Stalkers


Yang kesah

26.8.18

Day trip ke Morib & Paya Indah Wetland

Hello, selamat malam dunia.

Mata ada sedikit cerah, sebab petang tadi dah bantai tido seround. Hahaha.

Pagi tadi bawak budak budak jenjalan sempena cuti sekolah ni.. Nak suruh bawak gi Muzium Coklat, tapi tu lah, rasa malas nak masuk bandar. Jadi, bapak nye arrange pergi yang dekat rumah aje.

So, ke Morib jer lah kite.

Orang lain datang tuk piknik, bawak tikar, food segala. Kitorang datang sight seeing je lebihnye.

Bebudak ni sempat gak terjun kat lopak air kat pantai. Laut tengah pasang surut eh. Main main pasir kejap, layang layang..hmm pastu kekonon nak gi Floria, end up gi Paya Indah Wetland aje. Nak tengok buaaya, tak muncul muncul lak, sakan die berendam aje. Nak tengok badak pun, badak pun tak de tadi. 

Background langit yang membiru ni cantik. Air tengah surut tadi. Nanti petang air pasang naik la tu. 

Bapak nye melayan bebudak main layang layang. 


Cuaca tadi panas sangat. By tengah hari, dah rasa nak balik rumah dah. Cadang nye nak ke Floria jugak, tapi sebab cuaca panas, so malas lah. Balik umah jer pastu. Lagi lak aku de kerja lak kene settle. 

Kalau rajin, boleh lah sok ke Floria kat Putrajya tu, atauuu Aku nak suruh depa ni settlekan cat pagar umah aje. Terbengkalai sejak bulan puasa tadi. Tapi duk dengar dengar bebudak tanye bile nak gi Muzium Coklat? Hmmmm letih Mak!!!







Tiada ulasan: