Stalkers


Yang kesah

6.7.11

Sudut Mata : Novel Bisik-Bisik Gelora

Novel karya terbaru dari penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari bertajuk Bisik-Bisik Gelora pada tahun 2011 ini dari penerbit Buku Prima, kaum kerabat grup Karangkraf jugak.


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Petikan di atas adalah sinopsis dari belakang novel. Sambungan di dalam novel seterusnya..


Stelah kembali ke tanah air untuk memulakan kerjaya baru, takdir telah menemukan kembali Arumi dengan Jad. Selain turut dipertemukan dengan rakan lama di bangku sekolah dulu iaitu Fakhri. Pertemuan dengan Jad memang tidak dipersiakan oleh Jad yang berdendam kesumat terhadap Arumi yang berani meninggalkannya sewaktu dia di tahan di penjara. Sudahlah, di penjara, ayah Jad juga jatuh sakit. Dan selesai hukuman penjara pula, Jad di ugut oleh rakan baiknya yang ingin menyebarkan gambar bogel Arumi. Demi kerana ugutan itu, Jad sanggup berhabis ribuan ringgit demi melindungi maruah isteri yang tidak dikenalinya itu dan sanggup meninggalkannya ketika dia kesusahan dahulu.

Demi kerana dendam, Jad akhirnya berjaya menawan Arumi di kediamannya. Jad mengugut akan menyebarkan gambar bogel Arumi di internet jika Arumi melarikan diri. Arumi terpaksa akur dengan kehendak Jad.

Fakhri pula mengambil kesempatan menodai Arumi untuk melampias rindunya sejak kehilangan Arumi selepas zaman persekolahan dulu. Lantaran itu, Jad semakin berdendam dan mula membenci Arumi yang baginya sanggup menggadai tubuh untuk orang lain, dan tidak kepada suaminya. Dia kecewa dan benci kerana hatinya sudah mula jatuh cinta kepada Arumi. Arumi pula masih trauma dirogol Fakhri, namun telah di salah anggap oleh Jad. Kebencian Jad semakin bertambah bila mengetahui Arumi hamil dan percaya anak itu adalah hasil kecurangan Arumi.

Arumi dilayan selayaknya seperti orang gaji oleh Jad lantaran Jad enggan menceraikan Arumi. Jad berharap perkahwinan itu akan menyeksa dan membuat Arumi derita. Arumi pula sanggup bertahan demi kandungannya yang juga anak sah iaitu anak Jad dan ingin mengenali Jad dengan lebih dekat lagi kerana lelaki tersebut tidaklah jahat mana.

Masa berlalu, Jad semakin berjaya sebagai seorang usahawan muda. Arumi pula telah selamat melahirkan bayi lelaki di namakan Afiq. Afiq lah kekuatan dan penawar duka lantaran sikap Jad yang suka menyakitkan hatinya dengan kemesraannya bersama teman wanitanya, Nada. Namun, hubungan Jad dan Arumi masih seperti antara majikan dan orang gaji.

Bagaimana kesudahan novel ini? Adakah Fakhri berjaya mendapatkan Arumi semula? Siapa pula Wari? Ayu Merlisa? Bagaimana pula hubungan Nada dan Jad? Paling penting, apakah penghujung kepada kisah Jad dan Arumi ni macam mana, lantaran masing-masing sudah mula jatuh cinta.

Memang best novel nie. Aku beli pun setelah lama memerap kat kedai buku depan The Store Klang dua minggu lepas. Bila tahu Fauziah Ashaari yang tulis, confident mesti novel nie best. Alang-alang menunggu kedai-kedai kat mall tu nak bukak, sempat layan novel ni sampai habis. Yang tak best, part Arumi kena rogol dengan Fakhri tu lah. Hei, geram jerr..Bagi aku, novel sekarang dah canggih. Selalu, jalan cerita mesti nak cerita masalah-masalah time bercinta ke, ending mesti dapat jugak kahwin dan terus dapat baby. Novel nie, lain sikit lah, cerita kisah cinta lepas kahwin, dengan onak duri dan part isteri kena rogol tu memang lain lah. Senang ke suami nak terima isteri yang pernah di rogol nie? Macam mana pulak emosi mangsa tu?

Apa pun, bacalah cerita ni sampai habis sendiri.








Tiada ulasan: