Stalkers


Yang kesah

29.10.11

Cuti cuti cuti

Yeay yeay, minggu depan nak balik kampung. Raya Haji ni beraya kat kampung nampak gayanya. Aku dah propose kat En Hubby, lepas otw balik sini, terus pergi bercuti kat satu pulau ni. Proposal macam dah approve tapi depend jugak apa nanti situasinya di kampung. Musim musim raya haji ni selalu mertua join buat qurban jugak, entah diorang buat kenduri ke. Aku pun sambung cuti untuk selasa dan rabu.Kos percutian biasalah, pakai dulu akaun 1..nanti akaun 2 cover lepas balik cuti. Kalau ada duit terpijak best nie. Macam ada 2 ketul duit terpijak di awangan ni, bila nak jatuh tak tahu lah. Aku setiap hari menadah tangan dan dompet jer nie..

Aku tengah terjah terjah agoda.com , mencari tempat penginapan yang terbaik dari segi bajet dan lokasi. Kalau boleh nak murah tapi tempat biar okay. En Hubby prefer area Pulau. Aku suka jer tak yah ke pulau, tapi mengenangkan telapak kaki dan bayang bayang aku tak pernah jejak ke pulau itu,elok jugak tu stay kat pulau sana. Ni pun belum confirm adik laki aku nak join ke tak, kalau dia join kena cari apartment la jawabnya. Dengan isipadu badan beliau bak blue hippo, tak dapat lah menampung kalau setakat standard twin room.

As a back up plan, kalau tak dapat ke pulau, ingat nak terjah ke Penang. Al maklum Penang tu sebelah kampung aku jer. Boleh gi jalan jalan dan makan makan ke sana. Malam tak susah, balik tido kat umah jer..muahahaha. Lagi tak pening kepala dan poket kan? Segala jenis blue hippo pun boleh ikut sekali..wahaha

Tiada ulasan: