Lewat senja, baru nampak en hubby post kat facebook beliau..
Beliau selamat check-in di Sandton Hotel, Netherlands selepas penerbangan selama 12 jam..
Hui, kesian..mau kematu punggung tu, tak pun buasir.
Perit jugak tu..Gi Korea 8 jam pun dah borink gila duduk dalam flight.
Senja semalam bertolak dari KLIA, balik ke sini hari Khamis ini atas urusan kerja.
facetime- lebih kurang macam ni |
menggunakan iPad(en hubby) dan iMac (di rumah).
Lebih kurang macam skype conference jugak.
Video pun smooth jer dan clear.
Ni first time lah sesi facetime kami.
Kebetulan, en hubby free, belum start kerjanya lagi.
Lain hari, susah jugak nak facetime sebab perbezaan waktu sini dan sana.
Waktu di sini lebih cepat 6 jam berbanding sana.
Macam tadi..kat sini 8.30 malam, kat sana baru pukul 2 petang.
Kalau sebelah malam, en hubby baru free..macam mana nak facetime?
sebab kena bangun awal pagi nak chat dengan dia..
Tak kuasa demo menahan mata.
Tapi at least, budak-budak ni bolehlah menyembang dengan Ayah diorang.
Si Sopie teruja dapat berkomunikasi dengan Ayahnya sementara Sarah buat donno jer.
Maklumlah, Sarah jarang bersama dengan Ayahnya..mungkin sebab tu tak rindu sangat.
Sopie pagi tadi buat hal jugak, bangun pagi terus sebut-sebut nama Ayah, lepas tu terus nangis.
Penat lah pujuk dia cakap ayah pergi kerja la..nanti dia balik.
Nampak en hubby dari skrin desktop tadi, dia pun cakap nak ikut ayah.
Lebih kurang setengah jam jer sesi facetime ni sebab budak-budak dah mengantuk nak tidur..
En hubby komplen makanan dalam flight tadi ntah apa-apa..
Nak buang air susah sebab toilet tak de air..
Tapi cuaca terang, udaranya sejuk..
view dari hotel |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan