Risau jugak Sopie tahun depan dah nak kena masuk tadika sebab dah 5 tahun.
Tapi perangai tak macam 5 tahun pun, entah aku pun tak pasti apa selayaknya budak 5 tahun berperangai.
Tanya kat en hubby, en hubby boleh pulak buat lawak tanya Sopie besar karang nak jadi apa..
Maksud dia, kalau nak jadi programmer IT ke , dia nak hantar Sopie ke kelas2 yang related to benda tu saja. Tapi, masalahnya sistem pendidikan kat Malaysia bukan macam tue. Macam pernah kawan aku bebel sebab dia tak suka fizik, penat kemain ukur had laju troli turun, tapi in reality nya nanti bukan dia nak buat benda tu pun nanti bila dah kerja.
Sekarang nie, sejak umur 3 tahun kat nurseri tu Sopie dah diberi pendedahan belajar dalam kelas. Setakat mengenal nombor dan menyebut nombor dalam BI dan malay tu lepas lah. Tapi, huruf tak berapa kenal lah.Tahu sebut jer. Tengok dia lebih interest dengan nombor. Menghafal surah fatihah, bacaan dalam sembahyang pun dah boleh. Ni lah salah satu kelebihan hantar ke nurseri , tapi dia pemalu sikit lah. Nak buat cam ne, mak dia pun kecik kecik ada gen pemalu , ayah dia pun ada gen pemalu. Tercombine jer, otomatik anak pun malu malu pulak. Kalau harap aku nak mengajar kat rumah, tidak lah sempat. Malam hari lepas main dengan adik, dia pun dah letih, terus nak tido. Mana nak belajarnya.
Kebanyakan parents memang awal-awal dah hantar anak-anak ke tadika pada usia 5 tahun. Sekurang-kurangnya diorang boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan nanti. Pada usia nie, cikgu cikgi kat tadika boleh kenal pasti tahap perkembangan pelajaran budak kat mana. Kalau nampak, masih lemah, pada usia 6 tahun nanti, cikgu-cikgi boleh concentrate untuk bebudaks macam nie. Aku pun tak pasti apa sylabus pelajaran budak-budak tadika. Seingat aku, zaman aku 20 tahun nan lalu tu, time tadika cuma nak kenal huruf jer. Darjah 1 baru start mengeja.
Sistem sekarang sure jauh beza dengan sistem pembelajaran dahulu. Entah-entah tadika 6 tahun tu bebudaks dah wajib kenal nombor dan mengeja sekali. Entah-entah kena tahu basic math +- ker. Nampaknye , kena jugak lah aku survey sylabus pelajaran budak-budak nie. Tambah-tambah hidup pulak kat kota ni, persaingan anak-anak memang tinggi . Bukan lagi environment kampung-kampung. Darjah 6 baru kenal maksud kelas tambahan atau tuisyen. Aku pernah dengar kawan aku citer anak dia darjah 1 pun dah pergi tuisyen. Aiyoo! Amma! Appa! Tertekan nye dengar, walhal kita kecik dulu, darjah 1 tu lah paling best pergi sekolah, tahu tunggu time rehat nak main kejar-kejar dan menyonteng buku. Darjah 1 nak tuisyen mende ek?
Ni aku copy dari search google pasal aktivit harian sesuai untuk anak usia 3-4 tahun
1. menggunakan krayon dan membuat ‘puzzle’.2. Biarkan kanak-kanak bermain pasir di dalam baldi. Berikan mereka penyedok, bekas kek, corong dan lain-lain alatan untuk bermain dengan pasir.
3. Buatkan buih sabun. Campurkan ½ cawan sabun pencuci pinggan cecair dengan ½ liter air. Biarkan kanak-kanak meniup buih dengan menggunakan bekas plastik “vitagen” yang dipotong bahagian bawah. Straw juga boleh digunakan. Biarkan juga kanak-kanak mencuci pinggan mangkuk.
4. Mereka juga gemar bermain dengan blok dan “lego”. Pastikan saiz mainan tidak membahayakan.
5. Lubangkan bawah bekas marjerin plastik. Biarkan anak-anak masukkan air dan melihat air menitis keluar perlahan-lahan.
6. Mereka amat suka melakonkan aksi. Dari sini mereka akan belajar berkongsi dan mengembangkan keupayaan berimaginasi. Wujudkan satu sudut di satu penjuru bilik untuk aktiviti ini seperti satu warong aiskrim, sekolah, balai polis dan sebagainya. Buat seperti anda tidak memerhati mereka. Lagak mereka pasti akan mencuitkan hati.
Aktiviti 1 , 4 dan 5 belum pernah Sopie try buat lagi. Yang selalu adalah aktiviti 6 tu, melakonkan aksi cikgu cikgi dia kat nurseri tu menidurkan budak-budak nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan