

Ni lah ahkak PA. Sebelum ni beliau adalah seorang clerkkkkk..panjang kkkkk nye yer?

Baru baru ni beliau ditawarkan jawatan Sekretary to CEO ...gaji masyukkkk,tempat kerja grand..kat Mutiara Damansara gitu. Hari Jumaat leh gedik gedik kat Ikea ye kak??

Company adik tiri ni bukan calang calang. Owner nye orang kaya di Rawang, suku sakat kerabat si Ruby.

Kelasss..dah jadi 1 Malaysia pulak company aku kerja ni sekarang. Ayah tiri Melayu. Adik tiri pulak India. Hidup 1 Malaysia!!

Bak kata pujangga, setiap pertemuan ada perpisahan. Maka 31 Mei lah detik perpisahannya.



Lama tak membaham pijja. Sejak pindah ni tak layan dah pijja. Payung tak besar, order 5 ketul regular aje & 2 set kepak ayam. Yang lain lain buat taik gigi adalah kuih baki dari miting BOD..haha. Tembikai dan betik.

Nah...


Potret di hari last bekerja.

Kosong sudah station depan aku duduk. NVM, neber baru dah pindah tadi. Hahaha..kerusi panas DUN MV ni.


- Posted using my iPhone -