Stalkers


Yang kesah

14.5.11

14 hari iPad Vs 4 hari Kasih Yang Suci





Officially iPad terjah ke Malaysia pada 29 April 2011(Jumaat) yang lalu. So, en hubby teruja yang amat nak memiliki gajet ni. Beliau pun mencuba nasib beratur kat reseller apple iaitu di Machines, Jaya Jusco Bukit Tinggi seawal jam 8 pagi..







Nak jadi citer, jam 11 pagi dah habis iPadnya. Tejah kat Harvey Norman, pun memanjang barisan. Terbuang cuti sekerat hari menunggu si iPad walhal melambak-lambak pad aku yang berjenama terkenal kat rumah...wakakaka

Wah, en hubby sedikit keciwa lalu terus order tru online pulak . Bapak!!2 minggu shipping, baru sampai. Sapa larat tunggu..

Next, 7 May (sabtu) ada lagi stok terbaru iPad masuk. Penuh bersemangat, en hubby beratur sekali lagi kat Machines beb seawal 7 pagi. Orang ke dua belas beratur..Akhirnya, berjalan pulang ke rumah tersenyum lebar bersama iPad dan duit yang kurang sebanyak RM1499.00..huhuhu

En Hubby just amik yang wifi 16GB wi-fi (wite). Buat bersosial jer lah katanya dan melengkapkan koleksi Apple beliau. Tahun lepas sambar Apple iMac second hand dan iPhone.


4 hari mencari kasih yang suci
Sejak Nora Elena ke udara pada 9 Mei lalu, teruja pulak nak membaca novelnya Kasih Yang Suci. Terus aku lancarkan misi nak meminjam novel dari kaki novel kat opis. Alamak, dia tak de lah novel Kasih Yang Suci..Ok, tak per..pelan B, beli jer lah..teruja kan!!

Lunch time, terjah kedai buku berhampiran..Halamak!! sold out, out of order..Suruh datang next week pulak. Dah la orang tengah teruja ni.

12 May, Khamis- Peluang ke jalan TAR untuk shopping kain dan tudung, tak terlepas menerjah 3 kedai buku di sekitarnya..Keciwanya, out of stock lagi. Gila ke apa, aku teruja ni nak baca novel..Kaki novel turut melaporkan tiada novel di MPH dan Popular..
13 May, Jumaat- Mukadimah kepada pencarian yang murni, Alhamdulillah. Mat Despatch yang nak buat kerjanya di area Shah Alam telah dipujuk oleh ku menyinggah di kedai Karangkraf atas idea si kaki novel. Walau sesat barat, berhasil jugak akhirnya, kedai buku tak de, kilang buku kita terjah. Ngeh Ngeh..lepas sembahyang jumaat, Kasih Yang Suci selamat tiba di mejaku..
Teruja menonton drama, tak sabar nak khatam novel, dah khatam novel, tak sabar pulak tunggu drama habis..



4 ulasan:

Life as AsMissY berkata...

iPad..! idaman den tu.. huhu

Cik puan Sue ^_^ berkata...

aku baru abih baca novel ni semalam..antar anak pi umah bbsitter, mak dia duk umah khatam novel..yang pasti kalau conversation last mcm dalam novel tu dibuat betul2 dalam drama, memang gempak lah!

amilia mohd alwi berkata...

salam

kalau nk jual novel kasih yang suci tu, im the first tau :) hehe..

Ctwawa berkata...

@amilia..susah tu cari novel KYC sampai ke kilang buku Alaf 21 lah baru dapat