Stalkers


Yang kesah

10.5.11

kasih yang suci VS nora elena

Semakin galak penerbit-penerbit drama mahupun filem menterjemahkan novel ke layar perak.
Selepas Ombak Rindu, terbaru, novel bertajuk Kasih Yang Suci telah diterbitkan oleh Asia Media Content ke kaca tv dengan tajuk Nora Elena..
Sudah mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 jam 7.00 - 8.000 malam. Nora Elena adalah watak utama di dalam novel Kasih Yang Suci di samping watak Seth Tan..(bunyi cam Setan pulak).





So, CW pun sudah start layan ini drama..Sekarang, tercari-cari pulak versi novel. Kena menyemak kat kedai buku berhampiran ni.

Serba sedikit tentang novel, novel di tulis pada tahun 2007 oleh Meen Zulaikha. Sedikit sinopsis ringkas mengenai novel ini dari web Alaf 21:-

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?


para pelakon drama Nora Elena
Versi drama, watak heroin Nora Elena di lakonkan oleh pelakon yang semakin meningkat iaitu Siti Saleha dan watak Seth Tan pulak di bawakan oleh Aaron Aziz.
Episod pertama semalam, mengisahkan Nora Elena yang berdebar-debar ingin menempuh alam perkahwinan yang bakal menjelang dalam masa 3 minggu lagi, bersama tunangnya, Saiful Idham. Saiful Idham (lakonan Zul Ariffin) pula dalam masa yang sama agak tertekan antara bebanan kerjanya kerana bakal dinaikkan pangkat oleh boss syarikatnya bernama Seth Tan dan persiapan perkahwinan.
Kejadian di cafe pula telah menemukan Seth Tan dan Nora Elena. Nora Elena pula nampaknya semakin tertekan kerana laporan artikel di sebuah akhbar berkenaan kes rogol dan lepas tu..

bersambung..Tunggu lah episod ke 2 atau kite serbu jer kedai buku cari novel ni.

3 ulasan:

fisa othman berkata...

fisa dh baca Novel ni...;)
hope ada kelainan sikit dalam bentuk drama ni...

Cik puan Sue ^_^ berkata...

aku tengah mengkhatam buku ni...jangan baca dulu lah..plot dia lari banyak gak...nanti hang kuciwa..tapi 2-2 version best! sebab hero dia aron aziz! kalau bagi org len agak kureng sket kot..haha

Ctwawa berkata...

@ Puan Sue, yer la plot lari banyak...so teruja now nak tunggu drama..