Stalkers


Yang kesah

22.10.11

Melayan Si Hitam Manis

Ingat nak buat trifle,tapi kebanyakan bahan utama seperti kek roll, tepung kastad dan jeli kristal tak de. Jadi buat kek coklat kukus sahaja untuk bebudaks. Kalau buat sabtu , alamatnya tak sampai ahad dah habis. Kebetulan, malam karang ada bacaan Yaasin, boleh bawak sikit ke majlis. So, next week aje ler try buat trifle tu..kalau lah rajin kan.

yang hitam manis 


yang manis manis

Resepi kek coklat kukus simple

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
1/2 sk baking soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
Beberapa titik esen vanila

Cara buat:-

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan mimnyak dan susu pekat. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg sudah di ayak, berselang seli dengan air suam. Titiskan esen vanila dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin. Kukus sehingga masak.

Topping:

Bahan-bahan: 1/2 bar coklat masakan, 2 sudu butter, 1/2 sudu besar gula halus. Guna kaedah double boiler untuk masak semua bahan di atas. Atau

Masakkan 2 sb butter, serbuk koko dan masukkan sedikit susu pekat menggunakan kaedah double boiler.

Aku tak ingat dah mana aku cilok resepi nie, sebab ni aku refer dari buku contengan masakan aku. Rasanya dari resepi yang diberi oleh ex-opismatec ku.Topping tu pulak resepi dari sepupu.

1 ulasan:

MamaEma berkata...

anak-anak pasti suka...tu pasal sehari saja dah habis