Ini adalah novel karya ma lee chuswan yang diterbitkan semula dengan penambahbaikan oleh akak MLC. Diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise, novel setebal 338 muka surat nie memang sekelipan mata sahaja dapat aku habiskan.
Adam, anak pungut atau anak angkat Dato Mustaffa berjaya menjawat jawatan tertinggi di syarikat sedangkan Mila, anak kandung Dato Mustaffa berkelulusan ijazah dari luar negara hanya diberikan jawatan eksekutif sahaja.
Perkara tersebut menambah kebenciannya terhadap Adam. Malahan semakin bertambah apabila mengenangkan bagaimana dia dipisahkan oleh Adam dari papanya dahulu. Dalam diam Adam sebenarnya menaruh hati terhadap Mila.
Namun, akhirnya mereka diijabkabulkan juga akhirnya. Benci dan dendam mengatasi rasa kasih sayangnya kepada Adam. Adam akhirnya membawa diri, merajuk kerana disalah anggap oleh Mila. Setelah pemergian Adam, papanya pula pergi menghadap Illahi. Rentetan itu, syarikat yang dulu kukuh dibawah kemudi Adam, bertukar hancur di tangan Mila. Di saat itu, Mila sedar dia perlukan bimbingan dan kasih Adam.
Adakah Adam akan kembali? Mampukah Adam memaafkan kesilapan Mila?
Dapatkan dan ketahui sendiri kisah akhirnya..Tak rugi membelinya. Baru RM 17.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan