Stalkers


Yang kesah

10.7.17

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Baru berkesempatan nak bergebang masuk ke sini. Raya kan sebulan...jadi boleh wish lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Tahun ni bercuti dengan tenang, awal 2 hari pulak tu. Hahaha bukan selalu tu. Jadinya petang khamis kitorang dah gerak balik ke Ipoh dulu. Next day pagi tu baru balik kampung. So tak de lah pengalaman ngeri sangkut dalam jammed.

Aidan pon dah setahun raya kali ni. Sebab dia tengah training nak jalan, memang jenuh memantau. Nasib boleh harap la jugak kakak kakak tengokkan dia, kalau tak habis lah jadi #teamtengokanak je raya ni, tak masuk dapur.Tu boleh jadi #menantuhantu tu. Hahahaha.


Buh la sikit gambo raya. Hahaha sedap betul boleh belasah macam macam juadah raya. 

Tuk sedara mara pon aku dah ajak datang rumah ahad lepas , 2hb tu..Memang melotih badan di buatnya. Dah la next day tu sekolah dah bukak, aku pun nak start kerja kat tempat baru. Natijah nya memang aku memang ngantuk giler nye amat. 

Haa..gitu lah setakat ni kisah nya di bulan Syawal ni. Sebab aku pon asing di tempat yang baru, Jadi aku pon tengah gigih ni berposa ganti..

Tiada ulasan: