Stalkers


Yang kesah

10.7.11

Sudut Mata : 5 Tahun 5 Bulan

Karya dari Hlovate, novel kedua tulisan yang aku beli selepas aA+bB. Susah payah nie cari kat kedai buku kat Jalan Tuaku Abdul Rahman. Ku abaikan lambaian kain-kain ela dan tudung semata-mata mengejarkan novel nie. Selain 5 tahun 5 bulan, ada Versus, Rooftop Rant, Tunas kat kedai buku tue. Aku ambik jer 5 tahun 5 bulan nie dan Contengan Jalanan. 5 tahun 5 bulan nie sebenarnya terbit dah lama pada tahun 2007 sementara Contengan Jalanan novel terbaru Hlovate tahun nie.



Mengisahkan Kisah Johana @ Jo @ Ana yang sanggup menjadi orang gaji selama 3 bulan menjaga anak Encik Latfy iaitu Apeh, Nana , Nina dan Along..yer, Along yang sarkastik! Panggil Along Serbia pun boleh.
Berbagai karenah mereka terutama along yang suka menyakitkan hatinya dengan berbagai arahan. Semuanya kerana ingin mengumpul wang sementara menunggu panggilan melanjutkan pengajian bidang perubatan di bumi UK. Hubungannya bukanlah sekadar majikan-pekerja, malahan lebih dari itu. Dia lah

Dikalangan teman rapat Johanna lebih dikenali dengan nama Jo sahaja. Akhirnya identitinya sebagai student yang menunggu panggilan U terdedah. Lantas menyebabkan hubungannya yang semakin rapat dengan Along @ Afiq dingin. Afiq baru memasang angan angan nak memperisterikan wanita yang feminin yang suka duduk dirumah menjaga family, yan pada pandangan ciri tersebut ada pada Ana. Rupanya Ana bukanlah gadis melayu terakhirnya.

Walaupun begitu, cinta sudah mula berputik di hati memasing, cuma hanya jarak memisahkan mereka dan tempoh pengajian Johanna kat oversea selama 5 tahun 5 bulan itu. Percintaan jarak jauh, komunikasi melalui emel, chatting ym..memang ciri ciri cinta zaman cyber.

Perjalanan cinta yang complicated sebab masing masing keliru dengan perasaan sendiri. Antara ego seorang lelaki dan malu seorang gadis. Namun, bersatu juga akhirnya. Johanna berjaya menamatkan pengajiannya sementara Afiq pula menyambung semula Masters nya di bumi Aberdeen.

Secara peribadi, aku suka novel tulisan Hlovate nie. Cara dia bagi gambaran fizikal Johanna pun ok, real dan tak melebih lebih macam sesetengah novel lain. Poyo jer describe si heroin novel cam tahap Aishwarya Rai ke atau Lisa Surihani. Tu belum lagi watak hero macam Aaron Aziz lah, Rosyam Nor ..Cukup di gambarkan watak Johanna gadis manis berhijab, moden tapi simple begitu juga watak Afiq yang digambarkan sebagai lelaki yang sederhana saja.

Salah satu lagi tarikan ialah gaya bahasa dialog yang santai oleh semua watak. Siap teman teman Johanna ada nick name kegemilangan zaman Melayu Melaka dulu macam Puteri Hang Li Po, Sultan Mansor Shah lah..Ada jugak sesetengah words dari kamus Medic tak difahami dan tak pernah dengar, tapi pada akhir bab ada diterangkan makna perkataan tersebut.. Pendek kata balik modal lah beli novel nie. Tapi, sincerely aku suka lagi karya aA+bB.

Tiada ulasan: