Stalkers


Yang kesah

6.6.12

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

SPA hantar surat panggil interview. Ni kali keempat dia panggil. Masa bujang sekali, interview kat Alor Star. Jauh..tak pergi.

Sehari sebelum nikah..dia panggil interview kat Putrajaya. Pergi, tapi tak dapat kerja pun. Kali ketiga panggil masa pregnantkan Sopie. Tak pergi, tengah sarat. Malas la...

Agaknya tahun ni, sampai dah pangkal nama huruf S..panggil lagi.

Huihhh..malasnya. Kalau interview, confirm dapat..lain citer. Ni pun, ramainya umat kat sana.

Dengan segala budak budak baru grad. Betul betul ke gomen nak pakai staff ni?

Propaganza je?

Tak per, tu urusan korang la. Yang menginterview pon, bukan suka suka kan. Demi tugas..

Sebagai calon bakal ditemuduga..ada la 3 minggu lagi nak prepare dokumen bagai.

Mood @ malas @

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: