Stalkers


Yang kesah

12.1.19

2H 1M Di Colmar Tropicale

Adoi..sorry hilang ingatan bila aku type entry ni tapi aku sempat save aje, tak dan nak publish.

Gambar pun tak dan nak upload. Al maklumlah busy ..hmm busy, yes busy sikit!!

Banyak pulak cuti bersambung di bulan September ni.

Plan nak gi Floria lah sempena cuti Hari Merdeka. Mengenangkan nak bertawaf lama..Hmmm cam malas lah. Hahaha manjang malas. Nak balik kampung, tunggu following week sebab cuti lagi panjang. Nak spend masa kat Jalan Kebun..Hmmm dah boring dah. 

Sudahnya, booking kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tak de lah jauh perjalanan, jadi jauh sebab kitorang naik ke Genting Highland dulu. Aduh..jalan jalan cuci mata aje. Tak tau ape aktiviti nak buat pon. Nak naik cable car, malas lah , sebab aku gayat. Theme park pun Masih under construction. Katanye delay eh..takkan masalah payment kot. 

Rate weekend untuk deluxe twin RM250++ aje, tak termasuk service tax segala mak nenek  Ade gift card kat Agoda, so dapat redeem RM8. Kalau normal rate dalam RM197++ jer. Hotel cantik, luas pun iyer. Sesuai la kami bersumbat sumbatan gitu. Bath tub pun ade. So sesuai..kalau tanak pergi pool, lenjan je bath tub tu.

Sebab sampai awal, so kitorang pusing pusing area hotel tu. Ramai arab-arab duk bergambor kat entrance. Harus kite pun teruja sama. Tapi spoil lah, Aidan meroyan lak..Tak puas tido gamaknye. 

Dapat je check in, helok aje Mat Dan nye duk main-main. Tak de nye die nak tido. Aku je terlelap, mana taknya ..time tu hujan. Dah planning dah nak gi Japanese Village naik bas dalam kul 4 gitu..

Japanese Village 

Dalam jam 5pm, hujan dah stop. Shuttle bus dah tak de, so naik kereta sendiri lah. Boleh tahan jauh gak..dalam 20 minit gak Naik kereta, jalan bengkang bengkok. 

Entrance ke sini percuma sebab dah bayar tiket masa awal awal masuk tadi. Dewasa RM15, Kanak kanak RM8, Kanak kanak bawah 3 tahun FOC. 

Naik bas, boleh terus ke Japanese Village. Bas stop terus depan situ. Kitorang kene berjalan naik ke atas, ade tangga . Ya rabbi, penat mendaki. Budak budak steady je. Aku pun putus nafas gak.

Sebab kitorang sampai dah lewat sangat, so memang tak ramai orang. So, Tak lah berebut nak masuk ke kawasan sana. Sempat pergi Japanese Village tu jer..Botanical Garden tu Tak sempat dah. Nak repeat next day pergi..haha memang tak lah.

La Blasson

Balik dari Japanese Village, lepak lepak dulu kat tengah hotel yang sakan orang duk posing tu sebab de background bangunan ala France gituu. 

Lepas settle Maghrib, turun pulak nak tengok view malam hari. Cuaca sejuk..sebab petang dah hujan kan. Sebab dah tawaf kawasan tengah hotel sampai ke entrance, raser bosan lak. Cam pi Mai, pi mai..tang tu jugak. Ade la persembahan buskers local Dan international. International tu yang Filipino mari lah.

Dinner..memang bawak siap siap Maggi. Hahaha penjimatan di situ. Ada tapau dish dari La Blasson ni nama cafe nye. Menu die paling murah..Grilled Siakap dengan herb rice. Selalu orang grilled salmon , ni die grilled Siakap. Banyak ikannya..sampai tak abis makan. Tapi, meggi paling sedap..Rasa nak masak megi pulak dah ni!!!

Buffet breakfast pun kat Le Blasson ni jugak. Menu banyak jugak. Tapi, banyak lagi menu kat Bayview Hotel Langkawi..haha tetibe lak teringat. 

Hari kedua, bebudak gi swimming. Mat Dan,mak dengan Aku je duk bilik. Semua sambung tido..Mat Dan je tegak duk main mainan kereta dia.

Sebelum check out , seround lagi bergambor. Lepas tu, jalan jalan Naik kereta ke kawasan sekitar dia. Beside Colmar ni, ade la The Chateau ..lagi mahal lah kot. Animal Park ade jugak tapi tak pergi pun. Singgah tengok pokok pokok rhu kat Bejaya Hills Golf Resort. Siap ade bangunan tuk main bowling dan Convention Centre jugak.

Aku masih looking forward holiday kat area pantai. Bebudak ni suke air. Tapi tu lah , kene menabung dulu..










Tiada ulasan: