Selesai urusan menziarah keluarga arwah mak ngah aku di Felda Trolak Timur pagi tadi.
Sebulan yang lepas, arwah ada admit 2 minggu di Hosp Slim River dan koma kerana jangkitan kuman dalam paru paru.
Lepas discaj, keadaan arwah masih lemah, tak selera makan dan tak boleh berjalan. Arwah dijaga oleh kazen aku di Senawang. Nak jadi cerita, arwah mengadu sakit perut pagi semalam. Itu yang admit ke Hosp Seremban. Tau tau petang semalam, nadi nye dah lemah. CPR pon tak dapat bantu.
3 tahun lepas, suami arwah, pak ngah aku kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman jugak. Kami pay visit ke sini jugak. Pestime ever la masa tu laki aku drive jauh lepas berehat dari travel jauh jauh sebab sakit slip disc.
Tragedi jugak rini.
Alhamdulillah, umur kami sekeluarga masih panjang sebab tadi tayar belakang pancat kat hiway. Lepas Tapah kot tak silap. Tengah laju gak masa tu, dalam 120km. Nasib keta under control. Dah la panas lit lit masa tu, pukul 1 tengah hari lebih tak silap kejadian tu. Ngan Mat Dan meroyan lagi.
Dalam kemeroyanan si Mat Dan tu , gigih jugak la singgah ke Bandar Tun Razak visit Mak Cik aku pulak. Sebab Mat Dan semakin tinggi volume meroyan, bergegas la kami ni mintak diri nak balik. Kalau tak, mau tu ke Kg Melayu Subang pulak destinasi seterusnya. Kikikiki.
Minggu ni memang redho tak cukup tido dek melayan karenah Mat Dan berjaga tengah malam sebab dia tak lena tido. Cuti thaipusam kelmari dah mengerah tenaga mengemas umah JKKKKK tu. Panjang nye kkk. Tak tau pulak tetibe kena travel.
Nasib lah sok off day... De chance la bermalas malas merehatkan badan macam sekarang ni. kakakaka. Mat Dan tido lena ni..keletihan yang amat lah tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan