Semalam aku tak mengadap Sultan sebab Sultan sebok mengadap orang lain. Hari jadi tuanku, tuanku hadaplah sapa sapa.
Makanya, aku mengadap lah rakyat rakyat asing tahap international di Sri Muda. Tujuan asal ke sana, mencari rencah untuk santapan menu pot luck pada majlis khatam quran/marhabban kat taman pada sabtu ini.
Adapon, en hubby keluar bekerja. Dia bekerja di wilayah KL. Singgah sana sahaja di Selangor. Kampung halaman di negeri Perak. Tapi, masa birthday Sultan Perak, tetap kena pergi kerja. LOL!
Kami (aku, adik lelaki dan 2 dayang) berombongan bas sahaja. Menjimatkan wang tapi sesak nafasnya! Nasib badan..
Destinasi ~ Mydin. Why pay more? Buy at wholesale prices! Elele..siap promote pulak.
Saja terjah ke level 3 - area baju baji. Hampir nak di taji dek mek Sarah. Mek Sarah bermuka suci dalam buaian..sinar mata bagai gadis di bawah lindungan kaabah! Ececeh..
Mek Sarah mengamuk nak gaun ala princess! Harga? Mauttttt..RM49.90. Gaun kat Mydin aje, mahal kemain, kot branded leh ambik kira juge. Bila tak bagi tu start lah drama queen dia. Isk, geram!
Masukkan jugak la baju lam bakul. Pastu pusing pusing level lain pulak. Bila mek tak perasan, suruh adik aku letak balik baju tu. Mek tak ingat dah baju dia, teruja menengok buku mewarna. Bagi amnesia terus..bawa pergi jalan jalan kat tempat coklat. Teror Mak mek ni..Dah Mak dia drama king CUP! Hahaha..haruslah jadi begitu.Weekend ni nak g JJ. Tengok apa jenis drama pulak dia nak main kat sana.
Dah jumpa yang kami cari, balik lah rumah. Balik dengan cab, sebab dayang dayang dah letih. Drama queen dari dalam Mydin komplen dia letih. Memang kau sangat drama queen Sarah! Sampai umah, kakak tido lena..si drama queen yang letih lah sangat tu baik aje mewarna dan mengacau adinda yang bongsu beradu.
Hai lah..tak yah mengadap sultan dah. Ampun tuanku!
Wow, entry ni adalah pada 12/12/12.
- Posted using BlogPress from my iPad