Stalkers


Yang kesah

20.7.11

Aku dan koleksi Ma Lee Chuswan

Tak sedar pun selama nie aku pernah baca novel karya Ma Lee Chuswan seperti Lamaran Kedua, Permata Hati dan terbaru Gelora. Novel lain seperti Tirai Impian dan Selamat Tinggal Sayang masih dalam pencarian aku. Rupanya ada jugak sesetengah pembaca sanggup photostat novel-novel nie dan jual photocopy sama harga macam novel asal dan kadang-kala double-triple harganya. Tak patut!

gambar dari inche google
Lamaran kedua masih dalam simpanan aku. Entah novel sapa nie, tertukar dengan budak-budak Kolej KTP dulu rasanya. Sapa pun tak claim, aku simpan jer. Permata Hati aku jumpe kat kedai novel terpakai iaitu Novel Hut kat Sri Muda. Kedai nie bersebelahan Mydin Mart. Lepas bershopping situ, singgah kejap sebab en hubby mencari bahan rujukan untuk hiasan dalaman rumah. Tak sangka terjumpa Permata Hati kat kedai nie. Dapat lah murah beli , tapi buku ori ok.

Pergi kat ruangan forum lepas aku search pasal Ma Lee Chuswan ni, aku dapat info salah satu novel beliau akan diterbitkan semula iaitu Gelora, diterbitkan semula, bukan ulang cetak yer. Tapi, novel Selamat Tinggal Sayang terbitan Creative Enterprise akan di ulang cetak.

Lawatan tak rasmi aku ke MPH Alamanda sabtu yang lalu telah menemukan aku dengan novel Gelora terbitan Kaki Novel ni.Baru bercadang nak beli baju, dah tergoda habiskan duit tu beli novel.

Search pulak pasal novel Selamat Tinggal Sayang, memang betul novel tu diterbitkan semula oleh Creative Entreprise S/B. Pergi website , dapat lah order online jer Isnin baru nie. Ni dah Rabu, belum kunjung tiba lagi novel STS tu, lastly aku call juga office nye kat Bangsar tu..Mana tahu tak de stok ker, penat aku tunggu bak tunggu kucing catwalk bertanduk..Diorang cakap hari ni diorang akan pos..Lega dengar..Esok lusa sampai lah tu..

Aku suka jugak gaya penulisan novel MLC nie. Pendek kata, memang dekat lah dengan perasaan dan jiwa wanita kita. Aku perasan Permata Hati, Lamaran Kedua dan Gelora masih lagi asli dengan tema wanita memerlukan kepercayaan dan kejujuran dari pasangannya. Dan cemburu buta itu bisa menghancurkan hubungan. Aku confident jugak lah STS pun begitu jugak rencahnya nanti.

Die hard fan nie, siap aku add dia dekat FB. Yang best tu, dia approve tu. Best ! Best ! Memang terbukti MLC ni perempuan. Sebab ada yang kata dia ni lelaki lah, asal dari Thai lah sebab namanya yang peliks sikit tue. Dia asal dari Kelantan sebenarnya. Kalau sesiapa beli novel Gelora 2011 akan dapat lihat bio MLC kat page belakang.

1 ulasan:

Easy Shoppe berkata...

Hai Cik,

Kami ada novel-novel terpakai karya Ma Lee Chuswan.

1.Tirai Impian
2.Lamaran Kedua
3.Permata Hati
4.Putik-Putik Rindu.

Novel Baru :
1.Gelora
2.Selamat Tinggal Sayang

Jika berminat boleh hubungi kami di wechat/line 017-6031450.

Sekian,
Easy Shoppe