Stalkers


Yang kesah

18.9.13

Sopie 6 Tahun

Hari ni anakanda yang sulung selamat di lahirkan.

18 Sept 2007 nan lalu.

Patut due bersalinkan dia pada 14 Sept, tapi delay 4 hari. Tanggal 18 Sept, ramadhan ke 4 masa tu, di subuh hari orang tengah ngantuk tu,aku berhempas pulas melahirkan dia.

Sorfina Alya. Nama pilihan en Dol. Nasib lah, selagi gegurl yang kuar, aku bagi penghormatan lah kepada en dol pilih nama pertama. Dia kalau boleh nak letak nama anak pendek dan simple macam nama dia.

Mana aci, penat aku teran! Jadi aku sibuk letak nama kedua. Punya nak nampak nama tu sebut ala ala berirama..jadi lah
Sorfina Alya..Top oo Alya time tu..tu Alya citer indon bawang putih bawang merah masa tu tengah hangat duk tayang.

Sorfina Alya bermaksud ketinggian yang tinggi. Macam redundant kan maksud nya. Itu gamaknya tuan badan selalu sakit..pembawaan nama yang agak berat kot. Pernah dengo kawan aku cakap cenggitu..

18 Sept 2013.

Pagi tadi bangun dia buat drama malas nak mandi tu. Itu sambil pujuk mandi aku promise nak belikan kek harijadi..Tapi tu arr, kecik kecik de nafsu tidoq warisan ayahanda, buat dekkk je sampai lah aku sebut kang aku belikan roti canai tuk breakfast. Baru lah bangun..

Tu lah..banyak benda makan, roti canai jugak dia punya febret. Kecik kecik makan tak per lah..Sikit hari lagi asik makan canai aje, mau kolesterol naik! Memang pregnant dia duk pi Mapley aje. TT kelisa club laki aku punya kes lah ni.

Kul 7 pagi aku gegas gegas pi cari roti canai kat depan taman aku ni. Tak de plak orang jual, belasah jer la beli nasik lemak. Febret besday girl jugak..aku beli ngam ngam 4, ingat boleh share dengan dia..waa, habis dia bedal sorang2.

Aku bizi satu hari ni. Banyak benda pending. Mana nak gi bank, nak settlekan kerja si Ayahanda lagi. Dah lah hari ni Mak Ana ada kat opis, feeling sepoil satu badan. Lagi lagi awai pagi dah de kisah tamil beliau.

Mat Royan pon sorang! Nak release payment, release lah awai skit..ni dah nak sejengkal 2 matahari naik baru nak suruh bayor. Saja bikin aku kucar kacir menyetel kerja.

Lepas lunch tadi lah baru terpikir belikan kek ke cupcakes untuk Sopie. Tapi tu lah, bergelut nak kejor tren lagi..




Puhhhhh!! Bersungguh adik pon nak tiup sekali. Yang besday girl sampai berdiri ha! Part tiup lilin ni lah paling best bagi depa.

Kek comel aje. Beli kat Wonderful Aeon JJ Aku bajet mesti kek ni kureng lah tastenye. Icing manis dengung! Kek keras! Tawakal jer la beli..just pikir ada benda bebudak nak tiup jer la nanti.

Tapi, sebenornye kek tu ok sangat
masa dah potong nak makan tadi. Kek dan icing tak manis sangat. Kek chiffon lembut siap layer dengan cream lagi.




Free style pose yang nakal. Ni lah pengaruh rakan sebaya.




Yang ni tak sharp gambo nye. Ni versi Oggy ke Mr Bean tak tau lah..Sarah lah over!!

Malam ni semua behave lah. Bebudak 2 orang ni tak bergaduh lah sebab ada aktiviti lain sikit kan. Kalau tak, memanjang malam2 ada drama air mata.

- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: