Stalkers


Yang kesah

19.10.11

best ke tak best?

Esok, bermula lah episod aku menjaga , menimang-nimang part depan opis. Malas, bosan, mengantuk tapi tak boleh tidor lah pulak. Seminggu tu jaga depan. Tak de pulak download lagu lagu terbaru buat peneman gegendang telinga. So, kene redha dan tabah menghadapi dugaan duduk di atas kerusi dan menongkat kelopak mata selama satu hari, tapi bukan 12 jam..

Oleh kerana aral di atas, kerja-kerja pengolahan pendapatan rakyat terpaksa di percepatkan. Adapun, Menteri Rakyat berada di luar liputan minggu ini. Sedang elok baginda kembali pada hari kedua minggu depan, watikah pendapatan bakal ku hulur buat tatapan dan contengan baginda.

My beloved kekanda juga ke luar daerah, memburu tempe kot, eh bukan, mengerjakan pagar pagar ruyung di selatan tanah air. Selamat berjuang kekanda, jangan lupa kerja kuat dan bawa pulang duit berguni-guni nanti. Boleh kita berjoli di hari Deepavali..wakaka.

Yang tensen lagi duka nestapa..

Tiada ulasan: