Stalkers


Yang kesah

16.10.11

the making of gambo size passport sopie

Isnin ni dah nak hantar form registration Tadika Sopie. Jangan lupa gambo saiz passpot sekali yer. Sebab malas nak membazir duit ambik gambar , so en hubby pun shoot n adjust sendiri gambar Sopie pakai photoshop. Bukan dia nak pi buat paspot pi luar negara pon, tahap nak tampal kat borang jer. Nasib printer kat rumah dah rosak, kalau tak 100% free. Lepas siap, boleh hantar ke kedai untuk print, berapa RM ek? Kalau shoot dan print segera kat kedai, 4 keping dah RM12. 

Tengah memujuk mereka berposing.
Background - dinding rumah jer yer.
Si adik pun sibuk nak posing.

Ni jer lah gambar skema termampu oleh Sopie.
 Siap teleng lagi ala ala gangster
Bagaimana hasilnya? Bolehkah teleng tu di edit menggunakan kepakaran inche' photoshop?





Akhirnya.. si teleng gangster versi background biru dan putih

Tiada ulasan: