Stalkers


Yang kesah

31.10.13

Semalam di Sungkai

Lepas maghrib Isnin tu kami turun ke Felda Trolak Timur, pakcik aku meninggal dunia petang tu kat hospital Slim sebab jangkitan kuman dalam paru paru. Dalam 10.30 kami dah sampai. Short trip aje.


Kenit aku lah seronok duk main pintu..pastu terjah masuk ke ruang mayat tu. Naik syeikh yer sejak mendapat kaki ni. 



Ni pukul 1 pagi punya story..dah lapor pulak masa on the way balik. Semua dah weng dalam kepala..


Dadah ordered by en dol. Subuh zirafah kot, tak lah aku sibuk nak fefeelin awet muda pulak nak minum teh..

Tengku lah fefeelin kata minum teh nak awet muda! Walhal kat opis dulu dia aje duk bancuh milo! Haha..ni kesah lain okay!

Pak sedara yang meninggal ni umur pon dah 60++. Ni abang to arwah abah aku. Abah aku dah 60 this year. Cepat aje berlalu 8 tahun itu. Dengan uncle ni, aku tak de lah rapat. Uncle ni sangat pendiam, sama macam abah aku dulu. Uncle ni just admit to hospital 2 hari sebab asalnya kes demam biasa aje. Entah lah, dah tertulis macam tu kan. Sakit 2 hari aje, meninggal tetiba. Itu betul akan tetasa kehilangan tu. 

Ni pon pestime lah datang ke kawasan felda ni, kawasan orang kaya..getah dan sawit tanaman sekeliling. Itu aku duk berasa macam ada bau bau asam jawa ..en dol kata tu bau pokok getah. Tak tahu lah..ke bau tikar yang aku duduk tu ke, pon tak pasti lah. 

Pukul 3 pagi sampai rumah..Walhal nya serata alam aku sms mau EL. Mai jer la opis ..buat buat isi masa..since dah ada kat  Shah Alam. Bukan aku driving pon. Permit mengkubur pon tak kuar lagi, kene gigih lah masuk opis. Cuti pon dah abis. Tak pe, no hal mai kerja..Tunggu kaya sikit la baru kita ponteng ponteng. Hehe..Alamak, berdebor nak tunggu bulan 11 lah..



26.10.13

Update Hari ke 6 dan ke 7

Dah nak masuk seminggu kerja kerja renovation berjalan. Mujur tak mengganggu rutin harian.

Sepanjang kerja mereka, omak aku lah merangkap jadi mandur kat rumah. Tak de
lah en dol cuti tunggu diorang buat kerja.

Hari ke 6- Khamis.


Rupa sambungan rangka asal (kayu) dan sambungan baru guna aluminium. Murah dqn Anai anai konpem tak leh ngap!



Syiling dah start dipasang. Cuma 1 bahagian bilik aje sempat pasang dulu.

Update hari ke 7- Jumaat.


Turn pasang tingkap pulak.



Pasang syiling kat laundry area sampai settle.

4 orang punya kerja, itu cargas progressnye. Tapi bukan renovate luas mana pon, hatta sekangkang anak kera jer ada. Of cos lah laju. Last touch up maybe slow pas ni, sebab maybe Wak buat sorang.

Wak ni specialize nye dalam pemasangan tiles. Dia jugak pasang tiles kat carpoch dan buat table top kat rumah ni sebelum ni.

Hari ni dia pergi beli tiles. En Dol nak join jugak memilih tiles tapi lastly suruh je Wak bawak sample. Nak tiles kaler ala ala mendakan merah bata itu. Jenis kasar.

This round nak buat lantai corak ala ala english katanya. Hahaha..taste laki aku tu. Acaner jadi nye nanti tak tahu lah.

Jangan jadi colum deepavali sudah!!

- Posted using my iPhone -

23.10.13

Konvo Sopie

Sebulan bayor 75hengget aje, nah anak aku dah selamat konvo!

Sape punya idealah siap ada scroll bagai..tapi aku tak menahan nengok jubah nye.


Sape designer nye? Aci rentas balik jahit line tu, bior lah plain aje tak pe. Ni gambor buah buahan pulak dah. Sekolah agro ke ape? Aci ilmiah sikit gambo nye. Letak lah simbol buku ke..plain jer la senang!

Graduation day nye 10/11 depan. Kemain gitu..pekse pon lom abis. Esok ape subjek ntah. Sempat aku neman buat revision math aje. Paper semalam.

- Posted using my iPhone -

Projek Hari 3,4 & 5

Orang reno umah selalunya sebelum raya. Tapi terdekat ni Mak Ana yang nak raya. Apekah??? Stress bile mengenang peel Mak Ana!

So far projek berjalan lancar aje. Cuaca pon memahami. Kalau hujan, ala direnjis renjis aje.

Perkembangan selama beberapa hari ni.

Hari ke 3 - Isnin

Hujan renyai di sebelah pagi. Wak & da gang mai lewat. Sedap lah tu tido time ujan..Tengah hari, panas sikit. Diorang settlekan ikat dinding bata dan buat rangka tingkap.

Selebihnye Wak tu kuar beli barang. Serah kat dia aje beli barang. Tak de lah laki aku terkinja nak beli barang sendiri. Kang ober slip lagi nanti.




Rasa terlebar pulak tingkap itu. Senang presiden dan ahli nak bermesyuarat tingkap nanti motifnye..

Hari ke 4 - Selasa.
Start kerja kerja pecahkan syilling kat area yang nak extend ni. Terang benderang jadi nye. Cuak jugak, kot hujan ke beserta angin lintang tempias pula. Tapi nasib tak de hujan. Awning pon dah cabut letak tepi. Ada jiran berkenan nak beli. Tapi tu lah, bisanya mau di transfer ke umah yang sana..

Hari ke 5 - Rabu

Rangka aluminium untuk extend bumbung dah dipasang instead pakai kayu. Kayu pon mahal. Atap genting pon dah susun elok. Belah tepi je belum diperkemas lagi.
Aku ingat awal bulan dah siap kot projek ni. Dan lah beraya. Wakakaka. Boleh la berawal muharam.

Tapi de 1 projek lagi.








Projek naikkan tembok tengah itu. Pindahkan meter air ke tepi. Aku lobi gak lah suruh en dol tiles abis semua porch. Nampak standardize sikit fefeelin. Tapi en dol nak jugak bela rumput karpet.




Pemandangan asli.

Wak quote both projek ni 10K. Extend tu aje 8K++. Selebihnye, bayar untuk mendirikan tembok tu, pecahkan tembok belakang, alih meter air dan mampuskan sawit tu.

Macam boleh mintak kurang lagi, tapi tak best lah dah awal awal setuju kan. Lagipon bahan rumah ni memang duk naik aje. Lagi di musim musim minyak naik ni. Celah mana nak caras mintak kurang lagi, tak tahu lah!

Wiring, buat gate dan grill belum quote lagi..busuk busuk mau 5K gak tu.

Mujur gak la de arkib negara kat bursa leh jual sekarang. Untung cipot pon cipot lah..5 tahun terpenjara, sila lah berjasa kepada sang tuan sekarang ni kan..

Aku nye khazanah yang always rights tu apa aku nak beli ekkk??

- Posted using my iPhone -

21.10.13

Happy Birthday Kenit Yg Pertama

Esok adalah ulangtahun pertama dak kenit 22/10..Sama bulan dengan Papa. Papa dapat jam ada gps lagi. Macam nak masuk treaser hunt kan Pa!

Untuk dak kenit, ibu presentkan seketul kek..

Ape??? Nak seketul Pandora? Ibu pun tak de Pandora okayy.. Panadol berketul ketul ada la!


Angkatan Pandoraemon posing sambil membakor..BBQ lagi. Tobat, muak aku dah bbq ni.


Kul 9 malam dah tiup lilin, tak tunggu tunggu dah kazen yang lain..Abes, dak kenit pon mata dah ngantuk.

Semoga dak kenit sihat sejahtera, tak menyusah ibu bapa kaum keluarga dan semoga hidup dak kenit dirahmati Allah selalu.

Aminnn..

- Posted using my iPhone -

20.10.13

Projek Hujung Tahun Part 1

Sketch proposal.



Progress- Hari pertama.



Progress- Hari Kedua.


Aduh, slim lengan ni hari. Macam Norish Karman pulak dah, kena basuh baju guna tangan..


- Posted using my iPhone -

18.10.13

Terjebak Sudah




Kalau start terjebak..susah!

Dah settle baca 28 bab thru online reading. Hurmm..gigih tu dah sampai bab 76. Ada 2-3 bab lagi nak abis. Tapi, esok jer la sambung baca. Sambil baca, si kenit yang tak mo lelap membebel sorang sorang. Konpem cepat bercakap ni!

Novel ni kalau terjemah ke filem, ala ala filem Nur Kasih gitu. Ms Evelyn dah habaq dah, watak Syed Haydar fizikaly nye seperti sm faliq okay kerabat Naza itu. Fuhh, so imagine mat faliq jer la as haydar ni.

Novel die lagi 1 The Wedding Breaker akan di adaptasi ke drama, welll...yang tu pon best! Online dah abis baca, tapi nak sangat tahu ending kisah haydar tu, gigih beli yang ni dulu.

Novel always last with happy ending! Sebab tu aku suke baca novel..Walau hakikat nye donia realiti, kita sahaja melaluinya dengan aku rasa sangat subjektif lagi complicated.

Tapi kalau campak Ujang dengan novel, aku baca Ujang dulu. Laughter is the best medicine. Ha ha ha!

Fuh, giler lama tak baca majalah Ujang. Idup lagi ke?

- Posted using my iPhone -

16.10.13

Speda untuk Kenit

En Dol dengan bebudak gigih terjah Tesco malam hari. Beli speda tuk kenit. Yang tak kenit pon gaduh gaduh nak naik!


Semua speda yang lama , ada 2 dah patah dan ada 3 dah transfer ke jalan kebun. So , ada sebab lah belikan speda baru.


Yang pink ni letak kat luar aje. Baru je last week belikan pam. Bukan tayar mati, leceh menjaga. Ada yg tayar mati tu, dah patah 2. Kelakuan bebudak ni lah jugak. Si Kurus tu tangan nye kuat, kejap aje benda benda mainan rosak!

Lagi 2 duk lam umah. Buat leka leka kalau duk lam umah. Tu kemain de budak fefeeling surfing bagai di atas gelora.

Yang ijo adik aku ambik dari kilang dia. Beli seploh hengget. benda rosak dah pon. Putih tu ok jugak, doploh..jauh mai nye dari Rengit. Merasa lah fefeelin branded piser price katanya.



Speda roda tiga ni sesuai lah dengan ketinggian kenit yang rendang. Tapi lengan lenguh lah..lastly dia sangkut mulut dia kat hon.





Kayuh tak pandai, aci tolak dengan kaki aje. Berjalan takat 3-4 langkah boleh dah. Janji kena de orang sambut die. Minggu depan dah setahun.

Copek aje masa berlalu! Buncit perut omak kau pon lom surut lagi..dah nak berlari pulak die lepas ni.

- Posted using my iPhone

15.10.13

Selamat hari raya aidiladha

Syukur, banyak makanan lam umah aku hari ni.

Nasi briyani, nasi putih, sup tulang, daging masak kicap, ketupat, rendang, laksa dan spagetti. Yang aku masak briyani dan spagetti aje..lain lain tu dari jiran tetangga bagi dan lauk kenduri qurban tengah hari tadi.

Bertingkek tingkek la lelemak perut ini.

SIL aku berjalan ke rumah ni pagi tadi. Ingatkan lepas maghrib tadi nak singgah umah die tapi si kenit dah mengantuk.

Sok de potluck raya haji. Idok le nak sembelih daging..makan ringan ringan aje.

Selamat Hari Raya Semua!

- Posted using my iPhone -

Location:Jalan Rezab Buang,Klang,Malaysia

14.10.13

Bibik Q

Kena ada bibik hidup kan api, jaga api baru lah boleh have fun bbq time.

Nah bibik yang bercuti sabtu malam tu..terima kasih to bibiq yang keluar modal dan jagakan api. Ngidup api aje setengah jam. Pro dari en dol lah. En Dol first time hidup api pon mau sejam. Tapi dah idup..cepat aje masak nye.


Lengang kejiranan aku..memasing balik kampung. Boleh grill dan panggang kat depan rumah.



Buat 2 jenis - kepak ayam dan lamb. Pukul 6 petang tu gigih dah memerap dengan kisaran bawang putih,bawang beso,halia dan bbq sos.

Sementara nak tunggu lepas Maghrib start, aku panggang dulu dalam oven. Tak menyabo gitu. Kurang juicy lah masuk oven sebab air dan lemak dia kuar.



Antara tetamu yang diundang. Bolehlah merasa sorang sikit..muak lah makan banyak banyak.



Bebudak pon suke dapat main dengan kazen, walhalnya bebudak tu masing masing dah ngantuk.




Sesuai pulak cuaca pon sejuk sejuk. Sesuai menggril di waktu malam. Next round leh ratah ikan bakar pulak..janji de orang jagakan api..ON aje makan makan.

- Posted using my iPhone -

12.10.13

Jumaat..peNING!

PeNING ya! Tengah hari buta kena turun ke pusat bandar.

Bapak punya kerja lah ni. Siap mintak ijin dengan bapak tau mau claim teksi. Tak kose lah nak naik komuter. Demand gitu..

Mintak ijin big boss ajak Mak Mayra neman..takut, nanti sesat lupa balik opis kalau pergi sensorang! Motip sesat tu kenapa??



Barai!! Aku buat pendaftaran majikan untuk kompeni bapak dengan epf. Mujur branch Bandar ni bukak dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Rehat pon diorang buka.

No. ni sesudah settle buat pendaftaran. Nak kena buat bayaran caruman pulak. Since last day payment adalah 15hb. Fuhhh..150 lebih kat depan aku..Nak tak nak tunggu jer la. Isnin ni dah lah kompeni cuti..Jangan aku bertugas di hari cuti pulak.

Settle kat sini, sempat la seround kat Sogo. Ada sale untuk ladies. Mak Mayra yang stunNING hari tu banyak bershopping! Aku pon kait kait pastu campak balik..Nyaris lupa diri! Walhal baru rabu tadi berpeleseran di sini.


Mak Mayra nan StunNING sejak dari pagi pagi lagi dah interprem dengan perfume bini bos.

Jumaat tu memang NING day lah! Pagi kecoh pasal perfume bini nye. Mak Ana lah, agak agak lah kalau nak ekon big boss iteww.

Macam mana pon, ngeh ngeh dapat tiket konsert pree ke konsert NING bulan depan. Boleh heret laki sekali la.. Tapi tu lah, en dol tanak pergi. Aku pon tak pergi lah kot..ntah, macam tak minat jugak! Tak tahu lah kalau de last minute arrangement.


- Posted using my iPhone -

10.10.13

Kedai Abe Takuya

Jalan jalan cari makan kat opis ni hari kami pergi ke kedai abe takuya di Teppanyaki Mid Valley.




Ahahaha pakcik kepada takuya kimura je kot dia ni. Tang hidung, roman roman badan ada sikit lah persis mamat jepang.




Chef duk menyedia teppanyaki ayam. Selain ayam ada udang, sotong, beef dan lain lain aku tak ingat.

Yang menarik, ada style tau chef ni masa duk menggoreng tu. Gamaknya bosan kan hari hari masak mende yg sama, bukan macam kita kita..serius aje ngadap kuali. Chef siap joget gangnam style.

Tengok..kusyuk kak ton menengok!




Serius memasing macam duk dalam seminar ekonomi dunia. Pasni kak ton buat aerobik sambil bersudip depan kuali..




Di hidang dengan sayur mayur goreng dan nasi putih. Ok lah harganya, baru RM9.90.
Green tea panas RM1.20. Tax 10%.

Kecehik time pulak!




Cakk!!




Alhamdulillah, kenyang perut. Geli geli sikit perut terkena ekor taugeh. Tak pe, kita hilangkan geli dengan mintak refill kan green tea tu lagi. FOC katanye!

Next time boleh try mi soup nye. Macam best je nengok tadi..merah merah delima kaler udangnye. Fuji Ice - ais kacang nya pon menarik.

Semua menarik lah, makan punya pasal!

- Posted using my iPhone -

8.10.13

Nak Pi Interview

Awal aku tido malam ni.

Siang tadi mengantuk nye lah amat. 2 round aku belasah teh tarik punya nak bagi cerah bijik mata.

Mengantuk pon gigih ngadap pc buat report si Mak Ana. Settle satu mende, mai satu kerja lagi. Buat kerja untuk orang dalam pon tak siap siap, mai pulak si botak mencuri waktu..

Rabu ni aku nak escape dari bekerja..Atau secara direct to the point, aku nak pi cuti lah.

Sehari je pon! Nak gi interview..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak de sebab orang nak panggil aku gi interview, melainkan aku yang interview orang..

"bhai,tudung ni berapa ringgit? Tak boleh kurang lagi ka?"

Ahahaha..sungguh sengal kan!

- Posted using my iPhone

5.10.13

Earning Nuffnang Terbaru

Sambil jadi blogger ni fefeelin lah boleh masuk duit sekali. Jangan pikior aku syok sendiri je buat blog, ni sesambil buat duit jugak lah tapi idok lah tahap serius bebenor lagi.

Itu gigih aku update blog selalu sejak 2009 kot. Tapi tu lah keyword tu kena tepat, so that ramai akan datang berkunjung ke sini.


Antara entry yg banyak orang tengok. Boleh lah jadi guideline aku nak berblog.

Semalam check web nuffnang. Mau tengok berapa juta duit aku dah terkumpul..Hahahaha..juta lah sangatttt.

Sebelum ni, duk ada dalam 4 hengget 25 sen. Minimum nak keluarkan hasil mesti ada at least lima ploh hengget. Zaman bila lah nak dapat lima ploh hengget ni? 2020? Ada penama tak ni, kot aku tak sempat merasa hasil ni..bagi pewaris merasakan hasil..


Naik 75 sen!

Kalau lah ni harga open share right issue aku beli tu..

Okay! bior aku berangan sekejap..

- Posted using my iPhone -

Budak Baru Nak Berjalan

Inilah aksi budak yang rajin berlatih berjalan.


Gambo 1:
Jeng! Jeng! Saya nampak sesuatu..

Gambo 2:
Alamak..pampes saya berat lah.

Gambo 3:
Hiyah..kuatkan kuda kuda!

Gambo 4:
Dari kiri, cepat jalan!

Gambo 5:
Ibu..cebokkan saya!

Tak baca novel okay sekarang ni..kita baca komik pulak, bukan..kita tengok graf kat bursa..sila bertingkek tingkek yer! 





3.10.13

Ribut Semalam

Ribut sikit semalam..macam nak runtuh cubicle kami punya insan itu mempropa kesakitan diri. Tak habis kat situ, sambung kat bawah tanah semalam, sambil nunggu tren. Mujur tanah tak runtuh semalam. Kalau tak korban nyawa dan jiwa lara..

Ribut ni nampaknya bersifat bahaya..beberapa kerosakan tisu badan telah di kenal pasti.

Di peringkat midimalis, wujud kerosakan pada tisu lembut dalam telinga. Mungkin mengalami kecederaan akibat ketirisan taik telinga yang menapis pelbagai info pendengaran.

Senaman untuk otot perut kena praktis sokmo, elakkan muntah ijo di kemudian hari. Pakar ENT boleh dirujuk andai ada reaksi berturutan, lepas mendengar rasa mau muntah. Tahap kritikal adalah bila bahagian kepala rasa sakit atau pening.

Last but not least, perkasakan diri dengan ilmu halimunan bila diperdengar kisah fiksyen dan dokumentari biawak 40 tahun ke atas. Amaran kepada pesakit jantung dan pesakit asma!

Pesanan Untuk Diri Sendiri- Layannn..kalau kau suka drama, kami ada drama juga bah!! Ekekeke, sabahan terus jadi nya


- Posted using my iPhone -

2.10.13

Drama Sangat!!

Ya Allah..

Semoga yang sakit dada tu mudah mudahan di beri MC selama 2 hari. Lebih pon tak pe..Hospitalize 60 hari terus lah senang!

Letih lah menengok drama drama. Macam melanggan Astro pulak. Pilih nak drama apa.

Drama stok stok Orang Kaya Korang Hado???

Puiiii!!!

Bila lah nak part Tanah Kubur ke. Bior time nazak tu, aku jadi Tok Adi menggali lubang.

Ahahahaha..


- Posted using my iPhone -