Penulis : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Tahun terbitan : 2008
Muka surat : 495
Aku dah jatuh cinta dengan novel karya penulis ini.
Hlovate..tak kenal pun penulis novel nie, tak de biodata penulis pun kat novel ni .
Tapi disebabkan sinopsis kat belakang novel yang menggoda, aku pun beli lah novel nie.
Ajal, maut, jodoh di tangan tuhan. Wasiat kembar Addin, Addi Shah yang mahukan Addin Shah menerima pinangan Benz Alif terpaksa dikotakan oleh Addin. Apa akan terjadi jika seorang doktor (Addin) di paksa kahwin dengan seorang jurutera (Benz) yang bukan pilihan hatinya? Bukan pilihan hati bukan lah satu masalah besar..tapi kalau musuh ketat sejak zaman persekolahan apa kes pulak?
Addin begitu membenci Benz yang telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya ketika kejadian di Jusco mall 8 tahun nan lalu. Sedangkan Benz pula telah jatuh cinta pada Addin sejak pertemuan mereka di Leiden sewaktu Addin sesat di sana ketika menyambung pelajaran di sana. Mengetahui kebencian Addin terhadap dirinya, Benz sanggup menipu identitinya sebagai Aie.
Addin juga mula menyimpan perasaan sayang kepada Aie tetap dengan status seorang isteri kepada Benz, perasaan itu terkubur sahaja. Benz pula sedaya upaya memacu perkahwinan paksa itu menjadi hubungan yang lebih intim dan manis. Dia ingin Addin menyintai dirinya sebagaimana dia gilakan Addin.
Kebenaran yang terbongkar, Aie adalah Benz dan Benz adalah Aie begitu menghancurkan perasaan dan kepercayaan Addin kepada Benz. Perasaan cinta yang semakin mekar, layu kerana tragedi itu. Addin merasakan tindakan Benz yang menyamar sebagai Aie bertujuan untuk membalas dendam kerana permusuhan masa silam mereka.
Benz akhirnya mengakui dirinya telah lama jatuh cinta kepada Addin dan menjelaskan sebab musabab dia menyamar sebagai Aie. Dah dua-dua pun memang suka sama suka..Benz dan Addin mula belajar menyintai satu sama lain. Bermulalah episod dating, makan bersuap-suap dan pelbagai ragam orang bercinta dalam rumahtangga mereka..
Kahwin sudah, bercinta pun sudah..anak jer belum ada lagi. Akhirnya, Allah mengurniakan rezeki kepada mereka, sayangnya Addin keguguran pula. Peristiwa itu telah merubah keceriaan dan kebahagiaan rumahtangga mereka. Benz sebagai tonggak keluarga berjaya mengembalikan Addin dahulu yang terkesan akibat keguguran bayi mereka.
Berjaya juga akhrinya mereka memiliki zuriat walau mengambil sedikit waktu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan