Stalkers


Yang kesah

27.2.15

Gegar PTPTN

Tak berapa nak faham nengok statement online ptptn tu. Ke awal lagi? Lepas 3 hari, rini la baru cam hade perubahan. Duit epf tu dah landing masuk lam acct ptptn.

Minggu depan la aku gegar PTPTN KL Sentral itu. Time off sat. Sambil tanya pasal statement tu, nak tanya sekali pasal surat release letter hutang dan rebat.

Leceh benor prosedur bayaran balik ptptn ni.

Kikikiki..time pinjam dulu senang aje. Orang ptptn ni mai cari, siap tunggu kita lagi masa 1st day register kat kolej kediaman. Duit pendahuluan pon dia bagi pinjam gak. Rugi juge tak tukar ke JPA masa sem 3 ke 4. Malas punya pasal katakan..

Tak mo ingat dah la. Dah nak bebas hutang dah ni. Free willy sungguh!!

- Posted using my iPhone -

26.2.15

Khamis Yang Beriman..

Syukran..panjang umur dapat bukak posa petang tadi. Baru nak start ganti puasa.


Aah..makan jagung rebus je sama teh susu aje.

Iyo lah tu..

Lepas abis setongkol jagung tu, bedal la sepinggan nasi lauk sambal paru sama telur dadar dan brokoli stim.

Sambil makan tu, sempat gak tanya laki aku apa contact no burger online bukit naga tu? Katanya de pakej delivery bagai. Huk huk huk ..buruk lantak gitu.

- Posted using my iPhone -

25.2.15

PTPTN Lagi..

Bercinta la dengan ptptn sebulan dua ni gaya nya.

As at today, bayaran dari epf dah dibuat ke ptptn. Siang ni baru nampak lam i-account tu. Tapi payment lom clear. Prosesnye lebih kurang 7 hari bekerja.

Mujur gak haku memang leh check online statement ptptn aku tu, so leh check sendiri statement hari hari. Dah zero ke belum amount tu.

Kalau pas 7 hari tak clear jugak. PTPTN! ko tunggu aku terjah atau aku call dulu la.

Dah clear sat ni, baru la leh request Surat Pelepasan Hutang.

Dah ada surat pelepasan, baru leh submit borang request refund tuk rebat 20% itu. Proses nye mengambil masa maksima 3 bulan.

Mohon la diberi kemudahan kelancaran semua proses ini.

Rebate tu dia akan pulangkan ke akaun bank kita bukan epf. Best tu!

So, bekerja la kite sekuatnye tuk banyakkan balik akaun 2 itu.


- Posted using my iPhone -

24.2.15

Next...

Ada 2-3 kali aku check online i-account epf aku..Nak tahu pe status pengeluaran aku tu hari. 

Untung aku dah daftar i-account ni, tak yah buang masa nak call epf ni. Mendial tu satu hal..Yang nak tolong jawab tu pon satu hal. 


Siang tadi, tak nampak..Ni malam baru nampak akan status pengeluaran itu.

Alhamdulillah..lega. Tapi aku tak sure la apa kah next prosedur. Tu hari , surat PTPTN mention EPF kene issue bankers cheque. Tak tau lah depa buat bayaran cam ne kan. Bukan aku sorang je pernah buat mende ni, mesti PTPTN duk besa dah la handle benda ni. 

Yang penting..bayaran tu mesti sampai kat PTPTN sebelum 31 Mac ni. Penyelesaian by 31 Mac ni entitle la tuk rebate 20% seperti yang diannounce dalam Bajet 2014 baru ni. 

Aku congak congak tu, kerugian aku cuma RM300 gitu la kalau ada rebate. RM300 tu bayaran segala insurans la dividen la, untuk 11 tahun..bersamaan berapa puluh bulan tu kan. Kalau tak de rebate, memang riban-riban lah aku rugi.

Itu yang sanggup aku keluarkan epf tu. Nak buat ansuran tu agak leceh la pada aku sebab nak kene thru Majikan pulak. Malas aku nak ngadap bossia aku tu. 

Mohon dipermudahkan lah urusan seterusnya. Senang nak proceed ke next projek. 






Lokam dan Angpau

Muah muah ..deep deep gitu..dekat supplier hat sorang ni.

Setia ngantor limau lokam nye dari plastik balut merah dah upgrade ke plastik putih size XXL lagi. Tapi tetap la 10 kotak.


Tapi delivery limau dia lewat la.

2 hari before office tutup..baru dia sampai. Tak dapat la daddy derma kat staff office papa.

So, tahun ni cik kiah la distribute limau masuk plastik hulur kat semua staff. 8 kotak tuk staff makan..baki tinggal kat bos.

Lagi dasyat dari apa yang ex boss aku yang bulat itu buat. Siap kami tanggalkan plastik balut tu..lap lap lagi. Tak mau kasi dia peluh wooo. Peh tu kan campak trus lam server room hat forever berekon itu.

Angpau gitu je lah. Sapa mai kerja 1st day daddy mai..dapat la.

Tok Abah? Tok Abah tu jimat cermat gak kot sebab anak study medic kan..Ke memang azali kede, tak tau la.

Rini de tukang tengok tanah tu hulur angpow..Ok la dari tak de kan.

Sok, tuan bilik server lak masuk kerja. Mohon dia mempunyai sifat pemurah lah sebab dia seorang yang beriman..Katanya la.

- Posted using my iPhone -

19.2.15

Keluar Epf Bayor PTPTN

Yess..pagi semalam dah berjaya submit segala dokumen berkenaan dengan pengeluaran epf tuk hutang ptptn. 

Ni pengeluaran aku pertama kali..tak tau berapa lama dia nak proses. Lepas seminggu, baru aku call follow up la. 

Setelah hampir 10 tahun, baru terbuka jalan nak membayor hutang ptptn tu. Mujur dia belum black list aku. Ada gak la aku bayar 2-3 kali sebelum ni..Peh tu haram .. 

Agak susah la nak commit sebab aku ni menanggung family, lagi lagi lepas setahun aku habis belajar, pak aku pulak meninggal dunia. 

Tapi duit ptptn tu memang berjasa gile la.  Parents tak antar duit pon bulan bulan..sebab leh survive satu sem untuk belanja makan minum guna baki duit tu lepas tolak duit yuran segala. 

Mujur la roomate aku..gengmates segala jenis kemut belaka. Tak terbabit la kes joli dengan duit ptptn ni. Hahaha..memang nasib aku la attach dengan orang kemut segala ni. 

Harap nya terbuka la 1001 jalan duit nak masuk pulak lepas settle hutang ni.
Huk huk huk. 

Cuti tak gi mana ke??




Hihihi..same ..same.

Aku pon balik kampung yang dekat aje. Kampung Jalan Kebun..


Betul la..asik masuk dapur aje kerja nye. Nih time depa belasah megi pagi tadi. Pape pon boleh sebab barang dapur sini pon dah out of stock.

- Posted using my iPhone -

18.2.15

Ipoh..Ujung Ujung Day

Layankan la ragaman kehendak si
kenit..meragam sebab dia tak sihat. Sikit sikit menangis suh apak melayan dia. Buh dia lam keta..senyap la.




Ahad tu..malamnya. Bawak gi la berjalan lagi. Betui la dia ni kuat berjalan.




Tengok ayor menari nari kat laman railway ni. Opposite DBI.

Terdekat ni tak de rasanya trip ke sana dah. Gila capek! Aku tunggu je raya cine nih..dapat sekali bangun kul 9 tak pe dah.

Ni pon esok hari Sopie masih sekolah. SRA start cuti 19hb..Office tak tau la ade balik awal tak sebab besok ade BOD mitin.



- Posted using my iPhone -

17.2.15

Tuesday blues

Blues la..tapi mai kerja gak la.

Letih beraktiviti kat Ipoh pon tak kebah lagi, plan nak bermalas malas aje kat office lantaran sok dah last day kerja, bossia pon dah cuti..

Tapi,

Memang syaiton betui manusia itu.

Aku pon tak nak kalah ini kali! Kau je ada hal? Aku pon ada hal!!

So apa yang aku rencanakan tuk next week, aku realisasikan aje minggu ni.

Malas tu tolak tepi dulu. Ikutkan hati memang aku malas. Dokumen pon lintang pukang tak abis cari lagi. Kang cuti PH sat ni malas lah puas puas.

Sebenor aku baru received call dari awek ptptn pagi tadi inform statement dah ready tuk self collection.

Ingat nak ambik cuti half day trus settlekan semua..tapi sebab aku hangin ngan nyamuk, esok dengan kelambu nye aku nak bakor sekali!

Kita bakor!

- Posted using my iPhone -

15.2.15

Ipoh Day 2


Seperti dipropa kan malam tadi, pagi ni isi perut kat gerai Mi Kari Kak Yah dulu kat pasar pagi Sibilin ni. 


Yang ni hade fish cake dan daun pudina aje. Aku rasa superb lagi mi kari kat gerai  depan masjid Bukit Naga tu. 


Tak tau nak jenjalan mana. Ada orang tu sebelum pergi semangat nak naik Cameron. hurmmm..alih alih dapat naik Jusco aje.

Destinasi seterusnya..Nasi Ganja. 

Beratur memang panjang oo..tapi sebab dine in ..cepat sikit. Kat tengah bandar Ipoh ni ada satu restoran nasi kandar ayam merah. Tak de kat tempat lain katanya. 


Aku bukan nye minat sangat nasi kandar ni. Aku rasa gitu je la..ayam goreng tu sedap. Tapi sedap lagi nasi kukus ayam goreng Jalan Kebun kot. 

Kasi pejam mata jer la..malam tadi kenit wat hal. Batuk tak renti renti. Tido tido ayam aje.  Pagi hari dia dah sangap. 

14.2.15

Menjejak Ipoh

Salam dari Ipoh.

Baru 2 minggu lepas aku datang sini. Tu hari masa otw balik dari kampung singgah sini untuk lunch kat rumah kakak ipar aku ni.

Kali ni, dapat la jengah adik aku yang menyewa kat Kg Tawas. So, Mak aku tumpang tido rumah dia la.

Aku sefamilia tumpang tidor rumah kakak ipar kat Silibin ke Sibilin ni. Kelakar nama tempat ni.




Sempat la pay visit abang ipar aku kat area Hospital Bainun sana nu. Sebenor die menyewa kat sebelah rumah kakak ipar aku, tapi sebab nak mudahkan urusan sekolah anak, dia stay kat flat gomen ni siang hari.

Saje saje turun sini , memang tak de makna nye lah. Duk rumah sendiri gak best sebenarnya kan.

Rini de appoinment dengan developer tuk sign S&P rumah.

Senin ni de appoinment dengan bank & lawyer plak. Natijah membeli rumah jauh jauh..gini lah jadinya. Sib baik ade sedara
mara kat sini. Leh gak numpang makan tido.

Panjang kisah rumah aku ni, dipendekkan kisahnya..rumah yang tak jadi beli kat area Tasek tu jadi beli sebab dapat harga kaseh sayang dan boleh pinjam loan 90%.

Sementara nak tunggu senin mari, moh jalan jalan sekitar Ipoh ni. Rini jalan jalan kat Manjoi. Umpama Kg Baru di KL.




Esok pagi kita pi try breakfast dengan mi kari Kak Pah. Nasi Vanggey pon popular juge..tapi Nasi Ganja lagi sedap katanya.

- Posted using my iPhone

12.2.15

Bulan Kaseh Sayang

Jangan sampai diliwati..huk huk huk.


Minggu pertama yang ada cuti PH hari wilayah tu aku balik kampung. 4 hari gak la kat kampung.

Minggu lepas..bertandang kat belah Ampang sana sambil gathering dengan kaum keluarga belah mak aku.

Ahad tu plak pak cik aku, abang arwah pak aku mai ziarah. Kecik je dunia..kazen aku pon kerja satu area dengan aku rupanya.Tak pernah plak terjumpe. Sebab lain lain bangunan. Lunch hour pon lain lain waktu.

InSyaAllah minggu ni..turun ke Ipoh pulak. Urusan keluarga lagi..

Sebenor nye capek jugak ni. Mohon raya cine ni dilapangkan masa tuk qada tidor..Posa tu bila nak qada?

- Posted using my iPhone -

10.2.15

Full Settlement Rumah

Syukur, rumah pertama dah habis hutang.

Tapi, ada few proses lagi sebelum dapat tukar nama rumah. 

Rasa selamat..rumah dah hak sendiri bior pon kicik. Untuk orang yang bayar..lagi puas ati kot. Dapat skip interest bank 27 tahun . 





7.2.15

Wedding di Keramat

Aku ingat weekend gini leh rileks rileks.

Mak aku ajak gi wedding kulaan dia belah Ampang sana. Follow je la..Lama tak makan nasi minyak. Elok pulak buat kat dewan..sejuk sikit!


Esok pon ada urusan lagi..



4.2.15

Hasil Sauk~an

Sauk keledek tanam kat batas sawah tu, mendapat la keria dan coq badak.


Antara yg sempat di tangkap!


Seronok balik kampung..

- Posted using my iPhone -