Stalkers


Yang kesah

23.5.11

Cukur jambul bakal Imam Muda

Sabtu 2 minggu yang lepas 31 Apr, kami sekeluarga dijemput oleh Kakak ipar
ke majlis kesyukuran dan cukur jambul anaknya yang kedua iaitu Mohd Iman Darwisy.
Majlis simple jer yakni selepas solat Isyak yang dimulai dengan bacaan doa dan upacara memotong
sedikit anak rambut Darwisy.
Putih Darwisy ni, macam baby girl pulak rupanya..Sah, kakak ipar aku mesti ada mengidam nak menimang baby girl ni. Anak dia sepasang lelaki, anak aku pulak sepasang perempuan..Nasib, Nasib.
Baby Darwisy

Memandangkan kami cuma tahu majlis ni lewat petang,
keluarga kami tiba selepas Maghrib..Bantu yang mana-mana patut
Menu malam tersebut adalah bihun goreng, rendang ayam, pulut kuning, buah dan sedikit puding jagung.
Selepas upacara bacaan doa dan memotong anak rambut, barulah start acara makan.
Jemputan adalah dari kalangan orang Masjid dan jiran terdekat.
Memandangkan cuti umum pada keesokan harinya iaitu Hari Buruh,
ramailah jiran-jiran tiada kerana pulang ke kampung masing-masing
Layankan gambar-gambar sebelum cukur jambul


Bakal Imam Muda- Abang kepada Darwisy, Danish

Yang kecik tersesat majlis





Tiada ulasan: