Stalkers


Yang kesah

24.10.15

Escort

Habih cuti gara gara wat kerja escort orang ni. 

Hari Selasa tadi ke Mahkamah Majistret Teluk Datuk di Banting untuk bicara kes saman sivil eksiden adik aku last year. 3 sesi aku tunggu , siap duk dalam mahkamah lagi..idok naik2 jugak kes adik  aku. Hujung hujung katanya tunda. Perkembangan terbaru pihak lagi satu telah mengaku salah. 


Next day, Rabu tu ke Hospital Putrajaya pulak. Kali ni ngadap jemaah doktor Socso untuk tuntutan hilang upaya kekal.

Ikutkan ade event escort kengkawan..tapi kengkawam busy la. Hujung tahun pon busy.

Ermmm.. tapi elok gak la pospon, leh tunggu ongkos dari langit turun. Tapi sebab jerebu kot..tak turun turun lagi ni. Adoiii





      

4.10.15

Selepas cabut gigi

Alhamdulillah, macam dah tak de sakit. Terjaga malam tadi pon tak rasa pape. Maybe sebab aku cabut geraham depan je..tak banyak komplikasi kot kalau nak banding cabut gigi putri bongsu. Aku pon harap 1 hari ni tak de la gigi ni wat hal. Dah la pain killer tak bagi. 

Sebab doctor pon eksaited ek nak kerjakan gigi aku..aku pon tak dapat nak tanya banyak banyak. Nak telan air liur pon tak leh. Asyik suruh nganga aje. Sudah nye aku tak sempat tanya ni tak leh kumur berapa lama? 

Terpaksa la aku tanya encik google. Tengok sharing info dari blogger lain. 

Antara tips yang aku baca lepas cabut gigi ni, yang penting jangan berkumur. At least 24 jam. Nak elakkan bleeding. 18 jam pertama ni pon kalau bleeding..kene gi balik ke klinik tadi. 

Sebaik doctor berjaya rentap gigi tu, doctor akan suh gigit kapas tapi rupa cam kain jarang kuat kuat tuk stopkan bleeding. Bila kapas basah dah dengan air liur atau darah, kene tukar dengan kapas baru. 

Lidah tu kene jaga. Hahaha susah weh..sebab lidah panjang kan..asik nak skodeng je kesan cabutan tu. Kikiki..nak elak infection. Kalau infection tu lah kang jadi masalah bengkak la ape. 

Digalakkan minum air sejuk berais. Wakakaka aku memang suke..bekfes pagi ni dengan teh ais pon dah cukup. Malam kang dah leh gosok gigi. 

Makanan minuman panas kene elakkan. Pasaipa..takut salur darah mengembang lalu menyebab kan bleeding balik. Penting sangat jangan bagi kesan cabut bleeding nampak gayanya. 

Makan makanan lembut cam sup ka, bubur, bijirin..untuk lunch rini buat sup belen daging qorban. 

Pastu tak leh wat kerja berat berat. Berat tara mana tak tau la. Nasib aku cabut hari Sabtu, leh la rileks hari ahad gini. 

Tu je la antara tips nye. 


3.10.15

Rawatan Gigi

Akhirnya berjaya gak cabut gigi seketul nan berlubang. Rongak belah kiri..malas lah nak wat root canal bagai. Bukan minat lah nak ngadap doctor gigi ni. 

Tragis nye..3 kali bius baru dapat cabut. Bukan sebab cabut tu sakit..masalah nye bile playar genggam je gigi tu..terus berasa sakit ala ala sengal ngilu gitu. Tang goyang kiri kanan tu relax je. Tu ah orang kata gigi kalau dah sakit , nak cabut pon sakit. 

Malam semalam la start sakit. 2 hari sebelum tu la aku pi jolok2 yang lubang tu sebab nak check 1 ka 2 gigi yang rosak. Tu yang sakit nye jadi lain macam tu. Macam contraction pon ade. Kejap sakit kejap tak. 

Sejam gak nganga kat doctor sebab kena tampal 4 gigi, cuci dan cabut sebatang. Hohoho lama doctor kerjakan..sebab lebih 10 tahun aku tak nah check gigi. 

Aku buat kat Ooi & Khor Dental Surgery kat Kota Kemuning. Senang je cari klinik ni. Tepi Maybank Kota Kemuning. 

Pukul 6 petang baru call set appointment. Dapat la yang pukul 8 malam. Nasib la klinik buka sampai 10 malam. Waktu operasi sini pon mesra alam. Isnin - Sabtu dari 9 pg - 10 mlm. Ahad dr 9 pg - 5 petang.

Total bil RM500. Nasib leh claim dental dari company. Dah masuk 2 tahun, Tapi rini la baru pestime nak claim. Kira macam hari ini dalam sejarah gitu..

Ni doctor tak bagi pulak aku pain killer ke ape. Tau la inject bius banyak kali. Kapas je die hulur. So far dah rase sakit sikit tang kene cabut tu..yang kesan cuci dan tampal pon annoying juge. 

Malam ni tido ngan molot sumbat kapas je la. Nasib cabut malam..balik je leh terus tido.