Agenda esok sempena cuti Public Holiday ini adalah menziarah kengkawan. Yang sorang, anakanda nya nak menyambut hari lahir dan yang sorang lagi nak menziarah anak yang sakit , masuk ICU lagi sebab jantung babynyer ada masalah. Kesian akak yang sorang nie, baby nyer kecik lagi, baru dalam 6 bulan. Doktor detect jantung baby bengkak, dan sekarang masih di ICU GH Klang bagi rawatan ubat dan pemerhatian doktor.
Kepada para penganut agama Hindu, Happy Deepavali. Menyambutlah dengan harga barangan yang memang naik bila ada perayaan. Contohnya, ayam sekilo RM7.80 kat pasaraya Tesco dan RM 7.90 kat pasaraya Carefour, promotion untuk hari ini sahaja, Mahal tue..harga barang barang lain entahlah macam kentang, tomato dan ikan ikan. Fed-up sungguh menghadapi fenomena ini, maklumlah aku pun salah seorang pengguna yang prihatin.
Haha..tu belum lagi ketidakpuasan hati dengan harga tiket untuk perlawanan team penyu dan team rusa. Dah la main kat Stadium Shah Alam jer, harga tiket macam main kat Stadium Bukit Jalil. Aku kenangkan anak buah aku jer yang komplen pasal harga tiket mahal. Hobin jang hobin yer kite.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan