Stalkers


Yang kesah

23.10.13

Projek Hari 3,4 & 5

Orang reno umah selalunya sebelum raya. Tapi terdekat ni Mak Ana yang nak raya. Apekah??? Stress bile mengenang peel Mak Ana!

So far projek berjalan lancar aje. Cuaca pon memahami. Kalau hujan, ala direnjis renjis aje.

Perkembangan selama beberapa hari ni.

Hari ke 3 - Isnin

Hujan renyai di sebelah pagi. Wak & da gang mai lewat. Sedap lah tu tido time ujan..Tengah hari, panas sikit. Diorang settlekan ikat dinding bata dan buat rangka tingkap.

Selebihnye Wak tu kuar beli barang. Serah kat dia aje beli barang. Tak de lah laki aku terkinja nak beli barang sendiri. Kang ober slip lagi nanti.




Rasa terlebar pulak tingkap itu. Senang presiden dan ahli nak bermesyuarat tingkap nanti motifnye..

Hari ke 4 - Selasa.
Start kerja kerja pecahkan syilling kat area yang nak extend ni. Terang benderang jadi nye. Cuak jugak, kot hujan ke beserta angin lintang tempias pula. Tapi nasib tak de hujan. Awning pon dah cabut letak tepi. Ada jiran berkenan nak beli. Tapi tu lah, bisanya mau di transfer ke umah yang sana..

Hari ke 5 - Rabu

Rangka aluminium untuk extend bumbung dah dipasang instead pakai kayu. Kayu pon mahal. Atap genting pon dah susun elok. Belah tepi je belum diperkemas lagi.
Aku ingat awal bulan dah siap kot projek ni. Dan lah beraya. Wakakaka. Boleh la berawal muharam.

Tapi de 1 projek lagi.








Projek naikkan tembok tengah itu. Pindahkan meter air ke tepi. Aku lobi gak lah suruh en dol tiles abis semua porch. Nampak standardize sikit fefeelin. Tapi en dol nak jugak bela rumput karpet.




Pemandangan asli.

Wak quote both projek ni 10K. Extend tu aje 8K++. Selebihnye, bayar untuk mendirikan tembok tu, pecahkan tembok belakang, alih meter air dan mampuskan sawit tu.

Macam boleh mintak kurang lagi, tapi tak best lah dah awal awal setuju kan. Lagipon bahan rumah ni memang duk naik aje. Lagi di musim musim minyak naik ni. Celah mana nak caras mintak kurang lagi, tak tahu lah!

Wiring, buat gate dan grill belum quote lagi..busuk busuk mau 5K gak tu.

Mujur gak la de arkib negara kat bursa leh jual sekarang. Untung cipot pon cipot lah..5 tahun terpenjara, sila lah berjasa kepada sang tuan sekarang ni kan..

Aku nye khazanah yang always rights tu apa aku nak beli ekkk??

- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: