Novel ke 4 karya Siti Rosmizah terbitan SR Publication cetakan pertama tahun 2011. Memang berbaloi melabur sebanyak RM 32.90 untuk novel setebal 1049 laman nie. Guess what? Aku habiskan satu malam jer, dari jam 8 lebih hingga 4 pagi. Nasib lah sabtu, tu pun jam 7 lebih dah bangun pun layankan karenah budak-budak ni. Weekdays elok kemain diorang nak bangun lambat, tapi hujung minggu masing masing cergas bangun awal..
Asalnya, nak beli novel terbaru Aisya Sofea, Uda & Dara..tapi memandangkan dah habiskan RM32.90 untuk novel nie, terus terbantut nak beli. Minggu depan jer lah rembat novel Uda & Dara. Kot kot si N , ofismateku yang kaki novel terbeli, pinjam baca jer lah dengan dia. Dapat jer novel 7HM nie, terus sms N, nak pinjam tak novel aku nie? Erm..dia reply, nak pinjam tapi takut lah tak dapat nak habiskan.
Atas sebab N bilang macam tu lah, aku teragak agak nak beli novel 7HM ni pada mulanya. Tebal. Mahal satu hal. kalau dah RM 30 lebih, boleh beli 2 novel jugak..Tetiba, sorang akak ni(pada hematku, kaki novel jugak) selamba badak tegur aku masa aku belek-belek novel nie, beria-ia beliau cakap novel nie best..sampai dia baca 2 kali. Disebabkan testimoni beliau tu lah, aku tak pikir lama..terus bayar. Lagi lama dalam kedai buku nie, lagi pinau mata, mujur dompet tu hidup segan mati tak mahu, kalau tidak..mahu hari tu sambar lagi 2 novel.
Novel mengisahkan bagaimana
Khuzairi dalam diam mencintai gadis kaya dan berkedudukan bernama Mia Adriana sejak zaman persekolahan menengah mereka. Oleh kerana status dan kekayaan itulah menyebabkan Mia membenci Khuzairi yang pada pandangannya miskin, kotor dan orang kampung.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Manusia merancang, tuhan juga menentukan. Pernikahan Mia bersama Halil dibatalkan pada saat saat akhir setelah Halil mengingkari janjinya dan mengikut cakap ayahnya, Dato Johari yang mahukan Halil menikahi anak rakannya untuk menyelamatkan bisnes mereka. Demi menyelamatkan maruah dan masa depan Mia, papa Mia akhirnya meminta Khuzairi menikhai Mia. Mia akur kerana khuatir kesihatan ayahnya. Akhirnya Mia selamat diijab kabulkan dengan Khuzairi. Itu pun dengan perasaan benci yang semakin tebal terhadap Khuzairi dan keluarganya.
Papa Mia akhirnya kembali ke pangkuan illahi. Perniagaan mereka bankrap. Rentetan itu, Khuzairi membawa Mia pulang ke kampung. Mia terpaksa mengikut kerana dirinya sebatang kara. Lagipun, mamanya juga enggan membenarkan Mia mengikutnya. Mia terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana kampung dan hidup dengan keluarga Khuzairi terutama ibu mertua, Mak Leha dan adik iparnya, Helmi yang tidak menyukainya. Sementara Khuzairi pula berusaha memberi kebahagiaan dan berharap Mia dapat memcintainya. Memang panjang berjela dugaan dugaan yang terpaksa Mia hadapi. Baca sendiri kisah Mia bersama watak watak lain seperti Buntat, Mak Limah, Mak Andak, Puan Roziah, Syakila, Nadiah dan Zaidi.
Mia semakin mengakui, dirinya mula menerima kehadiran dan mula mencintai Khuzairi. Sikap Khuzairi yang sentiasa patuh mendengar arahan Mak Leha, mengecewakan Mia. Selepas melahirkan permata hati mereka, Alisa, Mia nekad ingin berpisah dari Khuzairi. Mia nekad memulakan kehidupan baru, namun kematian Buntat yang cuba menyelamatkan nya telah membuka mata hati dan menginsafkan Mia.
Lantas, Mia tekad kembali ke kampung, untuk memohon ampun dari Khuzairi dan bayi mereka. Namun, Khuzairi pula telah berpatah arang tidak ingin menerima Mia lagi dalam hidupnya. Maka, bermula lah 7 hari..tempoh masa yang hanya Mia ada untuk mengubati luka dan memohon maaf dari insan insan yang pernah dilukainya dahulu. Sementara Mak Leha berhasrat ingin mengahwinkan Khuzairi dengan Syakila.
Berjayakah rancangan Mak Leha tersebut? Bagaimana akhrinya perkahwinan Mia dan Khuzairi. Baca sendiri lah...memang happy ending. Sesapa jiwang karat sure meleleh air mata membacanya..macam tengok hindustan pulak . Memang terbaiklah dari Siti Rosmizah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan