Stalkers


Yang kesah

20.7.11

Jadi Isteri Stress?

Aku perasan ada artikel dan turut keluar carta pai pasal stress di kalangan wanita di Malaysia dalam paper Berita Harian hari ini.

Antara punca-punca stress di kalangan wanita la ni :-

1 terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan - cth syak suami curang
2 Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
3 Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan - untuk yang bekerja
4 Terlalu serius terhadap pelajaran anak
5 Menggalas tanggungjawab  menjaga keluarga
6 Terlalu di kongkong oleh keluarga
7 Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah

Aku suka dekat point no 2 dan no 7 tu.

Yang no 2 tu ada lah tempias tempias kat aku. Tapi aku tak de lah stress. Sebab ada opah kat area kediaman aku tu komplen aku tak nak senyum dekat dia..Siap cakap kat Mak aku pulak. Tak de lah aku stress pun tapi, tak aci lah, jumpe 10 x, 1x tak senyum , dah komplen aku tak senyum. Ai, makcik ingat aku hidup kat dunia ni tak de masalah? Agak-agak aku tertoleh muka opah tu, baru nak buka senyum, tetiba Opah dah pandang tempat lain, senyum aku segaris lebar 10 cm sah dia tak nampak..bukan tu fitnah ke kat aku? Huii..malas nak layan.

Point no 7 tu, memang betul rasanya. Mana taknya, sumber pendapatan sendiri dah tentu tak ada kalau memang mengharap duit cik abang sorang jer. Kalau kerja, ada duit sendiri, tershopping benda benda bidaah pun tak per, sebab duit sendiri. Cik abang pun sure no komen. Kerja suri rumah banyak tau, start celik mata, basic thing prepare breakfast. Buat kerja laundry, housechores lain lagi. Kalau ada anak sekolah, pagi dan petang lagi lah. Mana nak arrange transport diorang lagi , transit sekolah lagi. Karang nak check kerja sekolah anak lagi. Masak untuk lunch, masak untuk dinner lagi. Yang ada maid tu, citer nya bukan di sini yer.
Kadang-kadang aku cuti kat umah jaga budak sakit kat umah memang letih lah. Karang baju kering, nak lipat dan kemas. Nak masak lagi, sayang sangat kat hubby, mesti nak masak lauk 2-3 jenis. Haila..belum lagi ni aku berenti kerja jadi suri rumah full time, membayangkan nya pun dah stress.

1 ulasan:

nUR_rOsALiNdA berkata...

Kita rasa kita stress yg no 5 kot...Sangat nak menjaga keluarga..kalau boleh semua kita nak buat...hehehehe` tamak