Stalkers


Yang kesah

20.7.11

hari ke 5

Alhamdulillah, syukran..hari ni qada puasa hari ke 5, Insya'allah.
Seronok jugak puasa ganti last minute ni, sebab Ramadhan pun semakin menghampiri.
Ni pun, dah start berangan menu berbuka petang karang. Selalu, buat menu simple jer. Ada sejenis lauk, sejenis sayur, jadilah. Nak grand livina, kena tunggu weekend lah. Sebab weekedays ,masa memasak tu terhad. Total puasa nak diganti sebenarnya 7 hari. Kalau boleh nak settlekan minggu ni jugak.

Hari pertama ganti puasa (Isnin minggu lepas), menunya simple. Kebetulan, buat ikan bakar petang ahad tu, so balance ikan simpan dan jadi menu berbuka hari Isnin tu dengan ulam selom dan kacang botor, air asam dan sambal ikan keli. Yang best tu, berbuka dengan teh tarik buat sendiri.

Hari kedua, Selasa -Menunya pun ala kadar, sambal sotong, telur mata dan sayur campur goreng. Menu wajib teh tarik.

Hari ketiga , Rabu - Daging goreng hitam & pulut durian. Pulut dimakan bersama durian, letak sikit santan dan gula. Memang sedap lah. Kebetulan hari ni last puasa sebab nak travel ke PD Khamis & Jumaat. Tak lupa teh tarik home made kita.

Hari keempat, Isnin - Semalam macam lembik sikit. Bercerita pasal sardin dengan ofismate. Balik tu, memang sambar sardin lah. Menu lain adalah buncis goreng dengan udang. Tak lupa telur mata. Minum kopi tarik pulak.

Hari kelima - Hari ni lah. Memula ingat nak buat tomyam ayam atau sup sayur. Tapi buat ayam kurma pun sedap jugak hari ni. So, berbuka nanti jumpa ayam kurma lah nampaknya dan sayur campur goreng. Buat telur dadar pun best jugak nie.

Gambar ihsan encik google

Tiada ulasan: