Stalkers


Yang kesah

19.11.11

tudung baru untuk pergola


Ingat manusia jer pakai tudung? Pergola pun ada tudung tau.
Kalau boleh nampak kat gambo tu, yang sebelah kiri tu adalah gambor pergola bersama penutup kepalanya. Plastik. Entah teori siapa, plastik lama-lama kena timpa hujan, memang lemah daya tahan plastik itu. 

Dek hujan ribut baru-baru ini, makanya bumbung-bumbung plastik itu mula membuat hal. Dah terbang, siap lompat masuk rumah jiran sebelah. Tak pasal menguatkan lagi silatulrahim dengan encik/puan jiran sebelah. Hahahaha... Supaya insiden itu tidak berulang lagi, terpaksa belikan tudung baru untuk pergola. Sudah seminggu nampaknya beliau free hair. 



Insya'allah kalau tiada aral tu, Isnin nanti sampai la tudung baru untuk beliau. Tudung awning dari Ariani okay, tu pun harganya after less 50% diskaun. Kah kah kah...Gila apa nak beli Ariani, tuan rumah pun tak beli tudung kat situ.

Aku rasa kalau tak bertudung, sah memang nampak lebih natural beauty gitu...uwek!!! Bahan utama pergola tu adalah kayu terpakai. Modal beli kayu dan upah lebih kurang RM300. Kalau kena air, cepat lah lemah daya tahan kayu tersebut kan. Lagipun bukan jenis kayu cengal..eh, kayu cengal ke kayu yg tahan lasak tu? Jadi, kena beri perlindungan untuk pergola ini. 

Kalau ikut maklumat en hubby tadi dia dah order bumbung jenis polycarbonate. Cadangan dari puan isterinya yang hadoo. Boleh tahan lama sikit. Pergola ni dah bawa imej macam ala-ala semulajadi, tapi bila dah padankan dengan bumbung polycarbonate jadi apa ek? Caca merba lah jawabnya...Huhuhu

Revolusi sebuah pergola...





Sebelum bumbung plastik tu, terlebih dahulu pergola disungkup dengan jaring-jaring yang sering kita nampak kat kebun sayur kan? Konon time tu nak menapis sinaran matahari terik. Sayang dengan tanaman pokok-pokok hijau di bawah pergola. 

Lepas tu siap pasangkan buaian ala-ala buaian bawang putih gitu. Tak lama pun buaian tu. Habis semua yang tua yang muda nak naik buaian. Yang baya-baya Sopie jer layak sebenarnya. Buang buaian tu jugak akhirnya sebab 2 kali Sopie jatuh kebelakang masa naik buaian ni. Sopie tak pandai mengimbang badan lagi, baru masuk 2 tahun kalau tak silap.

Cuti hari pekerja tahun ini, kedudukan pergola yang sebelum ini memanjang pun sudah di ubah kedudukannya jadi melintang. Tujuan, supaya si hitam dapat sekali masuk parking kat area rumah sekali dengan si putih. 

Tu lah antara revolusi pergola di laman rumah aku. Makin tua, makin menjadi kos maintenance nya. Di harap bumbung yang berkos sebanyak RM300 nanti akan dapat bertahan sama hayat dengan pergola itu juga. 

Tiada ulasan: