Stalkers


Yang kesah

4.12.12

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah sampai ke pertengahan musimnya. Hujan panas silih berganti, bebudak 2 orang ni tetap riang ria di rumah.

Bebudak ni belum tahap nak request pergi ke tempat tempat pelik lagi. So, biar jer la dulu.

Ni antara aktiviti riang ria mereka.




~ Berbasikal senyap senyap kat supermarket.

~ Mandi manda dalam pool depan rumah. Pool lah sangattt!

~ Menelaah ipad sampai gaduh gaduh. Kecoh satu rumah tau!

~ Main masak masak ,pondok pondok sambil menyepahkan rumah. Sakit kepala, sakit mata!



Masa aku kecik kecik dulu, bila musim cuti sekolah, aku akan plan mainan apa kami nak main setiap hari sebab tahu tak mampu nak gi holiday bagai.

Antara games yang kami main adalah getah (zero point), congkak, dam ular, pondok pondok, melukis, main anak patung kertas, SOS dan macam macam lagi games yang aku pon tak tahu namanya.

Adik aku yang tunggal lelaki tu pon belasah main anak patung kertas dengan kami. Layannn...nasib dah besar panjang ni tak de pulak dia cam ala ala Mama Juwie tu. Oopss!

Dah penat main games, kami tengok tv pulak. Femes amos dulu slot Alam Ria TV 3. Ada macam macam movie untuk bebudak. Kalau hero tu budak lelaki hensem, lagi la semangat nak tengok. Hihihi. Dek kerana takut terlupa citer yang bakal di tayangkan, aku siap buat note lagi. Citer main masa tu citer omputih aje. Bukan macam sekarang..ada ke main citer Indon kat slot Jom Relaks TV 3 sempena cuti sekolah ni. Haish!! Cam tak de citer elok sikit ke?

Adoi..merengek lah pulak si kecik ni nak menyusu.

K, bai.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: