Stalkers


Yang kesah

30.10.11

Breakfast cum tea break

Nak pi kenduri kul 12 nanti kat dewan tu. Jadi breakfast pun merangkap minum pagi ..


Bihun singapore dan kurma ayam..wahaha breakfast macam ape. Mix n match yang tak padan. Meletup letup dalam perut sebab lada hitam dan rempah ratus kurma tadi


- Posted using my iPhone -

29.10.11

Cuti cuti cuti

Yeay yeay, minggu depan nak balik kampung. Raya Haji ni beraya kat kampung nampak gayanya. Aku dah propose kat En Hubby, lepas otw balik sini, terus pergi bercuti kat satu pulau ni. Proposal macam dah approve tapi depend jugak apa nanti situasinya di kampung. Musim musim raya haji ni selalu mertua join buat qurban jugak, entah diorang buat kenduri ke. Aku pun sambung cuti untuk selasa dan rabu.Kos percutian biasalah, pakai dulu akaun 1..nanti akaun 2 cover lepas balik cuti. Kalau ada duit terpijak best nie. Macam ada 2 ketul duit terpijak di awangan ni, bila nak jatuh tak tahu lah. Aku setiap hari menadah tangan dan dompet jer nie..

Aku tengah terjah terjah agoda.com , mencari tempat penginapan yang terbaik dari segi bajet dan lokasi. Kalau boleh nak murah tapi tempat biar okay. En Hubby prefer area Pulau. Aku suka jer tak yah ke pulau, tapi mengenangkan telapak kaki dan bayang bayang aku tak pernah jejak ke pulau itu,elok jugak tu stay kat pulau sana. Ni pun belum confirm adik laki aku nak join ke tak, kalau dia join kena cari apartment la jawabnya. Dengan isipadu badan beliau bak blue hippo, tak dapat lah menampung kalau setakat standard twin room.

As a back up plan, kalau tak dapat ke pulau, ingat nak terjah ke Penang. Al maklum Penang tu sebelah kampung aku jer. Boleh gi jalan jalan dan makan makan ke sana. Malam tak susah, balik tido kat umah jer..muahahaha. Lagi tak pening kepala dan poket kan? Segala jenis blue hippo pun boleh ikut sekali..wahaha

26.10.11

Mocha laici beri puding trifle

Wah panjang sungguh namanya. Cer tengok sikit rupanya..wakaka nama tak seindah ruper..






Kek gulung kat bawah perasa mocha. Then kuning tu layer custard, then di tabur oleh laici, baru lah disimbah jeli kristal perisa bery.

Tempoyak Udang Deepavali

Happy diwali. Menu lunch kami tadi adalah sambal ikan tongkol dan tempoyak udang. Memandangkan tempoyak yang antik dalam fridge, tu yang teringin nak masak bersama udang.

Pergh, best makan dengan nasi putih panas-panas. Terlupa akan majlis birthday yang nak attend petang karang.



25.10.11

Happy Diwali




Agenda esok sempena cuti Public Holiday ini adalah menziarah kengkawan. Yang sorang, anakanda nya nak menyambut hari lahir dan yang sorang lagi nak menziarah anak yang sakit , masuk ICU lagi sebab jantung babynyer ada masalah. Kesian akak yang sorang nie, baby nyer kecik lagi, baru dalam 6 bulan. Doktor detect jantung baby  bengkak, dan sekarang masih di  ICU GH Klang bagi rawatan ubat dan pemerhatian doktor.

Kepada para penganut agama Hindu, Happy Deepavali. Menyambutlah dengan harga barangan yang memang naik bila ada perayaan. Contohnya, ayam sekilo RM7.80 kat pasaraya Tesco dan RM 7.90 kat pasaraya Carefour, promotion untuk hari ini sahaja, Mahal tue..harga barang barang lain entahlah macam kentang, tomato dan ikan ikan. Fed-up sungguh menghadapi fenomena ini, maklumlah aku pun salah seorang pengguna yang prihatin.

Haha..tu belum lagi ketidakpuasan hati dengan harga tiket untuk perlawanan team penyu dan team rusa. Dah la main kat Stadium Shah Alam jer, harga tiket macam main kat Stadium Bukit Jalil. Aku kenangkan anak buah aku jer yang komplen pasal harga tiket mahal. Hobin jang hobin yer kite.



22.10.11

Melayan Si Hitam Manis

Ingat nak buat trifle,tapi kebanyakan bahan utama seperti kek roll, tepung kastad dan jeli kristal tak de. Jadi buat kek coklat kukus sahaja untuk bebudaks. Kalau buat sabtu , alamatnya tak sampai ahad dah habis. Kebetulan, malam karang ada bacaan Yaasin, boleh bawak sikit ke majlis. So, next week aje ler try buat trifle tu..kalau lah rajin kan.

yang hitam manis 

21.10.11

Tiga Kata vs Twilight

Tercari cari aku siapa yang nyanyikan lagu melayu ala ala K-pop. Bait bait lirik yang aku ingat..wo ai ni, i love u. Yang heran tu, asal aku on the way nak pergi kerja, mesti dj bukak lagu ni.

Kejap kejap rasa ada suara Adam AF2 ..macam suara Yusry, duda terhangat pun ada. Tapi macam group pun ada. Ingat jugak maybe Max 247 yang perasan K-Pop ever kat Malaysia punya lagu kot. Mana tau dah upgrade ke lepas kutukan kaw kaw oleh kebanyakan peminat muzik tanah air.

Akhirnya, berjaya search lagu siapa. Rupanya lagu KRU..tajuk diberi Tiga Kata..Betul la tu..wo ai ni, i love you. Terjah kat you tube .. ni tengok kat sini. Kreatif tol MrDeeaz2, lagu KRU feat twilight movie. Yes..i like..team edward ok. go go twilight. Aku suka lagu baru KRU ni, walau dah berusia mereka itu, masih magis lagu dan nyanyian mereka. Salah satu lagi mereka yang aku paling suka zaman muda mudi awal y2k adalah SAYANG dan APA SAJA.

Lirik lagu Tiga Kata :-

Jumaat Yang Di Berkati

Jumaat- Penghulu segala hari. Ambik berkat hari jumaat, kejap lagi  kita potong kuku yer. Karang senang nak tekan keyboard..tak de lah tersangkut, wakakaka..

Sebelum tu biar aku cerita , cerita yang best pada hari jumaat. Yang tak best memang dah tahu kan, kene mengadap tepon nie. Minum tepon, mengantuk tepon, mengular pun dengan tepon.

Part best bermula dengan makan sarap pagi tadi. Makan dengan en hubby kat kedai febret kami iaitu Kedai Dragon Hill. Masing-masing membelasah nasi lemak, lauknye telur goreng dan teh tarik. Dengan tidak disangka, menu kami telah ditaja oleh orang sebelah meja..Ingat secret admirer mana kan, eh opismate jugak. Terima kasih yer Mr Triple K. Murah rezeki u harapnyer..

Tiba waktu lunch, dijemput pulak menikmati macaroni goreng. Homemade macaroni goreng oleh  ahkak ofismate. Terima kasih kepada ahkak. Semalam bawak nasi lemak best..hari ni ala ala omputih pulak lunch tadi..cam leh buat Italian Job nampak gaya lepas nie..



20.10.11

Dating time

Update panas dari mcD. redeem kupon sambil dating, menikmati quarter pounder with cheese.




- Posted using my iPhone -

19.10.11

best ke tak best?

Esok, bermula lah episod aku menjaga , menimang-nimang part depan opis. Malas, bosan, mengantuk tapi tak boleh tidor lah pulak. Seminggu tu jaga depan. Tak de pulak download lagu lagu terbaru buat peneman gegendang telinga. So, kene redha dan tabah menghadapi dugaan duduk di atas kerusi dan menongkat kelopak mata selama satu hari, tapi bukan 12 jam..

Oleh kerana aral di atas, kerja-kerja pengolahan pendapatan rakyat terpaksa di percepatkan. Adapun, Menteri Rakyat berada di luar liputan minggu ini. Sedang elok baginda kembali pada hari kedua minggu depan, watikah pendapatan bakal ku hulur buat tatapan dan contengan baginda.

My beloved kekanda juga ke luar daerah, memburu tempe kot, eh bukan, mengerjakan pagar pagar ruyung di selatan tanah air. Selamat berjuang kekanda, jangan lupa kerja kuat dan bawa pulang duit berguni-guni nanti. Boleh kita berjoli di hari Deepavali..wakaka.

Yang tensen lagi duka nestapa..

Tragedi Oktober

Bukan apa, lahirnya dua orang kengkawan bulan nie walau tahunnye asing asing.
Sorang lahir pada 10hb dan sorang lagi lahir pada 17hb , tahun lain lain. Sorang muda, sorang lagi muda sikit jer. wakaka..suka...
Tapi sambutan kita buat serentak lah. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit nyer juga. Jomlah layan sikit gambar beriang ria bagai esok nak raya deepavali..
bertuah badan, minggu ni celebrate hari lahir,
minggu depan nak raya pulak

18.10.11

Yuna kew?

Salam dan selamat malam. Layan lah sedikit lagu yang digoreng menggunakan gitar cilik wanna be yuna kita .



Beli kat econsave sabtu lepas. Ingatkan rm5.90, bangganya murah tue. Lepas scan dan bayar, rupenyer rm11.90. Redha jer lah kan. Bebudaks dah syok tahap akademi fantasia time pegang gitar tue. Sesaje jer pasaraya tu kenakan orang ek.



- Posted using my iPhone -

16.10.11

the making of gambo size passport sopie

Isnin ni dah nak hantar form registration Tadika Sopie. Jangan lupa gambo saiz passpot sekali yer. Sebab malas nak membazir duit ambik gambar , so en hubby pun shoot n adjust sendiri gambar Sopie pakai photoshop. Bukan dia nak pi buat paspot pi luar negara pon, tahap nak tampal kat borang jer. Nasib printer kat rumah dah rosak, kalau tak 100% free. Lepas siap, boleh hantar ke kedai untuk print, berapa RM ek? Kalau shoot dan print segera kat kedai, 4 keping dah RM12. 

Tengah memujuk mereka berposing.
Background - dinding rumah jer yer.
Si adik pun sibuk nak posing.

Ni jer lah gambar skema termampu oleh Sopie.
 Siap teleng lagi ala ala gangster
Bagaimana hasilnya? Bolehkah teleng tu di edit menggunakan kepakaran inche' photoshop?


Kembali ke alami

Walau ada jemputan walimatulurus kat taman jiran, dapur tetap berasap hujung minggu macam nie. Berasap dek memanggang ikan ...



Bertungkus lumus person in charge ikan memanggang.


14.10.11

Minggu Bizi

Yes! Letihnyer..mujur dah sabtu ahad esok. Lega. Badan letih, mata mengantuk. Minggu ni banyak kerja mencabar. antaranya spt menyetelkan roadtax yg dah nak mati dalam masa 3 hari. Mengorek file lama lama sebab ada lift inspection, settlekan insurans sopie dan survey tadika utk sopie.

Huarggh, jom beradu. Memulih tenaga dan aura.

- Posted using my iPhone -

Sudut Mata Novel Kasih Bersulam Cinta




Penerbit Alaf 21
Penulis Rozita Abd Wahab
Cetakan Pertama 2011
Muka surat 443
Harga RM 17.00

Novel bertemakan cinta lagi. Heroin Anis Razikin dan hero nya adalah Hakim. Mujur masa baca novel ni tak ingat kat Norman Hakim..buat spoil mood jer pun. Jalan cerita biasa sahaja, tak de feeling feeling nak menangis pun baca. Pendek kata, jalan cerita yang macam dalam drama kat tv. Kahwin terpaksa antara Anis dan Hakim dek muslihat ibu tiri Anis, Makcik Asmah yang mahu membolot harta bapa Anis.

Biarpun pada mulanya Hakim tidak menyukai Anis, namun akhir nya mereka telah jatuh cinta. Perkahwinan yang mencabar kerana terpaksa dirahsiakan dari keluarga Hakim dan teman sekuliah kerana masih dalam pengajian. Namun, cinta mereka diuji lagi bila papa Hakim mengetahui dan tidak merestui perkahwinan itu. Dia menganggap Anis hanya ingin mengikis harta keluarga mereka sahaja tanpa mengetahui rahsia sebenar. Siapakah Anis yang sebenarnya?

Novel tambah berkembang dengan watak watak teman Anis di zaman pengajian mereka dia Universiti.
Kesudahannya? Miliki sendiri dari kedai novel berhampiran.

P.A.S.T.I

Bersemangat waja pagi ni aku & en hubby ke PASTI . Just ambik borang dahulu. Masih pending potostat IC kami, sijil lahir Sopie dan 2 keping gambar size passport Sopie. Isnin nanti lah baru return borang.

PASTI tu singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Saidatina Aisyah. Persendirian punya kot. Tak sempat nak survery lagi. Lambat register karang, tak mengundi aku tahun ni.. tak de tempat untuk Sopie.

11.10.11

Malas

Tak tahu nak beli lauk apa semalam. Rasa manja pulak anggota badan kakitangan jari jemari bagai sebab tak masak dinner semalam lepaih mengketadarah pizza petang ahad tue.
oleh itu, aku suggest adik lelaki aku, yang aku nampak macam kacak bergaya pula awal awal bulan ni supaya belanja kami dinner semalam. Hasilnya ...

Mengidam Pizza

Kalau sindrom tu datang, memang ler macam macam rasa nak makan. Pendek kata asik nak membedal jer kerjanya. Perut asik rasa kosong jer walau baru jer sat sat lepaih makan. Ahad lepas ambik kesempatan masa pi pizza. Pi pizza hut jer la..





Tengok sopie..bukan calon ustazah pilihan nie

8.10.11

Mengidam Angry Birds




Adik aku yang malu malu kucing jantan tu mengidam nak celebrate harijadi dia yang ke 21 nya dengan kek bertemakan Angry Bird. Tapi segan nak letak nama sendiri atas kek pulak. Tapi kasihan sebenarnya dengan dia.. sebab ada makhluk tak sedor diri bersikap tidak wajar terhadap kek itu..


Mari Jual Jual


Lori apa ni? lori 1 tan kot

4.10.11

Koleksi Novel - Fauziah Ashaari, Siti Nur Dhuha Ahmad dah Hlovate



Chantek tak rak buku aku? Suami cakap elok baca kitab Al Furqaan tu...