Konpiden tahap KLCC tu!
Tapi cita cita musnah serupa WTC kena bom!
Menu berbuka tadi ada ikan keli bakar cicah air asam dengan sup ayam lagi.
Niat mau berbuka dengan roti gandum penuh cicah susu coklat terbang melayang layang. Rezeki jangan di tolak katakan!
Gagah perkasa laki aku posa hari ni. Aku lah beri cadangan suruh die posa. Dapat isnin dan khamis pon jadi lah. Tapi aku tak leh join posa la. Lampu merah pulak minggu ni.
Hopefully penurunan lemak dan daging kat part pinggang dapat la mengurangi kesepitan urat di situ.
Selain posa, aku pon dah start memasak menu yang sihat. Permulaanya dengan memasak cara yang sihat. Kukus, stim, rebus dan panggang.
Macam hari ahad lepas..
Ni la serba sedikit rencah nak prepare kembung stim, brinjal goreng, ulam celur cicah cencaluk. Lama tak makan cencaluk..sampai merah muka aku naik jerawat penangan cencaluk.
Kebetulan ni hari adik aku yang cuti tu pi panggang ayam dan ikan. Memang sesuwai sangat lah..
Tapi tu lah,alat penimbang kat umah aku ni dah rosak. Ntah gajah mana lah naik sampai rosak. Adik aku lah tu. Nak beli baru, lom beli beli lagi.
Jadi lom tau berapa kilo dah turun. Kalau ada turun, sekalung tahniah untuk en laki.
Diri sendiri bila nk kurus??
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan