Stalkers


Yang kesah

3.5.11

Sarah Hilang

Masa tengah belek-belek  cencaluk, kerepek, gula melaka , dodol dan segala mak nenek barang yang di jual di Medan Samudera, tiba-tiba..

Nak citer pun sedey...Sarah Hilang selama 3 minit







Asalnya..nampak si Sarah dan neneknya kat kedai tshirt di bahagian tengah bangunan
Cw , en hubby dan Sorfina pulak belek-belek barang di kedai kraft di bahagian tepi kiri bangunan
Kedai ni agak terlindung tetapi tak jauh dari tempat nenek belek t-shirt

Naluri ibu kan.. tetiba teringat nak cari Sarah sebab nampak kakaknya jer menyibukkan diri kat kitorang..
tak terdengar pulak kicau si Sarah
Bila tanya kat Mak..
Aik..Mak kata nampak Sarah ikut cw..
Biar betul..biar betul, biar betul!!

Otomatik kitorang bertiga faham..Sarah dah hilang!!
Cw dan mak cari kat depan..mujur jarak bangunan jauh dari jalan utama
Encik Hubby pula mencari ke arah kanan, hujung bangunan
Kat depan , tak de pulak.. Masih risau, tapi dalam hati cw confident Sarah ada

Akhirnya, ayahnya jumpa di hujung bangunan sebelah kanan..
Itu pun, atas hasil pemberitahuan pemilik kedai di situ yang perasan kelibat Sarah
Menurut mereka, nampak Sarah berlari-lari seolah mengejar seseorang
Eiii..tu lah hobi kegemaran dia
Berlari-lari anak macam kambing terlepas dari kandang

En Hubby kata nampak muka Sarah dah pucat, terpinga-pinga masa dia dapatkan Sarah tu
Wah, seriau betul..Bila cw dapat tu, terus dukung dan cium dia
Memang nampak mukanya pun macam nak nangis
Sopie dan Sarah
Kejadian ini diharap menjadi peringatan buat kami sebagai ibubapanya,
Kalau nak hilang tu sekelip mata jer..
Sebab masa nampak Sarah bersama Neneknya dan Cw cari Sarah kat Nenek
berlaku dalam masa tak sampai seminit rasanya..
Dek kegemaran sarah berlari-lari ni lah..tu yang jauh berlari sampai ke hujung bangunan
Mujur jugak kedai-kedai di dalam bangunan baru nak beroperasi,
Kebetulan pulak hari kerja, orang pun tak ramai
Berbeza dengan kakaknya, Sopie
Sopie penakut sikit..mesti nak ada salah sorang kami follow dia

2 ulasan:

Cik Puan Nor berkata...

wah super bahaya tu CW..Syahir walau belum dpt berjalan, aku risau kalau die ngan ayahnye.. x leh harap lagi ler kalau duk usya barang2 laki ni..

ctwAwA berkata...

@Pn Nor,tu lah kena berhati-hati selalu