Stalkers


Yang kesah

3.5.11

Gaji, Selamat Hari Pekerja dan Destinasi bajet Melaka

Dedikasi untuk sambutan 2 dalam 1..sambutan ulangtahun perkahwinan pada 21 April dan meraikan 'kenaikan' en hubby pada 1 Mei. Cw belum gajian lagi, tak de maknanya CW meraikan..diraikan ader lah. Ha Ha Ha..tak lupa Selamat Hari Buruh..yang ke berapa tu?






Merasakan pergi Melaka jer kan, (kalau rajin, boleh pergi balik hari jer) dan bercita-cita nak berjalan-jalan mengenali tempat menarik di Bandaraya Melaka maka kami pun booking bilik deluxe twin di Hotel HallMark Inn dengan harga RM 108 termasuk breakfast, untuk 1 malam.
deluxe twin - gambar dari agoda.com

Hari Pertama sebelum check-in, kitorang ke Zoo Melaka. Tiba di sana pada pukul 10.00 pagi . Uihhh, semangat ni nak melihat binatang-binatang setelah teruja melihat pelbagai aksi binatang di Nat Geo Wild. Luas pulak tu zoo. Letih telapak kakiku membawa diri dan budak-budak.

bersama kuda joe jambul

sarah n ayah naik kuda..mujur kuda ok

Selamat check-in pada jam 2 petang di hotel. Lepas mandi dan makan, barulah start perjalanan meredah Bandar Hilir sampai sesat barat, pusing-pusing asyik jumpa Jonker Street jer. Redah Jonker Street dengan kereta jer kerana kesakitan anggota kaki akibat turun-naik di zoo pagi tadi.

Akhirnya tiba di Dataran Pahlawan, tempat tumpuan orang ramai. Susah betul mencari parking, al maklumlah hari cuti awam kan. Kebetulan pulak  dah time gaji kan...uhuk, uhuk..So, kitorang just jalan-jalan dan sesi berfoto-foto di dataran dan A Famosa.

Nenek dan cucu-cucunya
Lewat petang hujan turun dengan selebat-lebatnya..Cis, gaji CW tak turun-turun lagi. Hingga ke malam, hujan masih renyai-renyai menyebabkan aktiviti merayap terhad. Menikmati makan malam di gerai berhampiran Sungai Melaka sambil ditemani keindahan malam dan lampu-lampu menarik di tepian sungai. Jauh pergi, masakan ala thai jer sempat di order..Nak buat macam mana, tak gaji lagi kan? Lepas makan, terus balik ke hotel untuk sesi pembetulan urat saraf masing-masing. Hujan pulak tu, memang terbaik.
masih hujan
Hari kedua, iaitu hari terakhir di sini, sebelum check-out, breakfast dulu di lobi hotel. Makan roti bakar dan teh saja..sebab tak gaji lagi kan? Bukan, sebenarnya was-was dengan makanan di lobi, sebab ini hotel non-muslim.

Hasil penelaahan GPS di henpon oleh en hubby dengan tekunnya sebelah malam menyebabkan pagi terakhir barulah berhasil menemui tempat-tempat yang lebih menarik. Sebelum tu, singgah dulu minum pagi, maklum lah perut breakfast 'sihat' pagi tadi. Kami singgah ke beberapa jenis muzium seperti Muzium Samudera, Muzium TLDM dan Muzium Jab Kastam serta tempat kraftangan Medan Samudera berhampiran Sungai Melaka.

Ibu, Anak dan Nenek serta Abang Portugis di Muzium Samudera

Kraf di Medan Samudera

Menghampiri detik 11.30 pagi, kami berangkat mahu pulang. Agak ralat jugak kerana tak sempat menaiki beca, meredah Sungai Melaka dengan bot cruise nya dan menikmati makanan laut yang sedap. Tak per lah, nanti ada rezeki lagi singgah lah.

Perjalanan pulang, di panjangkan lagi oleh hajat CW yang inginkan langsir baru untuk raya nanti dari Nilai 3. Perempuan, perempuan..Dek perut yang berkeroncong, sesi memilih langsir akhirnya di tamatkan oleh keputusan Menteri Kewangan, en hubby..nak buat cam ne kan, kita belum gaji..
Entah sempat tak nak beraya dengan langsir belang-belang pilihan menteri kewangan tahun ni..Sesi mengisi perut pula di Restoran Anje di Bangi. Sedap betul nasi beriani gam Johor..i LIke..

Sekian..





1 ulasan:

Biha Petom berkata...

wahhhh..slmt mnyambut ulang tahun perkahwinan ye kak ct wawa, hehe..semoga bahagia bersama hingga akhir hayat :D