Stalkers


Yang kesah

28.5.11

Sudut Mata : Novel Rindu Hatiku

Satu lagi karya Fauziah Ashaari ,
merupakan kesinambungan novel Ombak Rindu dan Cinta Tiada Akhirnya..


Mengisahkan Izzah yang masih hilang ingatan sejak kemalangan lalu tentang asal usul dan sering tertanya-tanya tentang perkahwinan dirinya bersama Hariz. Izzah masih dihantui mimpi ngeri tatkala 'bersama' Hariz yang menyebabkan hubungan intim mereka semakin hambar.




Hariz pula berdepan dengan karenah adik susuannya, Hazirah yang telah berubah dan seolah-olah mencari kesalahannya di Suffiah Holdings. Kemuncaknya, Hariz akhirnya di pecat dari Suffiah Holdings oleh Hazirah kerana menggelapkan wang syarikat.

Ingatan Izzah telah pulih ketika terhantuk di meja sebuah cafe. Lantas, bermulanya episod perkenalan dengan Zulfaris yang telah membantunya. Sayangnya, dia dikejutkan pula dengan kiriman gambar Hariz dan Elin dalam keadaan bogel. Hatinya bertambah kecewa dan terluka dengan perbuatan Hariz. Namun, dia menelan juga kelukaan itu demi cintanya kepada Hariz.

Hubungan rumahtangga Izzah dan Hariz kian meruncing. Hariz sibuk memulakan bisnes baru..Lantaran itu, Izzah pun telah mencari kerja dan akhirnya berjaya bekerja dengan Zulfaris. Zulfaris sanggup mengambil Izzah bekerja kerana dirinya sebenarnya telah jatuh cinta kepada Izzah walau mengetahui Izzah adalah isteri orang.


Kelvin iaitu tauke kelab malam tempat Izzah pernah bekerja (boleh refer balik kat  Ombak Rindu) telah kembali untuk membalas dendam terhadap Hariz dan Izzah. Kelvin menjadi dalang menghasut Hazirah untuk memecat Hariz dengan menyamar sebagai mualaf bernama Hanafi bin Abdullah dan bekerja di Suffiah Holdings. Dialah manusia yang bertanggungjawab memasukkan wang ke akaun peribadi Hariz hingga Hazirah sendiri percaya Hariz menggelapkan wang syarikat.

Kelvin puas dapat menjatuhkan Hariz. Tapi dendam kesumatnya semakin melarat sehingga dia mengugut Hariz menceraikan Izzah pula. Sebagai tukaran dia tidak akan menyebarkan foto-foto Izzah di kelab malam dahulu. Kelvin juga sengaja menunjukkan foto kemesraan antara Izzah dan Zulfaris untuk menaikkan kemarahan Hariz, sementelah dia mengetahu Hariz seorang yang kuat cemburu. Hariz semakin tertekan apabila Elin pula tiba-tiba mengaku mengandungkan anaknya setelah peristiwa memalukan tempohari.

Kerana ugutan Kelvin dan menjaga maruah Izzah, Hariz akhirnya melafazkan talak jua melalui sms. Izzah menerima dengan tabah dan menyangka penceraian itu berlaku kerana Hariz ingin menikahi Elin. Izzah mengambil keputusan untuk pergi ke luar negara demi melupakan Hariz.

Hariz tidak jadi menikahi Elin kerana telah mengetahui perihal sebenar. Dirinya sebenarnya telah diperangkap oleh Elin dan tidak pernah berzina. Sementara, Elin mengandung 2 bulan kerana pernah dirogol ketika diculik dahulu.

Sebelum cerita sebenar di ketahui oleh Izzah, Izzah telah meninggalkan bumi Malaysia untuk menetap di London bersama kakak kembarnya, Suri. Sekembalinya Izzah 4 tahun selepas itu, dia dilamar oleh Hariz yang setia menantinya untuk rujuk semula. 
Hariz juga sudah berubah, tidak lagi panas baran dan sangat bersopan setelah bergelar Tuan Haji. 

Ok..off course happy ending. Izzah sudah mempunyai seorang anak perempuan bersama Hariz dan sedang mengandungkan anak kedua mereka ..



Tiada ulasan: