Stalkers


Yang kesah

30.7.11

Sudut Mata : 7 Hari Mencintaiku

Novel ke 4 karya Siti Rosmizah terbitan SR Publication cetakan pertama tahun 2011. Memang berbaloi melabur sebanyak RM 32.90 untuk novel setebal 1049 laman nie. Guess what? Aku habiskan satu malam jer, dari jam 8 lebih hingga 4 pagi.  Nasib lah sabtu, tu pun jam 7 lebih dah bangun pun layankan karenah budak-budak ni. Weekdays elok kemain diorang nak bangun lambat, tapi hujung minggu masing masing cergas bangun awal..

Asalnya, nak beli novel terbaru Aisya Sofea, Uda & Dara..tapi memandangkan dah habiskan RM32.90 untuk novel nie, terus terbantut nak beli. Minggu depan jer lah rembat novel Uda & Dara. Kot kot si N , ofismateku yang kaki novel terbeli, pinjam baca jer lah dengan dia. Dapat jer novel 7HM nie, terus sms N, nak pinjam tak novel aku nie? Erm..dia reply, nak pinjam tapi takut lah tak dapat nak habiskan.

Atas sebab N bilang macam tu lah, aku teragak agak nak beli novel 7HM ni pada mulanya. Tebal. Mahal satu hal. kalau dah RM 30 lebih, boleh beli 2 novel jugak..Tetiba, sorang akak ni(pada hematku, kaki novel jugak) selamba badak tegur aku masa aku belek-belek novel nie, beria-ia beliau cakap novel nie best..sampai dia baca 2 kali. Disebabkan testimoni beliau tu lah, aku tak pikir lama..terus bayar. Lagi lama dalam kedai buku nie, lagi pinau mata, mujur dompet tu hidup segan mati tak mahu, kalau tidak..mahu hari tu sambar lagi 2 novel.


Novel mengisahkan bagaimana

29.7.11

BE dari Nuffnang lagi

lama tak dapat duit dari nuffnang..
tak banyak pun..tambah 25 sen jer
sebenarnya update blog jer, dah lama tak blogwalking
tak free sangat

28.7.11

Harimau bertemu Singa

85K memberi sokongan di stadium Bukit Jalil , sementara lebih 85K memberi sokongan biar tak masuk stadium. Layan kat astro jer..Biarlah jaguh kampung ke hape , janji menang dan layak ke sesi kelayakan ke Piala Dunia 2014.

20.7.11

Jadi Isteri Stress?

Aku perasan ada artikel dan turut keluar carta pai pasal stress di kalangan wanita di Malaysia dalam paper Berita Harian hari ini.

Antara punca-punca stress di kalangan wanita la ni :-

1 terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan - cth syak suami curang
2 Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
3 Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan - untuk yang bekerja
4 Terlalu serius terhadap pelajaran anak
5 Menggalas tanggungjawab  menjaga keluarga
6 Terlalu di kongkong oleh keluarga
7 Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah

Aku suka dekat point no 2 dan no 7 tu.

Yang no 2 tu ada lah tempias tempias kat aku. Tapi aku tak de lah stress. Sebab ada opah kat area kediaman aku tu komplen aku tak nak senyum dekat dia..Siap cakap kat Mak aku pulak. Tak de lah aku stress pun tapi, tak aci lah, jumpe 10 x, 1x tak senyum , dah komplen aku tak senyum. Ai, makcik ingat aku hidup kat dunia ni tak de masalah? Agak-agak aku tertoleh muka opah tu, baru nak buka senyum, tetiba Opah dah pandang tempat lain, senyum aku segaris lebar 10 cm sah dia tak nampak..bukan tu fitnah ke kat aku? Huii..malas nak layan.

Point no 7 tu, memang betul rasanya. Mana taknya, sumber pendapatan sendiri dah tentu tak ada kalau memang mengharap duit cik abang sorang jer. Kalau kerja, ada duit sendiri, tershopping benda benda bidaah pun tak per, sebab duit sendiri. Cik abang pun sure no komen. Kerja suri rumah banyak tau, start celik mata, basic thing prepare breakfast. Buat kerja laundry, housechores lain lagi. Kalau ada anak sekolah, pagi dan petang lagi lah. Mana nak arrange transport diorang lagi , transit sekolah lagi. Karang nak check kerja sekolah anak lagi. Masak untuk lunch, masak untuk dinner lagi. Yang ada maid tu, citer nya bukan di sini yer.
Kadang-kadang aku cuti kat umah jaga budak sakit kat umah memang letih lah. Karang baju kering, nak lipat dan kemas. Nak masak lagi, sayang sangat kat hubby, mesti nak masak lauk 2-3 jenis. Haila..belum lagi ni aku berenti kerja jadi suri rumah full time, membayangkan nya pun dah stress.

Sopie dah nak pegi tadika..riisau ngeee!!

Risau jugak Sopie tahun depan dah nak kena masuk tadika sebab dah 5 tahun.
Tapi perangai tak macam 5 tahun pun, entah aku pun tak pasti apa selayaknya budak 5 tahun berperangai.
Tanya kat en hubby, en hubby boleh pulak buat lawak tanya Sopie besar karang nak jadi apa..
Maksud dia, kalau nak jadi programmer IT ke , dia nak hantar Sopie ke kelas2 yang related to benda tu saja. Tapi, masalahnya sistem pendidikan kat Malaysia bukan macam tue. Macam pernah kawan aku bebel sebab dia tak suka fizik, penat kemain ukur had laju troli turun, tapi in reality nya nanti bukan dia nak buat benda tu pun nanti bila dah kerja.

Sekarang nie, sejak umur 3 tahun kat nurseri tu Sopie dah diberi pendedahan belajar dalam kelas. Setakat mengenal nombor dan menyebut nombor dalam BI dan malay tu lepas lah. Tapi, huruf tak berapa kenal lah.Tahu sebut jer. Tengok dia lebih interest dengan nombor. Menghafal surah fatihah, bacaan dalam sembahyang pun dah boleh. Ni lah salah satu kelebihan hantar ke nurseri , tapi dia pemalu sikit lah. Nak buat cam ne, mak dia pun kecik kecik ada gen pemalu , ayah dia pun ada gen pemalu. Tercombine jer, otomatik anak pun malu malu pulak. Kalau harap aku nak mengajar kat rumah, tidak lah sempat. Malam hari lepas main dengan adik, dia pun dah letih, terus nak tido. Mana nak belajarnya.

Kebanyakan parents memang awal-awal dah hantar anak-anak ke tadika pada usia 5 tahun. Sekurang-kurangnya diorang boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan nanti. Pada usia nie, cikgu cikgi kat tadika boleh kenal pasti tahap perkembangan pelajaran budak kat mana. Kalau nampak, masih lemah, pada usia 6 tahun nanti, cikgu-cikgi boleh concentrate untuk bebudaks macam nie. Aku pun tak pasti apa sylabus pelajaran budak-budak tadika. Seingat aku, zaman aku 20 tahun nan lalu tu, time tadika cuma nak kenal huruf jer. Darjah 1 baru start mengeja.

Sistem sekarang sure jauh beza dengan sistem pembelajaran dahulu. Entah-entah tadika 6 tahun tu bebudaks dah wajib kenal nombor dan mengeja sekali. Entah-entah kena tahu basic math +- ker. Nampaknye , kena jugak lah aku survey sylabus pelajaran budak-budak nie. Tambah-tambah hidup pulak kat kota ni, persaingan anak-anak memang tinggi . Bukan lagi environment kampung-kampung. Darjah 6 baru kenal maksud kelas tambahan atau tuisyen. Aku pernah dengar kawan aku citer anak dia darjah 1 pun dah pergi tuisyen. Aiyoo! Amma! Appa! Tertekan nye dengar, walhal kita kecik dulu, darjah 1 tu lah paling best pergi sekolah, tahu tunggu time rehat nak main kejar-kejar dan menyonteng buku. Darjah 1 nak tuisyen mende ek?

Ni aku copy dari search google pasal aktivit harian sesuai untuk anak usia 3-4 tahun
1. menggunakan krayon dan membuat ‘puzzle’.


2. Biarkan kanak-kanak bermain pasir di dalam baldi. Berikan mereka penyedok, bekas kek, corong dan lain-lain alatan untuk bermain dengan pasir.


3. Buatkan buih sabun. Campurkan ½ cawan sabun pencuci pinggan cecair dengan ½ liter air. Biarkan kanak-kanak meniup buih dengan menggunakan bekas plastik “vitagen” yang dipotong bahagian bawah. Straw juga boleh digunakan. Biarkan juga kanak-kanak mencuci pinggan mangkuk.


4. Mereka juga gemar bermain dengan blok dan “lego”. Pastikan saiz mainan tidak membahayakan.


5. Lubangkan bawah bekas marjerin plastik. Biarkan anak-anak masukkan air dan melihat air menitis keluar perlahan-lahan.


6. Mereka amat suka melakonkan aksi. Dari sini mereka akan belajar berkongsi dan mengembangkan keupayaan berimaginasi. Wujudkan satu sudut di satu penjuru bilik untuk aktiviti ini seperti satu warong aiskrim, sekolah, balai polis dan sebagainya. Buat seperti anda tidak memerhati mereka. Lagak mereka pasti akan mencuitkan hati.

Aktiviti 1 , 4 dan 5 belum pernah Sopie try buat lagi. Yang selalu adalah aktiviti 6 tu, melakonkan aksi cikgu cikgi dia kat nurseri tu menidurkan budak-budak nie.




Aku dan koleksi Ma Lee Chuswan

Tak sedar pun selama nie aku pernah baca novel karya Ma Lee Chuswan seperti Lamaran Kedua, Permata Hati dan terbaru Gelora. Novel lain seperti Tirai Impian dan Selamat Tinggal Sayang masih dalam pencarian aku. Rupanya ada jugak sesetengah pembaca sanggup photostat novel-novel nie dan jual photocopy sama harga macam novel asal dan kadang-kala double-triple harganya. Tak patut!

gambar dari inche google
Lamaran kedua masih dalam simpanan aku. Entah novel sapa nie, tertukar dengan budak-budak Kolej KTP dulu rasanya. Sapa pun tak claim, aku simpan jer. Permata Hati aku jumpe kat kedai novel terpakai iaitu Novel Hut kat Sri Muda. Kedai nie bersebelahan Mydin Mart. Lepas bershopping situ, singgah kejap sebab en hubby mencari bahan rujukan untuk hiasan dalaman rumah. Tak sangka terjumpa Permata Hati kat kedai nie. Dapat lah murah beli , tapi buku ori ok.

Pergi kat ruangan forum lepas aku search pasal Ma Lee Chuswan ni, aku dapat info salah satu novel beliau akan diterbitkan semula iaitu Gelora, diterbitkan semula, bukan ulang cetak yer. Tapi, novel Selamat Tinggal Sayang terbitan Creative Enterprise akan di ulang cetak.

Lawatan tak rasmi aku ke MPH Alamanda sabtu yang lalu telah menemukan aku dengan novel Gelora terbitan Kaki Novel ni.Baru bercadang nak beli baju, dah tergoda habiskan duit tu beli novel.

Search pulak pasal novel Selamat Tinggal Sayang, memang betul novel tu diterbitkan semula oleh Creative Entreprise S/B. Pergi website , dapat lah order online jer Isnin baru nie. Ni dah Rabu, belum kunjung tiba lagi novel STS tu, lastly aku call juga office nye kat Bangsar tu..Mana tahu tak de stok ker, penat aku tunggu bak tunggu kucing catwalk bertanduk..Diorang cakap hari ni diorang akan pos..Lega dengar..Esok lusa sampai lah tu..

Aku suka jugak gaya penulisan novel MLC nie. Pendek kata, memang dekat lah dengan perasaan dan jiwa wanita kita. Aku perasan Permata Hati, Lamaran Kedua dan Gelora masih lagi asli dengan tema wanita memerlukan kepercayaan dan kejujuran dari pasangannya. Dan cemburu buta itu bisa menghancurkan hubungan. Aku confident jugak lah STS pun begitu jugak rencahnya nanti.

Die hard fan nie, siap aku add dia dekat FB. Yang best tu, dia approve tu. Best ! Best ! Memang terbukti MLC ni perempuan. Sebab ada yang kata dia ni lelaki lah, asal dari Thai lah sebab namanya yang peliks sikit tue. Dia asal dari Kelantan sebenarnya. Kalau sesiapa beli novel Gelora 2011 akan dapat lihat bio MLC kat page belakang.

hari ke 5

Alhamdulillah, syukran..hari ni qada puasa hari ke 5, Insya'allah.
Seronok jugak puasa ganti last minute ni, sebab Ramadhan pun semakin menghampiri.
Ni pun, dah start berangan menu berbuka petang karang. Selalu, buat menu simple jer. Ada sejenis lauk, sejenis sayur, jadilah. Nak grand livina, kena tunggu weekend lah. Sebab weekedays ,masa memasak tu terhad. Total puasa nak diganti sebenarnya 7 hari. Kalau boleh nak settlekan minggu ni jugak.

Hari pertama ganti puasa (Isnin minggu lepas), menunya simple. Kebetulan, buat ikan bakar petang ahad tu, so balance ikan simpan dan jadi menu berbuka hari Isnin tu dengan ulam selom dan kacang botor, air asam dan sambal ikan keli. Yang best tu, berbuka dengan teh tarik buat sendiri.

Hari kedua, Selasa -Menunya pun ala kadar, sambal sotong, telur mata dan sayur campur goreng. Menu wajib teh tarik.

Hari ketiga , Rabu - Daging goreng hitam & pulut durian. Pulut dimakan bersama durian, letak sikit santan dan gula. Memang sedap lah. Kebetulan hari ni last puasa sebab nak travel ke PD Khamis & Jumaat. Tak lupa teh tarik home made kita.

Hari keempat, Isnin - Semalam macam lembik sikit. Bercerita pasal sardin dengan ofismate. Balik tu, memang sambar sardin lah. Menu lain adalah buncis goreng dengan udang. Tak lupa telur mata. Minum kopi tarik pulak.

Hari kelima - Hari ni lah. Memula ingat nak buat tomyam ayam atau sup sayur. Tapi buat ayam kurma pun sedap jugak hari ni. So, berbuka nanti jumpa ayam kurma lah nampaknya dan sayur campur goreng. Buat telur dadar pun best jugak nie.

Gambar ihsan encik google

19.7.11

Air Asia & Fire Fly murah lagi..

Macam entry ke belakang pulak..rasa promotion RM3 Air Asia dah start minggu lepas. Minggu ni pulak dah start fire fly RM 9 promotion. Tapi, kedua dua promotion tak bermakna bagiku, sebab tak tahu bila free(aku free semedang, en hubby jer selalu tak free. Kena ikut jadual waktu boss aka en hubby, dia free baru boleh bercuti..time tu kot kebetulan bin ajaib ada tiket kapal terbang murah, boleh lah nak terbang jauuuuuh sikit. Pi Langkawi ke, atau ke Sabah Sarawak.

15.7.11

my 1st time : Port Dickson

Pertama kali aku jejak ke bumi Port Dickson, Negeri Sembilan.
Daerah lain, pernah lah aku sampai macam Jelai, Seremban..PD ni kira 1st time lah.
Perginya hari khamis lepas , Jumaat berikutnya kembali ke Shah Alam dah.
Nie pun rancangnya malam Selasa, hari Rabu booking penginapan dari miss agoda dan apply cuti aku.

pemandangan dari bilik

14.7.11

Away 2 PD 2 Dys

Esok petang dah balik sini sebab en hubby ada bowling tournament pulak kat Alamanda sabtu nie

11.7.11

Julai oh Julai

Sedar sedar dah 11 hb Julai hari ni, Isnin.
Aku puasa qada hari ni dan 6 hari seterusnya. Kebetulan bulan Syaaban dah nie.
Nak puasa straight ke?
Kenalah sebab kalau aku tak pregnant, minggu last Julai ni
aku dah tak boleh puasa..Huhuhu
Pendek kata awal puasa dah kantoi 1-2 hari tak puasa kalau hormon aku stabil
Parah betul nampak gayanya..
Makna hujung puasa pun kantoi lagi..
Boleh lah, puasa lagi Selasa, Khamis dan Jumaat.

Lebih kurang 3 minggu lagi muncullah Ramadhan Al-Mubarak pulak.
Pagi ni terjah opis lambat, 8.49 pagi. Lewat 19 minit tu.
Sampai jer kat cubicle, terus wat filing..sampai ke lunch ni masih edisi filing sambil surfing internet.
Sambil layan lagu jantan dari OneRepublic - Secrets
Rewind lah sesuka hati ku.
Masa check kalendar, perasan akan tarikh 15 Julai .
15 Julai ni hari lahir encik hubby ke 32 kalinya
Apa nak bagi ek? Balik-balik kemeja sebab pakcik ni malas beli
Tahun lepas je tak kasi hadiah, bagi kek birthday, pandan flavour..
Alih-alih Sopie yang excited tiup lilinnya..
Memandangkan aku pun lahir bulan Julai jugak
Baik aku dan si dia saling meraikan, means keluar duit sama-sama lah..
Apa nak buat yer?
Keluar santai berdua?
Bercuti?

10.7.11

Sudut Mata : 5 Tahun 5 Bulan

Karya dari Hlovate, novel kedua tulisan yang aku beli selepas aA+bB. Susah payah nie cari kat kedai buku kat Jalan Tuaku Abdul Rahman. Ku abaikan lambaian kain-kain ela dan tudung semata-mata mengejarkan novel nie. Selain 5 tahun 5 bulan, ada Versus, Rooftop Rant, Tunas kat kedai buku tue. Aku ambik jer 5 tahun 5 bulan nie dan Contengan Jalanan. 5 tahun 5 bulan nie sebenarnya terbit dah lama pada tahun 2007 sementara Contengan Jalanan novel terbaru Hlovate tahun nie.


6.7.11

Hijrah

Contengan Jalanan..dari novel karya Hlovate

Memang susah nak berubah ke arah kebaikan. Bila nak berubah, ada saja halangan.
Kekadang, satu perubahan memungkinkan satu pengorbanan.
Pengorbanan itu kepedihan, keperitan..namun hasilnya kebatilan, kebenaran!

Sudut Mata : Novel Bisik-Bisik Gelora

Novel karya terbaru dari penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari bertajuk Bisik-Bisik Gelora pada tahun 2011 ini dari penerbit Buku Prima, kaum kerabat grup Karangkraf jugak.


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Petikan di atas adalah sinopsis dari belakang novel. Sambungan di dalam novel seterusnya..