Stalkers


Yang kesah

3.10.13

Ribut Semalam

Ribut sikit semalam..macam nak runtuh cubicle kami punya insan itu mempropa kesakitan diri. Tak habis kat situ, sambung kat bawah tanah semalam, sambil nunggu tren. Mujur tanah tak runtuh semalam. Kalau tak korban nyawa dan jiwa lara..

Ribut ni nampaknya bersifat bahaya..beberapa kerosakan tisu badan telah di kenal pasti.

Di peringkat midimalis, wujud kerosakan pada tisu lembut dalam telinga. Mungkin mengalami kecederaan akibat ketirisan taik telinga yang menapis pelbagai info pendengaran.

Senaman untuk otot perut kena praktis sokmo, elakkan muntah ijo di kemudian hari. Pakar ENT boleh dirujuk andai ada reaksi berturutan, lepas mendengar rasa mau muntah. Tahap kritikal adalah bila bahagian kepala rasa sakit atau pening.

Last but not least, perkasakan diri dengan ilmu halimunan bila diperdengar kisah fiksyen dan dokumentari biawak 40 tahun ke atas. Amaran kepada pesakit jantung dan pesakit asma!

Pesanan Untuk Diri Sendiri- Layannn..kalau kau suka drama, kami ada drama juga bah!! Ekekeke, sabahan terus jadi nya


- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: