Stalkers


Yang kesah

24.5.11

Sudut Mata : Novel Jangan Bilang Benci

Aku sudah selamat menelaah novel Jangan Bilang Benci dalam masa satu hari jer..
Yang ni kita beli tau..sebab kaki novel kat opis belum beli lagi..


Info -

Penulis : Muna Mahira
Penerbit : Alaf 21
Tahun terbitan : 2011
Muka surat : 498
Harga : RM 19.90



Beli sebab sinopsis kat belakang buku amat menggoda macam ni..


BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…




Ramai jugak readers review novel ni menarik untuk dibaca..
Okay, pada sudut pandangan ku pulak..yang ni bukan profesional pun.
Sesaj jer wat modal post kat blog..huhuhu

Tema cerita biasalah..percintaan, persahabatan, dan pengorbanan. Mengisahkan Kimrie Natasya Ayue yang tak percayakan erti kasih sayang kerana diabaikan oleh kedua orang tuanya yang sibuk mengejar kemewahan dunia. Hidupnya yang sepi tanpa perhatian dan kasih sayang ditumpukan sepenuhnya kepada kerja, kerja dan kerja hinggalah hadir  Hafriz yang telah menghancurkan cita-cita dan kerja kerasnya selama ini untuk menggapai impian menjadi CEO syarikat.

Kebencian Kimrie pula telah mencetus perasaan cinta dalam diri Hafriz. Oleh itu, Hafriz sentiasa mencari peluang untuk mendekati gadis kesayangannya sehingga menimbulkan kontroversi di pejabat mereka.
Kejadian lemas dan terdampar di pedalaman yang asing bagi diri Kimrie, telah memberi peluang merasai erti sebenar kasih sayang dari Sulaiman, Eton, Hani , Izzah dan Makcik Aisyah dan mempelajari erti kemaafan.

Konflik melanda apabila ibu bapa Kimrie ingin menjodohkan Kimrie dengan Zafrey biarpun atas dasar meluaskan empayar perniagaan masing-masing. Kimrie menerima seadanya kerana ingin menjaga nama dan kedudukan ibu bapanya. Biarpun, Kimrie mengakui sendiri dirinya sudah jatuh hati kepada Hafriz. Hubungannya dengan teman baik, Zureen juga dingin kerana rupanya Zafrey amat menyintai Zureen.
Ketakutan Zureen mengakui cintanya terhadap Zafrey hampir-hampir memusnahkan cinta Kimrie dan Hafriz. Seterusnya..penghujung cerita mesti yang happy ending lah..Nak tahu, baca sendiri lah.

Satu jer nak bagitau..
Komunikasi antara Kimrie dan Hafriz menggunakan bahasa aku - kau..
Automatik aku teringatkan dialog-dialog percintaan seperti dalam filem Ali Setan antara Ali dan Asmidar..
Yaaaaa salammmmmm
Kat sini aku dah tak syok nak baca..Came on, Come on..kita era y2k kan..
aku engkau Ali Setan tahun 80-an tu
Mungkin panggilan kasar begitu sebab nak gambarkan emosi kebenciaan yang maksima oleh Kimrie kepada Hafriz kot..
Tapi time dah mengaku bercinta, still aku-kau lagi
Apa pun tak boleh

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hehehe..nk pinjam awak punye novel je boleh? :P