Stalkers


Yang kesah

21.10.11

Jumaat Yang Di Berkati

Jumaat- Penghulu segala hari. Ambik berkat hari jumaat, kejap lagi  kita potong kuku yer. Karang senang nak tekan keyboard..tak de lah tersangkut, wakakaka..

Sebelum tu biar aku cerita , cerita yang best pada hari jumaat. Yang tak best memang dah tahu kan, kene mengadap tepon nie. Minum tepon, mengantuk tepon, mengular pun dengan tepon.

Part best bermula dengan makan sarap pagi tadi. Makan dengan en hubby kat kedai febret kami iaitu Kedai Dragon Hill. Masing-masing membelasah nasi lemak, lauknye telur goreng dan teh tarik. Dengan tidak disangka, menu kami telah ditaja oleh orang sebelah meja..Ingat secret admirer mana kan, eh opismate jugak. Terima kasih yer Mr Triple K. Murah rezeki u harapnyer..

Tiba waktu lunch, dijemput pulak menikmati macaroni goreng. Homemade macaroni goreng oleh  ahkak ofismate. Terima kasih kepada ahkak. Semalam bawak nasi lemak best..hari ni ala ala omputih pulak lunch tadi..cam leh buat Italian Job nampak gaya lepas nie..




ahkak ahkak kiah jer sibuk posing..pengantin maluuu
Tak lama selepas macaroni menyusur ke perut, masuk pulak pizza dari Dominos yang telah di belanja oleh adik offismate yang bakal berkecimpung ke alam perkahwinan bulan hadapan. Italian habis nampaknya..Makan-makan ala bachelor party gitu..haha..tapi yang bogel-bogel tak de lah. Opps..terlupa hari Jumaat. Semoga adik bakal bergelar raja sehari sihat walafiat hendaknyer..biar bercahaya cahaya bak lampu deepavali di atas pelamin nanti ku doakan..

tengah training suap menyuap..sapa lah tok gurunye kan




Tiada ulasan: